Isnin, 9 Januari 2012

Angkara Lidah Tak Bertulang

 

Zaman sekarang... Kata mengata sudah menjadi biasa.. Yang salah dikata sewenang kepada yg belum kena pada batang hidungnya atau anak ketururannaya.. Walhal dia tahu kalau mengata yang benar itu mengumpat dan mengata tidak benar itu fitnah.. Tapi manusia memang macam tu, selagi belum tercalit lumpuh pada muka sendiri.. Sewenang dan melayang kata katanya pada orang.. Bukan nak doa agar ludah yg sudah ludah sampai dimuka sendiri namun beringatlah.. Allah maha Adil.. Ingatlah andai orang teranaiya doanya termakbul.. Ingatlah, belum tahu lagi pengakhiran hidup kita macam mana mati dalam beriman atau mati dalam kufur.. Neraka bukan milik orang yg jahil saja dan syurga bukan milik orang yg beriman sahaja.. Allah maha Adil..Apa perlu kita buat beri amaran pada diri.. Semua yg dipinjam akan dipulangkan.. Tiada milik kita..
 Renung renungkan hati ..  
Sabda Rasulullah SAW: Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa had.
 - Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi s.a.w. bersabda; "Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik."

 - Sahih Bukhari & Muslim 

Tidaklah seorang mu'min itu suka mencela, dan tidak pula suka melaknat, dan tidak keji mulut dan tidak berkata kotor 

- Riwayat Muslim. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular