Selasa, 2 Mac 2010

Aku masih malas? Sedangkan orang lain bertungkus lumus . .

 
( Muhasabah diri.. Anjakan paradigma) 

CERITA DI SEBALIK DIALOG..

"Terima kasih ustaz. Azam saya hari ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Saya nak berubah!" 
Kata seorang Anak Muda. 

Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
"Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqomah" saya memberi semangat.

"Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?" tanyanya kepada saya tanpa diminta.

"Kenapa?" Jujur saya tidak tahu.

"Saya kasihan sebenarnya tengok orang macam Ustaz!" ujar beliau

"Kasihan macam mana? (Terkejut dan dalam hati saya mengatakan berani dia keluarkan kenyataan itu) Ustaz gembira je. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup memberi!" saya menjawab.

"Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya berlajar, tapi bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. banyak bersusah payah dan mengorbankan masa serta pahit manis dihadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan serta cenderahati lagi. Mereka keletihan dan tidur tak cukup.." Kisah anak muda tadi.

"Itukan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala jangan di sia-siakan" saya mencelah.

"Itu baru mereka. Ustaz pula kene buat persedian. Buat macam macam slaid. Tinggalkan isteri dan tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit yang ustaz dapat, saya yakin berpaa sangatlah duit ustaz dapat. Tapi ustaz tetap datang dan berceramah berjam-jam dengan penuh semangat" Sambungnya lagi.

"Rutin harian yang menyeronokkan" saya menyelit.

Dia menyambung lagi.. Dalam hati saya "Ada je jawapan budak ni"

"Semua ini kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu. Dapat pentunjuk Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk orang macam saya. Tiba-Tiba saya selesa lepak di bilik main game atau tidur saja. Kalau study atau ada kelas lainlah ceritanya.Ustaz rasa patut tak Allah S.W.T. bakar saya dalam neraka kerana malas  dan degil macam saya ni?" Soalnya dengan nada serius.

"Allah Maha Pengampun" saya menjawab.

"Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?" tanya anak muda itu.

Saya terdiam..


"Pada saya setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pergorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tidak endah dengan program itua adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut Ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya jika saya tiada kekangan masa yang diaturkan khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!" katanya.

Antara sedih dan terharu, hinggap pula hati saya perasaan lucu.

"Tahu takpe!!" hati berkata.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular