Isnin, 16 Januari 2012

Merealisasikan makna 'Makan Gaji'

 

Bulan bulan berlalu, dunia makin tua. Manusia makin dgn sifat lagho. Manusia makin ditengelami arus kebinasaan ciptaan tangan tangan manusia. Contohnya kereta dan motosikal. Diciptakan demikian rupa. Cukup empat tayar, cukup kelengkapan tapi kerana tangan tangan manusia lain kereta sudah tidak macam kereta dan begitu juga motosikal tidak macam motosikal yang tujuan untuk memudahkan perjalanan, memudahkan urusan dan melancarkan aktiviti harian. Namun silap mana entah, kereta dan motosikal disalah keupayaannya apabila dijadikan alat untuk manusia menjadi lagho. Kalau tidak lagho mana lahirnya nama mat rempit, mat moto dan sebagainya di zaman bukan batu ini.

Begitu juga perkara tertentu contohnya laman sosial. Kekadang Ana terfikir, Ramai pekerja swasta atau kerajaan yg makan gaji maksudnya kerja dgn orang dibayar untuk bekerja tapi percaya atau tidak masa bekerja 8 jam itu banyaknya atau maximunnya dihabiskan untuk berfb atau main game. Macam mana soal urusan gaji atau rezeki yg dapat tu? Bagaimana penghitung di sisi Allah. Benar, bukan kami lakukan ia bila bos beri kerja atau timbunan kerja sedang menunggu tapi kami lakukkannya bila kami rasa bosan, tiada apa nak buat. Salah ke? Ana cuba menjawabnya dengan persoalan kembali dan bandingkan satu situasi dengan situasi ini.

Situasi ni sebenarnya nak memerli indvidu yg tak bertanggungjawab yang merealisasikan makna makan gaji sahaja. Mana taknya lepas puch card pada pukul 8 atau sebelum itu dalam 8.15 atau 8.30 pergi lepak kat kedai kopi atau kedai makan walhal dia tahu masa rehatnya pukul 10 - 10.30  bagi kerajaan dan bagi sesetengah syarikat swasta. Betul, itu maknanya 'makan gaji'.. Ala, kami minum kejap, sembang sembang kejap. Duduk pejabat bukan ada ape nak buat pun. Serupakan maknanya dengan yang atas mungkin yang atas lebih baik kerana ada juga dipejabat pada waktu pejabat. Bagi yang terasa, fikir fikirkan lah. Apa jawapan nak kamu jawab di depan Allah kelak berkaitan dengan perkara ini? Belum lagi perkara lain. Siapa makan cili dia rasa cililah..

p/s : Terkena lagi batang eden.. Buat salah tanggunglah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular