Ahad, 29 Ogos 2010

Sifat Bersangka baik Bermula Dari Diri Sendiri (Siri II )


Sambungan Siri I . . .

 Berikut adalah tips yang disarankan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk sentiasa bersanga baik sesama Insan :

1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik daripada kamu. Ucapkanlah dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi Allah S.W.T. jauh lebih baik dan lebih mulia"

2) Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah S.W.T, sedangkan aku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku."

3) Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Dia telah beribadah kepada Allah S.W.T jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku."

4) Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak aku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak aku capai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku"

5) Jika bertemu dengan orang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku."

6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk."

Demikianlah antara nasihat yang dititipkan oleh seorang ulama yang masyhur yang disebutkan sebagai penghulu segala wali. Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam yang baik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular