( KHAS BUAT ANDA KETAKUTAN)
Assalamualaikum
Pernahkah anda merasa takut untuk mengambil satu langkah ke hadapan dalam kehidupan? Atau ketakutan ketika mana anda kini berada di persimpangan dan dikehendaki membuat satu pilihan sahaja?
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Pernahkan anda ketakutan kerana anda sedar, bahawa anda tidak berkuasa untuk mengetahui ke mana arah jalan yang anda pilih? Anda tidak mengetahui sama ada kejayaan atau kegagalan yang bakal menyambut anda di penghujung jalan tersebut.
Ketakutan anda semakin menjadi-jadi apabila jalan yang anda pilih itu, tidak pernah dilalui oleh sesiapa pun yang anda kenali. Tambahan pula, sebaik sahaja anda memilihnya, maka anda bakal meninggalkan mereka yang sebelum ini bersama anda, kerana mereka memilih jalan yang berbeza.

Akhirnya anda terduduk, terasa kerdilnya diri anda di hadapan Yang Maha Berkuasa. Pada ketika itu, sedarlah anda bahawa anda tidak memiliki apa-apa melainkan apa yang dianugerahkan oleh Yang Maha Memberi.
Hakikatnya, persimpangan jalan ini berbeza bagi setiap orang. Ada yang persimpangannya pada pemilihan kerjaya, pasangan hidup dan sebagainya. Walaupu apa pun persimpangan yang dilalui , persimpangan yang benar-benar bakal membuat hati anda kecut dan badan anda menggigil adalah persimpangan ketika memilih janji perjuangan atau jahiliyah.
wa'Allahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan