( Tanda Ketewasan Hati. . Syaitan Penjaminnya. .)
ANTARA PINTU-PINTU SYAITAN
Buruk Sangka..
Sifat ini biasa ada pada diri kita.. Sesuai dengan fitrah manusia punya sifat ini tapi Islam menegah sifat ini terus bermaharaja lela dalam diri Penganut Agama Islam itu sendiri. Contoh : Buruk Sangka ialah jika Kita minta tolong pada seseorang tapi dia tidak dapat membantu kita kerana ada kepentingan lain. Tetapi dengan cepatnya kita sumpah seranah dia dalam hati mengatakan dia kedekut, minta tolong sedikit pun tak boleh dan sebagainya..
Cintakan Hidup dan Panjangkan angan-angan..
Ini satu lagi pintu Syaitan. Syaitan ni suka orang berangan dan cintakan hidup. Tak salah merancang tapi bukan berangan kosong. Bila kita berangan kosong maka kita automatiknya cintakan hidup ini. Kita berbahagia dengan hidup ini dan sedikit sangat bahkan langsung tiada mengingati mati.Dah meluas dah orang seperti dikatakan dalam hadis Nabi s.a.w. iaitu "Cintakan dunia takutkan mati" Kerana keseronokkan dunia dia sanggup korbankan apa sahaja tanpa mengingati bahawa dunia itu hanya pinjaman yang sementara.
Cintakan kerehatan dan nikmat
Ini pintu Syaitan yang tak kita sedar.. Macam mana dikatakan " Cintakan kerehatan dan nikmat" ? Pernah tak kita sakit? Semestinya.. Ada tak orang bersyukur kerana sakit? Jarang sekali malah mengeluh.. Mengeluh itu tandanya cintakan kerehatan.. Juga bila kita ditimpa musibah.. Ada tak orang bersyukur kerana peringatan Allah itu? Ada tapi jarang sekali.. Yang utamanya kita mengeluh, marah-marah serta orang lain jadi mangsa kemarahan kita.. Baru Ujian dunia.. Dah mengeluh...
Dalil dari Quran (Surah Ankabut 1-3):
"Adakah Manusia itu mengira bahawa dia dibiarkan (saja) mengatakan: "Aku telah beriman" Sedangkan mereka tidak diuji lagi..Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Kagum dengan diri sendiri
Ini sifat yang selalunya ada pada orang bijak pandai, orang terpengaruh dan orang yang buat sesuatu nak diambil perhatian.. Ana ada lihat di dada akhabar dan di mulut television di mana VVVIPP,VVIP,VIP (berbanyak V da..), dato'-dato', NGO, dan sekutu denganya memberi sumbangan berupa cheque kepada semualah tak kira pada orang susah ke, kepada anak yatim ke mesti ditanyangnya trang tang tang di media, kononnya bangga dengan camera 4 penjuru berkecik mata dan satu dunia tahu dia beramal.. Fenomena ini dah banyak dah terjadi.. Takjub dengan diri maknanya tu..
Pandang Rendah
Pandang rendah dalam erti kata ini buka tawaduk atau merendah diri tapi merendahkan pandang orang.. Senang nak khabaq perlekeh orang.. Kononnya semuanya dia tau sampai tak mau terima dan dengar pendapat orang terutama bos tak mahu dengar pendapat anak buahnya.. Harap faham ler ea??
Hasad dan Dengki
Dalam dunia ni ada dua hasad dan dengki..Satu Islam benarkan satu Islam melarangnya.. Yang Islam benarkan kita berhasad dan berdengki melihat sesuatu yang orang miliki lalu kita pun mahu jadi seperti dia memiliki perkara tu. Contoh : Pelajar Siswa mendapat 4 poiter dan kita pun mahu begitu lalu kita dengki pada dia pastu kita berusaha bersungguh-sungguh dan bersaing dengan dia mendapat 4 poiter. Yang Islam larang.. Bila kita dengki kat orang kita kianat dia, buat onar dengan kat orang, tak boleh tengok orang senang sikit kita buat "dajal" kat dia..
Riya dan mungkir janji
Riya dan mungkir janji dua perkara berbeza.. Riya didefinisikan menunjuk nunjuk sesuatu perkara yang kita buat. Contohnya bila kita buat sesuatu kebaikan kita hebahkan mendapat pujian manusia dan dipandang mulia oleh manusia. Mungkir janji pula perbuatan yang bila kita janji kita mungkirinya. Kita tidak menepati apa yang kita janjikan pada orang yang berjanji. Sifat mungkir janji termasuk dalam salah satu sifat orang-orang munafiqun..
Bakhil dan Kedekut
Pernah tak dengar nama Hj Bakhil? Kerana bakhil Hj tu dapat nama malah famous.. Nak jadi macam tu ker? Dahlah kita bakhil malah membazir pula.. Kenapa membazir?? Yalah, keluar duit nak beli rokok senang jer.. Orang kata freehand je.. Nak bawa seringgit sehari ke masjid pun tak boleh. Bukan setiap hari pun setiap jumaat jadilah.. KIta sedekah untuk kita juga di akhirat nanti.. Bukan untuk orang lain.. Untuk sapa??? Untuk kita...
Tamak
Ni satu lagi.. Tak boleh lari ni.. Payah weii.. Kekadang kita terlalu tamak sehingga berlaku pembaziran.. Biasanya dalam bab makan dan bab membeli.. Kekadang kita nak beli makanan macam nak jamu satu kampung.. Selagi boleh beli semua kita borang.. Padahal perut satu je.. Tengok tu nok..Tengok ni nok.. last last kita dermakan kat tong sampah juga.. Macam tu juga bila kita membeli barang.. Kita beli apa yang tak patut dan kita tak perlu.. Dahlah kita bakhil malah kita membazir dan tamak pula..
P/S - : Jadi jauhilah BURUK SANGKA supaya kita dapat hindarkan diri kita dari CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN. Sifat KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI bukanlah itu Nabi Muhammad ajar kita. Nabi Muhammad seorang yang Qudwah tul Hasanah dan Nabi tidak PANDANG RENDAH pada para sahabat dan golongan lain.. Jika nak mengikut Nabi lagi maka jauhilah sifat RIYA' DAN MUNGKIR JANJI supaya kita tidak dikatakan munafiq serta jauhi BAKHIL DAN KEDEKUT serta TAMAK.
Wa'Allahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan