Isnin, 4 Julai 2011

Apa Yang Kau Mahu Dalam Hidup?

 

"Ching Ching ching.." Bukan panggil nama orang tapi bunyi "wang besar" yang menjadi idaman setiap orang baik lelaki yang suka bergaya dengan pakaian yang berjenama dan wanita yang gemarkan perhiasaan diri sama ada dalaman atau luaran mahupun emas atau berlian.. Semuanya perlukan wang berganda. Wang besar atau untung yang berbunyi "ching ching ching"..

Tapi kiranya orang kata duit boleh dicari walaupun sebenarnya susah juga nak cari duit ni. Sesiapa yang mengunakan tulang empat kerat bekerja dan dua belah otak untuk menjana pemikiran tahu macam mana susahnya nak peroleh wang ringgit. Tapi ramai yang sanggup mengadaikan semuanya untuk memperoleh wang ringgit termasuklah mengadaikan agama. Dulu pernah satu masa dulu.. Nak kata cerita benar memanglah cerita benar.. Kat satu bandar ni adalah sebuah SPA.. Bukan SPA borang tu tapi ala ala SPA Q jugalah.. Ana tengok pekerja tempat tu melayu tapi kalau pepagi Ana pergi kerja diruang parking moto macam ada satu patung berhala.. Ana tengok yang melayu pun sama nyalakan colok dan tunduk tunduk dua tiga kali.. Geleng dan astafirullah..

P/S : Jangan korban Agama kerana wang ringgit..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular