Selasa, 17 Januari 2012

Mengulas Isu Kekerasan Rumah Tangga


"Orang mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan lemah lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada isterinya"

-Riwayat Al-Termizi
Rasulullah SAW bersabda: Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari matahari.

(Hadis dari Umar bin Khattab

Pertamanya, minta maaf jika pendapat kali ini membuatkan ramai yang kata, ala, engkau nikah pun belum nak cakap hal rumah tangga dan jika mereka berkata tak semestinya akan berlaku.. Apa saya jawab? Siap kan payung sebelum hujang. Siap kan kelengkapan diri sebelum ditinggalkan (Kematian atau cerai).. Kenapa Ana tak galak nikah muda? Ala, kenapa? Nikah awal sebab nak kengkang zinakan? Jadi Al-Quran pesan jangan hampiri zina. Bagaimana? jangan bercinta, jangan kol kol, jangan sms dan jangan chatting serta dating. Senang citer.. Lambatlah nikah..


Bukan tak galak nikah awal.. Lelaki pi hang lah nak nikah awal.. Yang perempuan ni nak kabo sikit.. Ana tak galakkan nikah awal sebab syurga anda sebelum nikah dibawa tapak kaki ibu dan selepas nikah dibawa tapak kaki suami. Bila nikah awal, kena berada dengan suami, taat perintah suami.. Ianya bagus tapi, tak sian ke ibu bapa kita? Bila kita nak balas jasa mereka?  Percaya cakap saya bila nikah akan lebihkan suami daripada ibu bapa sendiri..


Bukan tak galak nikah awal.. Tapi bila nikah awal jadilah bergantung 100% kepada pendapatan suami.. Yalah, tiada kelulusan mana mana lepasan, tiada kerja sendiri, tiada simpanan sendiri.. Betul, memang betul.. Pandai, suami tanggung nafkah zahir.. Betul tapi jangan pandang remeh akan kelulusan, kerja dan simpanan itu kerana andaikata  (bukan nak doakan) suami meninggal atau ceraikan kita maka kita masih ada itu semua (kerja, lulusan atau simpanan) untuk kita tanggung anak kita dan paling sikit diri kita sendiri...

Bukan tak galak nikah awal.. Tapi belum sedia akan ilmu rumah tangga dan siapkan diri dari segi semua perkara.. Kebanyakkan mengganggap kursus kahwin sudah cukup sebagai panduan walhal itu hanyalah permulaan dan asas.. Kekadang sedih apabila membaca di akhbar akhbar atau tahu daripada pengalaman para sahabat yg gagal dalam pernikahan yang nikah di usia yang muda kerana hal hal di atas tidak dititik beratkan..

Menyedihkan ada yang bersikap menutup mulut apabila didera dan dipukul suami kerana suamilah tempat ketebergantungan 100%.. Tiada simpanan sendiri dan tiada ilmu rumah tangga.. Sedih rasanya.. Isteri tidak tahu hak isteri dan isteri rasa tiada suami di tak boleh hidup sendiri walaupun hidupnya tidak bahagia..

Pujuklah hatimu kaum wanita dengan hadith ini :


Rasulullah SAW bersabda: Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.

(Hadis dari Ibn Abbas)


P/s : berpesanlah saya agar anda persiapkan diri dahulu dan selalu saya pesan pada kekawan saya agar balas jasa ibu bapa dahulu, utamakan cita cita sebelum cinta dan binalah keluarga sakinah mawardah dan warrahmah apabila tiba masanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular