ALASAN TIDAK BERASAS DAN LAPOK
Pertama : Penggadaian Baju Besi Rasulullah Di Tangan Yahudi
Ramai di kalangan mereka yang tanpa segan silu berurusan dengan peniaga Yahudi cuba berdaih terhadap tindakan mereka dan melakarkan cerita-cerita dan hujah-hujah yang dirasakan boleh menjadi bukti kebenaran tindak-tanduk mereka.
Peristiwa yang barangkali selalu disebut-sebut oleh mereka sebagai hujah ialah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan baju besi baginda masih tergadai di tangan Yahudi. Daripada kisah ini mereka mebukti keharusan berurusan dengan Yahudi.
Kisah ini sebenarnya masyhur tersebut di dalam buku-buku sirah Nabi s.a.w. ia diriwayatkan oleh Ulama’- ulama Hadis yang besar iaitu Imam Al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi. Hukum bergadaian sememangnya ada disebut dalam Al-Quran :
“ Sekiranya kamu sedang berkelana sedangkan kamu tidak mendapati penulis (hutang) maka terimalah gadaian ”
HUJAH-HUJAH (FIKIRLAH)
1) Pengertian Gadai
Gadaian ialah Pemberian seseorang yang diizinkan berkontrak, sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit) sebagai sandaran (jaminan) ke atas sesuatu hak.
Definisi ini adalah meliputi definisi yang digunapakai oleh empat mazhab utama ahli sunnah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hanbali. Penggunaan perkataan “pemberian” meliputi semua urusniaga sama ada gadaian atau jual beli atau selainnya. Ungkapan “seseorang yang diizinkan berkontrak” meliputi mukallaf yang dizinkan bertransaksi mengikut perundangan Islam iaitu berakal, baligh dan tidak boros.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata , Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Binatang tunggangan ditunggang denga dikelurkan belanja penjagaannya sekirannya digadai, dan susu yang banyak diminum dengan dikelurkan belanja penjagaannya sekirannya digadai. Dan keatas orang yang menunggang dan minum itu pengeluaran belanja (penjagaan).”
Suatu ketika, Nabi s.a.w. mengutuskan beberapa orang sahabat baginda untuk membunuh seorang Yahudi bernama Kaab bin Asyraf. Para sahabat pergi dengan berpura-pura meminta hutang (sedikit makanan). Yahudi tersebut mensyaratkan kepada mereka supaya menggadaikan perempuan-perempuan mereka. Para sahabat meminta syarat dilonggarkan Yahudi tersebut minta pula anak-anak mereka sebagai gadaian. (Kejamnya Yahudi). Mereka juga meminta diberi kelonggaran lantas menawarkan senjata. Ianya terus sahaja bersetujui.
2) Perbezaan Situasi
Apa yang berlaku sekarang, situasinya bukan seperti situasi sekarang. Suasana sekarang tidak seperti zaman Rasulullah dan umat Islam berkuasa dulu. Sekarang Yahudi sedang menjajah tanah air kita, menghalalkan kehormatan kita! Menghalalkan darah umat Islam kita! Apakah selepas berlakunya semua ini kita masih mahu mnenghulurkan harta-benda kita bagi menamabhkan lagi kekuatan mereka, untuk mereka akhirnya menguasai dan menghentam agama kita?
Diamana ketinggian orang Islam yang dituntut oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Dan Allahlah yang memiliki ketinggian diri, begitu jugalah Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.”
Sehubungan ayat ini Syed Qutb berkata :
“Benar sekali (firman) Allah Ta’ala itu. Dia telah menjadikan ketinggian diri itu sebagai saudara kandung kepada keimanan di dalam diri hati mukmin. Ketinggian diri disebut langsung dari ketinggian diri Allah. Ketinggiannya bukan lekeh dan tidak boleh diperlekehkan. Ia tidak akan tunduk dan terkulai layu. Ia tidak mungkin berpisah diri hati orang beriman di dalam saat yang genting melainkan mukmin yang mempunyai keimanan yang telah lemah. Apabila keimanan sudah teguh dan mantap maka ketinggian diri pastinya seiring teguh dan mantap”
Benar! Amat Benar sekali. Di manakah ketinggian diri individu muslim sehingga dalam sekcil-keicl hal , seremeh-temeh perkara dan urusan harian pun kita masih lagi bersekongkol dengan Yahudi (bukan Islam)?
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Janganlah kamu mulakan salam kepada Yahudi dan Nasrani. Apanbila kamu bertemu seseorang mereka, desaklah mereka sesempit-sempitnya.”
3) Bagaimana Rasulullah Melayani Yahudi
Sebenarnya cara bermuamalat seperti ini sebaliknya telah mendedahkan sudut keadilan dan kemanusia di dalam Islam. Jika tidak, apakah halangan bagi Rasulullah s.a.w. untuk menyerang balas seorang perempuan Yahudi yang setipa hari melontarkan sampah-sarap yang jijik di depan rumah Rasulullah s.a.w.? Sebaliknya Nabi Muhammad s.a.w. telah melawatnya di rumahnya tatkala sedang sakit, apabila menyedari bahawa perempuan Yahudi itu tidak lagi membaling sampah seperti kebiasaannya. Perempuan Yahudi terus sahaja mengucapkan dua kalimah syahadah, menyaksikan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. dan memeluk Islam ketika itu juga. Jelas bahawa Rasulullah s.a.w. sanggup menanggung pengkhianatan peribadi, kerana itulah cirri-ciri kenabian dan para ‘Anbiya.
Daripada Abullah Ibnu Mas’ud berkata : “Seolah-olah aku melihat Rasulullah s.a.w. sedang menghikyatkan kisah seorang Nabi daripada kalangan para nabi yang dipukul oleh kaumnya ketika mana baginda menyeka darah dari wajahnya sambil berdoa :
اللهم اغفر لقمي ‘ فاهم لايعملون
“Wahai Tuhanku! Ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengerti”
(Riwayat Muslim)
Tetapi ketika mana para Yahudi mula mencabuli kemulian Allah dan kehormatan darah umat Islam, harta-harta dan maruah mereka, kesabaran ini lenyap dan tempatnya digantikan dengan pembunuhan, penawanan dan pengusiran mereka dari bumi tempat tinggal mereka (Yahudi).
4) Kenapa Rasulullah Menggadaikan Baju Besinya kepada Yahudi?
Rasulullah s.a.w. sebenarnya menggadaikan baju besinya kepada Yahudi di saat semua orang di Semenanjung Tanah Arab termasuk Yahudi tunduk kepada Baginda. Jadi pada masa itu semua Orang bukan Islam adalah digelarkan Kafir Zimmi yakni kafir dilindungi kerana membayar Jizyah yang berupa ganti rugi. Nabi boleh mendapatkan makanan harian keluarganya daripada peniaga-peniaga Muslim atau daripada sahabat-sahabat yang agak senang tetapi baginda tidak melakukannya kerana hikmat yang dikehendaki oleh baginda.
Ini juga dilakukan oleh Saidina Umar Bin Al-Khattab r.a. yang menggambarkan sifat belas kasihan Islam kepada Yahudi yang lanjut usia dan yang tidak mampu. Dalam masa yang sama beliau juga telah menyempurnakan usaha pengusiran Yahudi dari Semenanjung Tanah Arab dan menghalang mereka walaupun tinggal di Baitul Maqaddis setelah Allah membukanya dengan kedua tangan beliau.
5) Rumusan
Apa yang dapat dirumuskan dari kejadian gadaian besi ditangan Yahudi ialah Yahudi tersebut pada masa itu dari kalangan ahli zimmah yang rela hidup di kalangan orang Islam, di bawah naungan Negara Islam sambil membayar jizyah. Dia berhak memperoleh apa yang kita peroleh. Begitu juga wajib ke atasnya tanggungjawab yang wajib ke atas kita. Sekiranya dia menonjolkan walaupun sekecil-kecil sikap permusuhan kepada Allah dan Rasul-Nya atau kepada orang Islam, pasti balasannya sama ada bunuh atau dihalau sebagaimana yang berlaku kepada anak-anak seagamanya pada zaman Rasulullah.
PERKARA YANG PERLU KITA AMBIL PERHATIAN (BUKA MATA, BUKA HATI DAN BUKA MINDA)
1) Jawapan di hari “Perhitungan” (Kiamat)
Apa yang kita lakukan, di saat Allah menghapuskan hak penguasaan kita kepada harta-Nya? Tidak kiralah sama dengan ada dengan memutuskannya daripada kita atau dengan ketidakmampuan kita untuk memperolehinya. Sedangkan kita pula telah menyalahgunakan salah satu nikamt Allah ini dengan memberi sokongan kepada mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.
Apa yang akan kita jawab pada hari “Perhitungan”, pada hari yang harta benda tidak memberi manfaat iaitu apabila Allah menyoal kita bnetuk penggunaan harta yang telah kita dikurniakan oleh Allah walaupun ianya hanya bersifat sementara.
Daripada Abu Hurairah r.a.., daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
“Kedua-dua belah kaki anak Adam akan terus berdiri di hari Kiamat, sehingga dia disoal tentang 4 perkara : Tentang umurnya, pada perkara apakah dia telah habiskan. Tentang jasadnya, pada apakah dia telah gunakan. Tentang Ilmunya, apakah yang telah di amalkan. Tentang hartanya, dari manakah dia memperolehinya dan pada perkara apakah dia telah belanjakan.”
(Riwayat Muslim, Tirmizi dan At-tabrani)
Apakah jawapan yang akan dikemukan bagi menjawab balas soalan Allah?
Awal-awal lagi, tidak ada guna membohongi Allah kerana hakikat sebenarnya akan segera terpapar. Kedua belah kaki berjalan ke gedung-gedung Yahudi akan bertutur dan tangan-tangan yang menghulur duit membayar perkhidmatan kepada Yahudi akan bercakap. Sebarang dalih tidak ada gunanya lagi. Sekirannya ada alas an sekalipun, kepada siapakah alas an itu ingin dikemukakan?
Oleh yang demikian, yang ada hanyalah berterus-terang. Berterus-terang ini pula begitu memeritkan dan terasa amat pahit :
“ Aku telah belanjakan harta-Mu wahai Allah untuk musuh-musuh agama-Mu”
“Aku telah menolong sefasik-fasik hamba-Mu untuk membunuh, menumpahkan darahku dan darah anak-anak seagamaku dan aku menggalakkanm mereka terus mencemarkan kiblat umat Islam yang pertama dan tempat Israk Mikraj Pesuruh-Mu yang amanah.’
“Aku telah utaamakan untuk berseronok dengan makanan, pakaian dan lain-lainnya dengan bayaran nyawa keluargaku dan saudaraku di Palestin , Jordan , Lubnan, Mesri , Syria dan Iraq .”
Benar-benar ia merupakan satu situasi yang amat menyulitkan. Sesiapa pun tidak ingin ianya berlaku terhadap dirinya. Situasi sebegini tdak dapat diterima oleh seorang mukmin yang berharap menemui Allah dalam keadaan lepas tanggungjawab dari sebarang bentuk kerjasama dengan musuh-musuh Allah. Dia tidak akan berjaya melainkan dengan menjauhinya ketika hidup di dunia dengan tidak membelanjakan harta-hartanya pada perkara-perkara yang boleh memberikan pulangan kepada musuh-musuh Allah dan kepada perkara yang boleh meinimbulkan kemurkaan Allah.
2) Berbelanja Sedikit Tidak Mengapa?
Mungkin juga seseorang Muslim itu menganggap bahawa duitnya yang sedikit tidak mempengaruhi jumlah besar pendapatan Yahudi. Selama mana begitu, tidak ada masalah membeli daripada mereka. Ye ke macam ni? Ini suatu kesilapan perhitungan yang memalukan. Seorang Muslim tidak sepatutnya memandang ringan terhadap perkara apa puin. Duitnya yang sedikit dihimpunkan kepada duit lain yang sedikit tentunya menjadi banyak. Sekirannya kita tahu Bandar London diziarahi pada awal musim panas sahaja oleh 2 juta orang hanya daripada kalangan Arab yang merupakan kuasa besar yang menggerunkan, pasti kita meyakini bahaya menganggap ringan kedudukan duit yang sedikit itu.
Sekiranya setiap orang membeli dengan memberi alas an sebegini tentulah ianya lebih kepada satu usaha untuk melarikan diri dari tanggungjawab yang menuntut setiap umat Islam (muslim) bertanggungjawab terhadap tindak tanduknya secara peribadi. Bukannya dengan melepaskan diri dan meletakkan bebanannya ke atas orang lain. Ianya adalah satu tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap individu muslim sekirannya kita benar-benar inginjan kekuatan, ketahanan dan keangungan untuk diri kita dan generasi Islam akan datang.
SERUANKU TERHADAP UMAT ISLAM
Wahai Umat Islam yang berhati murni dan benar! Membebaskan Quds yang mulia dan Palestin yang dicintai menuntut kita supaya meninggalkan kepentingan diri dan mengorbanan jiwa dan harta. Keadaan umat ini tidak akan menjadi baik kecuali dengan baiknya keadaan umat yang terdahulu. Ini dia pemimpin umat Islam Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. membuka Quds sedangkan baju yang dipakainya dipenuhi 14 kesan tampungan (tampalan). Beliau mensyaratkan agar tidak menempatkan Yahudi di situ. Sudah tentu pembebasan Quds daripada penjajahan Yahudi tidak akan berlaku dengan memakai pakaian Yahudi atau berurusan dengan mereka.
Pemimpin Yahudi berucap terang-terangan. Dengan benaknya tergambar arahan Saidini Umar Al-Khattab yang mengharamkan Al-Quds kepada Yahudi :
“Wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian! Al-Quds telah bebas dan ianya akan berterusan sampai bila-bila!”
Maksud beliau ialah bebas daripada pemerintahan umat Islam. Penjajahan Quds dan keseluruhan Palestin merupakan sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang yang telah dijanjikan oleh ketua Yahudi ketika mana beliau berucap :
“Tugas kita ialah menyeret tamadun Islam dan menggantikannya dengan tamadun Ibri (Israel ) di tempatnya.”
Sekarang majoriti umat Islam telah ketepikan daripada Isu Palestin. Apa yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya bagi mengisytiharkan penolakan kita terhadap serangan ganas Yahudi ialah dengan menghentikan segala urusan dengan Yahudi dan mengekang diri dari membeli belah di gedung dan firma-firma serta perkhidmatan perniagaan mereka (Yahudi).
Wa’Allahu’alam..
P/S : Waspada kata-katamu.. Waspada urusanmu dan waspada kepada siapa kamu berpihak..
Yang hak tetaplah hak yang bathil, walaubagaimana indah sekalipun hujah tetapi tanpa bukti konkrit dr nas, ia tetap tidak boleh dipegang. Berniaga dengan yahudi tidak haram, malah nabi memang berniaga dengan yahudi di waktu perang mahupun aman. Mengapa? Sebab islam diturunkan sebagai rahmatan lil alamin, rahmat kepada seluruh alam. Perniagaan dalam islam adalah adil, bebas dan terbuka. Islam tidak mengharamkan jual beli antara umat islam dengan kuffar, tidak pernah sama sekali! Kecuali perniagaan senjata perang yg dikhuatiri meningkatkan kekuatan musuh dan menggunakannya menyerang umat.
BalasPadamMungkin ramai yang tidak faham senario zaman kini. Osrael tidak tegak kerana Mc Domald, KFC atau Coca cola. Bacalah sejarah. Pihak yg bertanggungjawab berjuang mewujudkan negara yahudi itu ialsh keluarg The Rothschild. Mereka tidak berniaga burger, ayam goreng atau air soda. Mereka menceburi bidang kewangan antarabangsa, merekalah pencipta sistem wang fiat yang bercambah melalui riba dalam apa yang dipanggil sistem pecahan simpanan. Mereka berkuasa cetak wang dunia dan mereka gunakan itu untuk menubuhkan negara Israel, memakmurkan serta menguatkan sistem pertahanannya dengan teknologi nuklear.
Jadi kalau kita ingin lemahkan Israel, bukan caranya memboikot produk bangsa yahudi yang tidak semestinya penyokong zionist. Sebaliknya kita mesti, malah wajib tinggalkan sistem kewangan riba yahudi bersumberkn wang kertas dan kembali kepada sistem kewangan Islam iaitu wang emas, perak dan barangan ribawiyyah yang lain. Itu sahaja cara menjtuhkan kekuasaan bukan sahaja Israel malah seluruh kekuatan zionis dunia.