Khamis, 5 Ogos 2010

:: Sampaiku Menutup Mata ::


Betulkah kata orang ? Rumah Tangga Mana Yang Tak Di Timpa Badai dan Ombak. Rumah Tangga pasangan mana yang tak pernah beralun kencang.. Itulah dugaan berumah tangga meski pun permulaannya semuanya baik dan teratur. Ujian dan dugaan ini semuanya hak Allah dan juga kebahagiaan dan kesenangan semuanya hak Allah. Namun kekadang mereka tidak faham, mereka tidak sedar apa yang mereka miliki lantas mereka kurang hargai apa yang sudah ada di depan mata malah apabila sudah kehilangan maka mulalah mengenang air mata tanda penyesalan yang di saat itu sudah tidak ada makna.

Benarkah mencari pasangan hidup bukan mudah?

Entahlah.. Ada yang kata ia sukar namun setengahnya ia mudah. Bagi penulis, penulis hanya kata tidak tahu. Kerana penulis sendiri belum bernikah dan penulis sendiri belum jumpa jodoh. Mungkin belum masanya lagi. Tapi pengalaman dalam menilai kehidupan orang yang berpasangan sama ada pada waktu mudanya mereka sudah menikah dan juga ada yang walaupun sudah sedikit berusia tapi masih belum bertemu jodoh dan berjumpa dengan pasangan yang dikatakan boleh sama sama mendirikan masjid yang bahagia. 

Kekadang mencari pasangan hidup ini senang. Bayangkan bila kita sudah jatuh suka pada seseorang yang niatnya untuk dijadikan pasangan hidup tetapi terpaksa relakan pemergiaannya kerana sudah tertulis dirinya bukan untuk kita dan mungkin Allah datangkan yang lebih baik. Selalu dan kebiasaannya itu yang kita baik sangka terhadap Allah dan kita harapkan namun apabila saat itu sudah berlalu kita kembali mencari seseorang yang pantas buat kita namun ianya bukan senang kerana kemungkinan belum ada jodoh yang sesuai buat kita.

Cita Cita dan Jodoh

Bagiku cita cita perlu didahulukan daripada jodoh. Manusia perlu berusaha untuk kedua-duanya sama ada cita-cita dan jodoh. Bagiku perihal jodoh manusia kene serah lebih kepada Allah agar dia tidak rasa kecewa serta dapat mendahului cita-cita daripada selainnya. Penulis juga ada cita cita dan semua orang ada cita cita namun apa yang dicitanya berbeza - beza dan tidak serupa. Tapi yang pasti penulis pasti cara mencapai cita-cita itu tidak lari daripada kesibukan, cemas, penat dan ada yang menangis kerana gagal namun orang yang cerdik melihat kegagalan itu sebagai salah satu langkah permulaan dia untuk berjaya.

Jodoh kemudian, sebelumnya fitrah. Cinta selepas nikah pada zaman ini sudah susah nak dijumpai. Bukan mengharapkan harus ada cinta sebelum nikah tapi suasana zaman sekarang ini lebih perlu mengenali dahulu orang yang nak dijadikan pasangan hidup sekurang kurangnya kenal latar belakangnya dan keturunannya. Penulis sebenarnya tidak layak bercakap tentang mencari pasangan hidup ini tapi apa yang penulis cuba ketengahkan adalah dahulukan cita-cita terutamanya wanita. Dahulukan cita-cita dan membalas jasa kedua ibu bapa sementara ada peluang.

Buat Wanita Ku Berpesan

Penulis bukanlah orang perlu didengari nasihatnya tapi ambillah ia sebagai pesanan dan ingatan. Wanita itu syurganya di bawah tapak kaki ibu apabila dia belum bernikah dan selepas dia bernikah maka syurganya di bawah tapak kaki suami. Selagi syurga seorang wanita itu di bawah syurga ibu maka wanita harus sedar ianya bukan mudah. Penulis menasihati wanita agar dahulukan cita cita agar dengan cita cita itu wanita boleh capai apa yang dicita kerana dengan citanya, dengan diploma dan ijazahnya bakal dijanjikan pekerjaan yang mampu membalas jasa ibu bapanya. Bukanlah itu impian wanita masa mudanya?  

Pernah dengar tak? "Wanita itu walaupun tinggi mana belajarnya tetap juga tempatnya di dapur". Ini bukan sindiran malah sebenarnya ia menjadi penguat semangat buat wanita. Dengan cita-cita dan dengan titik usaha mencapai ilmu yang bentuknya diploma da ijazah malah Master dan Phd. itu maka jika sudah mencapainya maka senanglah untuk membalas jasa ibu bapa dan jika benar tempat wanita itu di dapur (Suri Rumah Tangga) maka jadilah wanita yang berada di dapur itu biarlah memenggang kelulusan yang melayakkan ia bekerja di kemudian hari. Seperti pada mulanya penulis menulis yang rumah tangga mana yang tak ditimpa badai makan misal kata berlaku perkara yang Allah benci yakni cerai maka wanita yang di dapur tadi yakni yang memenggang kelulusan yang melayakkan ia bekerja mampu meneruskan hidupnya walaupun bakal digelar ibu tunggal namun berjaya mengalasi kehidupannya dengan citanya yang di kecapi.

Maaf, jika penulis ada salah dan silap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular