Nukilan ini mungkin rahsia. Namun suka untukku dedahkan bahawa hangatnya kasihku pada seorang yang ku panggil mama. Rindu sangat rasanya pada insan ini. Insan yang dia tercipta untuk melahirkanku di muka bumi. Insan yang aku rasa selamat dengannya . Mungkin aku seorang yang agak manja. Benar tu, tidak dinafikan namum tiada salah yang boleh dihukum pada mana mana makamah pun jika rinduku pada mamaku sentiasa dirasai di kalbu.
Cerita Anak Manja
Aku rasa bangga bila orang kata " Shah, kau ni anak mak arr.. " Betul tu, saya anak mak. Tanpa Mak tiadalah saya dilahirkan di dunia. Tanpa Mak tak lahir perjuangan dan bakal perjuang yang menegakkan agama Islam hatta Rasulullah juga lahir dari rahim seorang ibu cuma Rasulullah di uji dengan menjadi yatim piatu pada usia yang sangat muda. Rasulullah kehilangan ayahanda (Abdullah) sebelum Nabi lahir lagi dan kehilangan ibunda (Aminah) selepas di lahirkan beberapa tahun. Walaupun Nabi Muhammad yatim paitu namun Rasullah tahu menghargai seorang ibu.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
Berbalik kepada "cerita anak manja". Walaupun aku dikirakan beruntung kerana walaupun berjauhan dengan mamaku dengan jarak yang tak sampai 9 km namun rinduku pada mamaku sentiasa mendatangiku dan setiap kali ia hadir ingin aku pulang memeluk mamaku dan mencium pipinya. Walaupun aku dulu agak nakal, ada juga melawan cakap mamaku, serba tak kena apa bila mamaku menegur salahku, suka membantah kata dia namun kasih sayangnya padaku kekadang aku rasa lebih daripada adik beradik lain walaupun aku sudah boleh dikatakan sudah layak menjadi bapa. (Hahahaha). Terbongkar sudah rahsianya aku anak yang manja..
Sedikit Nasihat Buat Bakal Zaujahku
Buat bakal zaujahku (Tiada calon pun), aku berpesan padamu. Jika kau menikah denganku maka kau juga menikah dengan keluargaku dan juga bergitu aku menikah denganmu maka aku juga menikah dengan keluargamu. Maksudnya, aku juga bertanggungjawab mendidik keluargamu dan menyanyangi keluargamu. Bukan hanya aku sayang kamu namun aku juga kene sayang keluargamu dan begitu juga kamu. Jadi, bakal zaujahku. Aku pilih kamu berdasarkan bagaimana hubunganmu dengan mamaku. Aku anak yang patuh dan aku anak mama. Aku akan memilih calon zaujahku berdasarkan hubunganya dengan keluargaku dan mamaku dan semestinya mamaku bukan seorang yang cerewet. Dia menyuruhku memilih dan memperkenalkan kepadanya. Pernahku memberitahu kepadanya yang bahawa aku ingin seorang Isteri yang boleh membantu kerja "daeiku" dan menutup segala kesedihanku sepanjang aku hidup. Bermakna dialah segala-gala buatku. Dialah Isteri buatku, mama, buat anak-anakku akan datang, kakak dan kawan, sahabat serta teman buatku, dialah perjuang yang berjuang bersamaku dan dialah terbaik menjaga mama dan Abahku di hujung usia mereka. Insya-Allah.. Insan ini akan hadir dan aku mendoakan dia hadir pada tepat masanya apabila semuanya telah aku kecapi. Insya-Allah...

insyaAllah....
BalasPadamdoa mu akan termakbul....
jika kamu menjaga hubungan Allah, pasti Allah akan menjaga hubungan mu dgn manusia....
(-_-)
Salam... Insya-Allah.. Setiap manusia melakukan kesalahan dan sebaik baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka bertaubat. Ana harap Ana dikalangan golongan ini dan Ana berdoa agar Allah "pandang" Ana.
BalasPadamInsyaAllah akhi Shah...
BalasPadamSaya mendoakan kebahagiaan aawk...
Semoga awak akan bertemu dgn gadis idaman awak
(-_-)
Insya-Allah... Amin Ya Rabb..
BalasPadam