Selasa, 3 Januari 2012

Skema Jawapan

 

Budak Skema macam mana? Mungkin smart kemas.. Kalau baju ada butang sampai atas semua dia butang dan rambut sikit tepi kemas, mungkin tali pinggang tinggi.. Mungkin.. Biar apa orang nak kata.. Skema tu orang hairan hairankan walaupun Ana tak hairan langsung..

Skema macam mana Ana hairan dan ambil peduli.. Pertama Skema Hati dan Skema peraturan.. Itu best.. Itu yang nak diperkatakan.. Skema ni kalau fahamkan seperti lurus.. Agama itu petunjuk dan petunjuk itu lurus je.. Tiada bengkang bengkokkan? Jadi kalau skema ikut agama yang duduk dihatikan itu sesuatu yang bagus.. Contoh ? Ada contoh.. Macam Nabi sa.w. kata : Solatlah seperti mana engkau melihat aku bersolat.. Itu skema tak? Skemalah.. Kita kena 'skema' ikut cara nabi solat.. Dan itu skema yang dibanggakan dan dipedulikan.. Skema hati dan skema peraturan ni dekat.. 

Skema peraturan ni, ada yang kata macam mana kita nak ikut peraturan (undang-undang atau hukum) Allah kalau (undang-undang/peraturan) manusia kita langgar.. Skema peraturan? Ada contoh? Mestilah ada.. Macam ni, skema peraturan kita ikut panduan yang lurus yakni Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah dan Sunnah para sahabat. Di dunia ni pula peraturan yang di garis pandukan. Tahulah bahawa peraturan itu untuk mendisipilinkan manusia.. Jum semua jadi skema.. Skema ikut panduan agama dan undang-undang yang menjadikan diri kita 'manusia' tiada salahnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular