Semua teringin memulakan hari dengan muqqadimah yang baik.. Saya gambarkan muqqadimah yang diingini ialah muqqadimah bahagia.. Bagaimana muqqadimah bahagia yang saya maksudkan.. Di sini saya senaraikan dan cuba periksa :
1) Bangun tidur dengan mengingati Allah (Doa ini muqqadimah mata dibuka)
2) Mesti waktu yang bangun itu untuk solat subuh dan muqqadimah yang bahagia itu bangun awal sama ada sebelum subuh (sebelum azan sempat subuh di masjid) atau bangun dalam waktu subuh (solat di rumah). Ada yang mandi sebelum solat dan ada yang tidak malah hanya berwudhuk..
3) Muqqadimah bahagia diteruskan (sunat sahaja) jika subuh dihiasi dengan bacaan Al-Quran Kalamullah..
4) Lagi dan lagi muqqadimah bahagia di isi dengan perkara yang berfaedah lain kecuali tidur kembali lepas solat subuh.. Ini tidak digalakkan kerana kesannya kepada rezeki yang akan diperoleh..
Nak kongsi ---- >
Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Kongsi lagi dan lagi ---->
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan