Jumaat, 26 Mac 2010

KENAPA DISURUH MANUSIA ITU BERBUAT MUNGKAR??

(Muslimah Quality Muslimah Firdausi)


Kenapa Dilarang Anak Memakai Tudung?

Pengakuan seorang remaja Freehair :

"Awak tahu kenapa saya tidak memakai tudung? " Sebenarnya ibu saya tidak mengizinkan. Dia kata semua itu kolot dan lambang penindasan ke atas wanita. Saya ikutkan sahaja. Bukankah berdosa apabila melawan kata ibu. Lagipun bertudung atau tidak itu hak wanita. Biarlah ikut suka hati kami. Kalau nak bertudung pakailah, kalau tak mahu maka jangan dipaksa.

Memahami Lebih Baik Daripada Bertaqliq Buta.

Dialog di atas adalah pengakuan daripada seorang gadis freehair. Nauzubillah Hi minzalik.. Cara cakapnya macam orang yang dah tiada agama. Istilah freehair amat popular dikalangan remaja sekarang. Cuba kita twist sikit istilah freehair ini dengan Allah beri secara free je hair yang yang ada atas kepala kita (wanita). Tinggal lagi Allah suruh kita bersyukur je. Bagaimana??  Menutup aurat seperti Allah telah syariatkan kepada wanita-wanita.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 31    

Katakanlah kepada wanita yang beriman:

"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "

Khabarkan Berita Ini Pada Mereka Yang Mempertikai

Betul kata gadis freehair itu yang kita perlu patuh pada perintah ibu. Tetapi, hukum wajib itu terbatal dengan sendiri apabila apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh ibu kita itu bertentangan dengan arahan dan suruhan Allah. Di dalam Islam konsepnya kita perlu tahu keutamaan yang perlu diikuti dalam urusan hidup kita sehari harian. Pertama iaitu tanggungjawab kita kepada pencipta iaitu Allah, kedua kepada rasul, ketiga ibu, keempat ayah dan selainnya adalah selepas itu.

            Apabila anda melakukan arahan ibu yang bertentangan dengan apa yang Allah tetapkan, itu bermakna Tuhan anda yang pertama adalah ibumu. Ini kerana anda meletakkan kepentingan ibumu lebih daripada kepentingan dan perintah Allah. Samalah seperti anda membaca kenyataan yang dibuat oleh artis-artis Islam kita. Biasanya, apabila mereka melakonkan adengan yang dilarang oleh Allah, segera mereka menyatakan tanggungjawab mereka sebagai anak seni mengikuti apa sahaja arahan pengarang. Padahal dia lupa dan alpha yang tanggungjaawab dia lebih utama kepada Allah.

            Anak seni itu dengan tidak sengaja ataupun sengaja, meletakkan pengarah itu pada kedudukan Allah dan menggantikkan tempat Allah dan Nabi Muhammad dengan pengarah itu juga. Jadi, tanpa disedari dia "bertuhankan" pengarah itu. Apa tidaknya, apabila pengarah menyuruhnya sembahyang kerana ia salah satu babak dalam lakonan, di sembahyang walaupun dalam kehidupan biasanya dia jarang ataupun tidak pernah sembahyang. Nah, disitu sudah timbul pula perbuatan munafiknya. Lagi dan lagi apabila sembahyangnya dalam babak itu pula kelihatan khusyuk sehingga mengalahkan sembahyang para rasul, nabi dan wali Allah malah pada hakikatnya diluar tidak seperti itu.

            Apabila pengarah suruh mendedahkan aurat dalam adegan filem ataupun drama bagi menjayakan watak sebagai isteri ataupun suami, dia melakukan babak itu dengan penuh penghayatan lebih daripada keintiman sebenar pasangan yang sah daripada segi syarak. Hebat!! Bravo!! Memang hebat anak-anak seni menjalankan kewajipan kepada pengarah sehingga kedudukan pengarah itu lebih tinggi daripada Allah yang dapat diperkotak-katikkan arahan dan hukum-hukumnya.
            Di akhirat dan di hadapan Allah nanti, pengarah dan anak seni ini dikumpulkan bersama di tempat yang selama ini mereka diolok-olokkan. Tiada bertapi-tapi dan bersebab lagi pada masa itu kecuali kepada yang tidak mengetahui kerana Allah tidak menghukum orang yang tidak mengetahui kerana Allah tidak menghukum orang yang tidak tahu dan tidak mempunyai pegetahuan. Tapi sayangnya orang yang tak tahu ni malas ambil tahu dan susah nak mula ambil tahu. Apabila sudah sampai pengetahuan kepada mereka, mereka perlu berubah dan bertaubat kepada Allah. Itu adalah keadilan Allah yang maha Adil. Dia tidak menghukum orang yang tidak sedar, lupa dan tidak tahu. Namun, bagi yang tahu perlu bertaubat. Azab seksanya keras dan pedih.

Kesimpulan

            Jadi bolehkan anda ingkar kata ibu anda? Ya, boleh. Hanya apabila arahan ibu anda itu melanggar perintah Allah. Itupun, ingkari arahan ibu itu dengan cara diplomasi dan tanpa berkompromi denga  hukum-hukum serta perintah Allah. Apabila perintah ibu anda tidak melanggar perintah Allah maka ia menjadi kewajipan bagi awak memenuhi arahan dan permintaannya.

P/S : Dewasa ini sering kedengaran perkara yang Aneh. Ada pula Ibu dan Bapa melarang Anaknya bertudung dan ada pula yang larang berstokin kaki, mengenakan pakaian labuh dan ada juga yang melarang pemakaian purdah. Hish3 apa nak jadi makhluk Allah dewasa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular