Memaparkan catatan dengan label Buat sesiapa yang masih keliru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buat sesiapa yang masih keliru. Papar semua catatan

Selasa, 9 Mei 2017

Marhaban bikum




Assalamualaikum dan selamat kembali..

Aduii, saya pun terikut dengan ayat selamat kembali, baik baik, Selamat kembali kepada blogger semua yang 2 3 tahun menyepi. Alhamdulillah, wel-welcome kata orang kampung saya. Biasalah dari saya baca ada yang last update baru lepas SPM dan kini dah grade ijazah pertama dah. Ada yang mula tak aktif selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang tak ingat kata laluan, ada ayang itu ada ayang ini. Tidak mengapa, jarang jarang muat turun dan berperang dengan papan kekunci pun tidak mengapa asalakan komitment hidup apa yang harus didahulukan, didahulukan selesai.


Kesempatan ini blogger menyambut dan mengucapkan selamat datang bulan ramadhan yang akan berkunjung dan singgah serta menginap di halaman iman kita selama 30 hari berikutnya. Ramadhan berapa hari lagi ea semua? 16 hari yakni kurang 3 minggu lagi. Insya-Allah, Marhaban ya ramadhan.Terbaik!!!

Ahad, 11 Oktober 2015

ZIKIR HARIAN

Assalamualaikum. Post kali ini insyaAllah tidak panjang meleret. Cuma ada satu persoalan yg saya nak utarakan yakni sejauh mana keshohihan ZIKIR HARIAN ( ISNIN - AHAD) yang kita amalkan dan uar uarkan selalu.

Isnin, 24 Jun 2013

Golongan Yang Akan Disekat Dari Telaga Kauthar

  Daripada Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu anhuma berkata : ''Rasulullah SAW bersabda : ''Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (telaga Al-Kauthar, iaitu pada hari kiamat nanti) sambil menunggu orang-orang yang datang meminum daripadanya, maka tiba-tiba ada orang-orang yang disekat daripada sampai ke sisiku (ke tepi telagaku). Lalu aku berkata: ''Bukankah mereka itu juga dahulunya daripada umatku?''. Maka dikatakan orang kepadaku: ''Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu).'' Berkata Ibnu Abi Mulaikah (salah seorang di antara perawi hadith) : ''Ya Allah! Kami berlindung denganMu daripada kembali kepada kekufuran atau kami diuji dengan ujian yang berat.'' (Hadith Riwayat Bukhari)


Telaga Al-Kauthar adalah telaga yang besar yang akan dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti. Telaga ini beribu-ribu batu luasnya dan gelasnya adalah lebih banyak daripada bilangan bintang yang ada dilangit. Sesiapa yang sudah meminum daripadanya walaupun hanya seteguk sahaja, ia tidak akan merasakan kehausan untuk selama-lamanya. Semua umat nabi Muhammad SAW akan berpeluang meminum air telaga yang mulia ini.

Namun nantinya pada hari kiamat kelak akan ada orang-orang yang disekat oleh para malaikat daripada mendekati telaga ini walaupun mereka menganggap bahawa diri mereka layak untuk meminum daripada air telaga tersebut dan Rasulullah SAW sendiri sebelum mengetahui hakikat perbuatan mereka yang sebenarnya merasakan bahawa mereka layak untuk meminum daripada telaga tersebut. Maka apabila para Malaikat menyekat mereka, Nabi SAW berkata ''Bukankah mereka juga dari umatku''. Lalu malaikat menjawab : ''Ya betul, mereka pada mulanya adalah termasuk daripada golongan umatmu, tetapi mereka telah meninggalkan ajaranmu''. Maka ketika itu baru Nabi SAW memahami keadaan sebenar dan beliau pun menyetujui tendakan malaikat tadi sambil berkata (yang disebutkan dalam riwayat lain) : ''Suhqan, suhqan''. Ertinya : ''Mereka layak untuk diusir dari telagaku, mereka laya untuk diusir dari telagaku''.

Betapa sialnya golongan ini. Rasanya teramat malu sekali di hadapan khalayak ramai di tengah-tengah padang Mahsyar yang merupakan tempat perhimpunan seluruh manusia daripada zaman Nabi Adam A.S sampai ke generasi dunia yang terakhir sekali. Ya, apa boleh buat kalau itu adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri. Mereka mengaku sebagai orang Islam, tetapi amal perbuatan mereka bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Mereka mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi mereka tidak mahu mengikuti ajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Mereka mengaku orang Islam tetapi mereka tidak mahu sembahyang, tidak mahu membayar zakat, tidak mahu berpuasa, tidak mahu menutup aurat dan begitulah seterusnya.

Hendaklah kita memohon kepada Allah SWT semoga Ia menguatkan iman kita dan memberikan kepada kita cucuran taufiq dan hidayah sehingga kita dapat mengamalkan segala tuntutan agama yang suci ini sampai ke akhir hayat dan mati dalam keadaan beriman. Amin.

Sabtu, 22 Jun 2013

Berubah bukan kerana Jodoh



Langkah Untuk Berubah: Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

Beberapa hari lepas, usai solat berjemaah di masjid universiti, saya duduk merehatkan badan sebelum pergi menelaah di perpustakaan. Sambil rehat-rehat, ada kawan menegur.
Kemudian datang kelompok kawan-kawan yang lain. Wah ramai juga yang tak balik rumah walaupun sedang cuti study week.
Lalu berbicaralah kami dengan bermodalkan beberapa isu yang kian hangat; dari hal remeh seperti lampu jalan di sekitar universiti yang sudah lama rosak hinggalah kepada isu negara seperti kekecohan pra-kempen sebelum pilihan raya.

Sempat juga diselitkan hal-hal wanita, memandangkan kebanyakannya sudah tahun akhir maka hal jodoh – jodoh mungkin lebih dekat.

Seorang rakan (yang baru saya kenali di situ) melampiaskan kekecewaannya.
Katanya kerana pengaruh ‘ayat-ayat cinta islamik’ yang kian bertebaran di Facebook menyukarkan dia untuk mencari jodoh yang memahami.

Mana tidaknya, dia mengutarakan isu wanita kini (wanita yang baik-baik) yang meletakkan ‘penanda aras’ bahawa “lelaki yang berbaju melayu, pakai kain pelikat dan berkopiah pergi masjid adalah lelaki yg sweet dan sesuai dijadikan jodoh”.

Kata beliau lagi, “lalu kita ini, yang pergi masjid pakai seluar jeans, pakai t-shirt ni macam mana? Tak sweetkah?
Apakah kalau pergi masjid itu syaratnya perlu pakai baju melayu dan kain pelikat? Kalau selain dari itu, tidak layak digelar pemuda masjid?”

Seorang lagi rakannya mencelah, sambil mengiakan hal berkenaan.
Kata beliau, dua hari lepas dia terserempak dengan beberapa wanita yang memberikan pandangan bebeza. Ketika itu dia dan rakannya yang sedang berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah sedang menghidupkan enjin motor di parkir.

kata beliau, wanita yang lalu lalang di situ tersenyum pada rakannya, tapi tidak pada beliau.
Beliau menambah wanita-wanita itu memandang beliau dengan pandangan ‘eleh mamat ni maghrib entah nak pi mana entah, orang pi la masjid’.

Dia dijeling hanya kerana dia tidak memakai baju melayu kain pelikat sedangkan tujuannya dan rakan disebelahnya sama; ke masjid!

Kami menggeleng.

Parah juga kalau terlalu taksub nak berlakikan orang masjid. Habis yang pakai t-shirt biasa dan seluar biasa, yang niat mereka nak ke masjid tu bagaimana? Tak cukup baguskah?

Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

Kami terdiam sejenak. Seketika kami dihampiri seorang lagi rakan yang merupakan ahli tabligh. Beliau bertanya dalam nada lucu apa yang kami fikirkan hingga muka berkerut-kerut.

Rakan yang mengutarakan isu tadi menceritakan panjang lebar. Kemudian rakan tabligh tadi tersenyum.
Kata beliau “kalau enta fikir macam tu, enta kena hati – hati. Takut nanti niat enta nak ke masjid untuk beribadah ni, bertukar jadi benda lain pula. Ana ada baca buku, kitab agaknya tajuknya Risalah Sufi apa tu…al qusyair…al qusyri…”

“Risalah Sufi Al-Qusyairi.” saya membantunya.

“Haa…buku tu…bagus enta baca. Dalam buku tu ada menyebut yang cinta ini semua ada tujuan. Dan bila tujuan tu tercapai, atau tujuan tu dilupakan, maka tiada sebab untuk dia mencintai lagi.

Macam enta, contohnya, kalau enta pergi masjid sebab nak mengurat anak dara orang, nanti kalau enta dah dapat dia, enta masih pergi masjid lagi tak?

Atau kalau enta tahu anak dara orang tu dah ada yang punya, enta mesti rasa macam alah takda gunanya aku pi masjid dia dah ada orang lain. Kan?”

Kami semua mengangguk. “Al-Junaid punya kata-kata”, saya menegaskan. Rakan tabligh itu segera bersetuju.
Jadi katanya, “biarlah kita ke masjid ni, kita dan Tuhan saja yang tahu niat kita dan keikhlasan kita. Bukan apa, merungut begini, bimbang syaitan itu berbisik yang bukan-bukan.

Syaitan tu di mana-mana pun ada. Dalam masjid pun dia boleh bisik kat kita, walau kita tengah sembahyang. Inikan pulak tengah duduk-duduk begini.”

Azan isyak berkumandang. Kami bangkit dan bersalam, tersenyum seperti ada semangat baru meresap. Melangkah beramai-ramai ke dalam saf, untuk minta supaya ditetapkan hati dan iman hanya untuk DIA, bukan makhluk-Nya.

Ketika itu juga rakan tabligh kami mengangkat tangan dan berdoa “ya Allah, tahun baru akan datang, teguhkanlah hati kami agar sentiasa istiqamah di atas jalan-Mu, ibadah kami, amal kami, hidup mati kami, hanya untuk-Mu.”
Ramai-ramai kami mengaminkan doa itu.
Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya.

# Tulisan ini adalah hak milik saudara Syukri Mohd Ali. Semoga tulisan ini memberi makna dan membuatkan kita terfikir sejenak. May Allah bless

Jumaat, 19 April 2013

Menjelang Program In kalilah..


Program INI KALILAH..

Belum tahu boleh lihat di sini..

Just click and fill the IC no

http://www.pru13.gov.my/default.semakan.php


Sabtu, 16 Februari 2013

Makruh Hukumnya

 

BISMILLAH..



Soalan : Apa hukum bawa masuk tandas baju yg tertulis I LOVE ALLAH?

Jawapan : Makruh..



Rabu, 6 Julai 2011

Ucapan 'SAYANG' buat orang tersayang


Berbicara tentang 'sayang'.. Sungguh aku bukan selayaknya membicarakan hal ini.. Namun sayang ini terbahagi kepada banyak medium untuk disalurkan dan semestinya ucapan 'sayang' ini perlu selaras dengan tindakan yakni tindakan yang tepat ialah menghargai. Perhargaan pelbagai cara dapat ditunjukkan namu masih ada berada 'segan' untuk menyembahkan perhargaan kepada orang terdekat kita? Siapa agaknya? Pakwe bagi makwe? Makwe bagi pakwe? (Ha ha ha ha) Salah salah.. Buat Allah pertamanya.. Bagaimana kita sayang Allah? Bagaimana? Bersyukur itu salah satunya.. Bagaimana? Lakukan semua yang disuruhnya dan tinggal apa yang dilarangnya.. Benar? Iye namun manusia yang alpa, lalai dan dosa tak lekang dari melakukan apa yang Allah larang maka memohon ampun dan bertaubat itu tanda syukur dan syukurlah Allah kembalikan kita mengingati-Nya sebanyak banyaknya..

Bicara soal 'sayang'.. Bukan aku selayaknya namun 'sayang' yang Allah ajarkan melalui kitab wahyu dan sunnah Rasul-Nya ada mendokong dan mengamalkan sunnah sunnah Rasulullah s.a.w. Allah datangkan kita Rasul yang buat kita mengekalkan 'sayang' kita kepada-Nya dengan mengutuskan Rasul untuk mengembalikan kita ke arah benaran dan jalan yang lurus.. Alhamdulillah..
Bagaimana 'sayang' mu kepada orang tuamu?? Tahukah kamu redha Allah adalah terletak pada redha ibu bapamu.. Ramai tahu hakikat itu namun ramai yang buat tak endah.. Bagaiman redha ibu bapa di cari? Taati dan muliakan orang tuamu semasa hidupnya dan semata ketiadaannya.. Semasa ada mereka muliakanlah.. Semasa mereka hidup curahkan kasih sayang.. Ucapkan kasih sayang sebelum kau tidak sempat menghadapi subuh yang terakhir..

Sabtu, 17 April 2010

Di Ajak Boikot Tak Mahu Mulalah Keliru (Ajar kita syirik secara senyap)

(HOROSCOPE, DAILY LUCK DAN PERATUSAN JODOH RAMALAN)


SITUASI YANG MEMBIMBANGKAN

Pernah beberapa kali Ana melihat sahabat-sahabat Ana yang layan lentok Facebook ni bercerita dan setiap kali buka Facebook pasti dan mesti nak melihat Daily Luck dan Peratusan jodoh yakni orang mana kita dapat sebagai jodoh. Amat membimbangkan.. Yalah, risau juga kita tersyirik tanpa disedari.Medium untuk syirik perbagai rupa tanpa kita sedar..

HUKUM SITUASI INI

Firman Allah S.W.T Surah Al-Maidah ayat 90:

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan dalam berbagai hadithnya sebagai berikut :Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab 'Sahih Muslim', bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Barangsiapa mendatangi tukang ramal (arraaf) kepadanya, tidak akan diterima sholatnya selama empat puluh hari."


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda :

"Barangsiapa yang mendatangi dukun (kahin) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam."

(Hadith Riwayat Abu Daud)




Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Ustazah Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi."Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
 
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda s.a.w pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Ustaz BadliShah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
 
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya..

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan..

Selasa, 16 Mac 2010

Wahabi (sesuatu yang tiada hakikatnya)


Istilah ‘Wahabi’ dan kaitannya dengan Muhammad Bin Abdul Wahab

            Istilah Wahabi kini hangat di sebut. Istilah ini di katakan berkaitan dengan Muhammad Bin Abdul Wahab kerana nama Wahabi di ambil dari nama ayah Muhammad Bin Abdul Wahab. Wahabi ialah sesuatu yang tiada hakikatnya. Isu ini telah lama didengari dan diperkatakan dari zaman ke zaman, namun ia tetap akan berterusan selagi mana masyarakat masa kini tidak cuba memahami secara ilmiah tentang perkara ini. Sesungguhnya Islam dibina di atas manhaj ilmu iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Oleh itu para ulama’ salaf sering menyatakan ilmu itu ialah apa yang difirmankan Allah dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah diingatkan di sini bahawa janganlah kita bercakap tentang sesuatu tentang perkara yang kita tidak ada ilmu mengenainya.

Firman Allah S.W.T :


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
(Surah al-Isra’ 17 : 36)

Sekiranya kita bercakap di atas sesuatu perkara yang kita tidak mengetahui dikhuatiri akan terjebak ke dalam kancah fitnah pula. Tetapi fenomena ini berlaku di tengah-tengah masyarakat di mana mereka melabelkan sebahagian mereka dengan Wahabi atau kaum muda. Apabila ditanya kembali apa itu Wahabi, mereka membisu. Ada yang menjawab Wahabi itu tidak membaca qunut Subuh, Wahabi tidak membaca zikir selepas solat berjemaah, Wahabi itu tidak membaca surah Yasin pada hari khamis malam jumaat, Wahabi itu tidak membuat kenduri arwah dan sebagainya.

Ini dikatakan bercakap bukan berdasarkan ilmu tapi bercakap hanya sekadar apabila didengari itu kata orang kita ikut. Diulangi sekali lagi bahawa kita akan dipersoalkan di hari akhirat kelak atas apa yang kita perkatakan.

Secara ringkas Wahabi yang beria-ria dinisbahkan kepada Muhammad Bin Abdul Wahab, beliau dilahirkan pada tahun 1115 hijrah di Najd dan meninggal pada tahun 1206 hijrah. Perjuangan beliau mengembalikan kesucian tauhid, jauh dari syirik, khurafat. Beliau berjuang menegakkan Sunnah dan menentang bid’ah dalam agama. Pengerakan Muhammad Bin Abdul Wahab bukan satu mazhab baru. Bahkan beliau sendiri bermazhab Hambali dan banyak mengambil ilmu dari ajaran Ibnu Taimiyah. Manhaj yang digunakan dalam berdakwah ialah manhaj Salafus Soleh iaitu manhaj yang dibawa oleh umat tiga kurun yang pertama dan terbaik sepertimana yang disabdakan Nabi s.a.w. “Sebaik-baik manusia ilah kurunku (zaman Nabi dan para sahabat r.a.), kemudian kurun selepasnya (tabiin), kemudia selepasnya (tabi’tabiin).

Jasa dan perjuangan dakwah Muhammad Bin Abdul Wahab sudahlah kita tak hamparkan dengan permaidani merah, sebaliknya perjuangan dakwah beliau dirintangi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Musuh-musuh yang tidak berpuas hati dengannya lalu melabelkannya sebagai Wahabi. Sepatutnya ianya lebih tetapt dengan label Muhammadiyah lalu dinisbahkan kepada ayahnya Abdul Wahab maka jadilah Wahabi. Itulah hakikat sebenarnya nama Wahabi kini dipermainkan, dijadikan bahan tuduh menuduh yang tidak diketahui oleh masyarakat kita pada hari ini.

Usah musuhi Musuhi Muhammad Bin Abdul Wahab hanya kerana
 gelaran ‘Wahabi’

 Di Malaysia nama Dr.Yusuf al-Qardhawi sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Begitu juga di kalangan ustaz-ustaz yang memusuhi golongan yang dilabelkan Wahabi ini. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat memuji Muhammad Bin Abdul Wahab katanya “ Bagi al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaan untuk memelihara benteng Tauhid dari syirik yang telah mencemarkan Tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menangung bebanan dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik."

            Satu lagi nama yang tidak asing bagi masyarakat kita ialah Dr. Wahbah al-Zuhaili yang memuji Muhammad Bin Abdul Wahab dengan berkata; “ Sesuatu tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenarnya bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “ Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya”. (surah Hud 11: 85) bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah yang terbesar untuk islah (pembaikan) membina umat, jihad dan mengembalikan individu Muslim kepada berpegang denga jalan Salafus Soleh ( Ahli Sunnah Wal-Jamaah) yang terbesar ialah dakwah Muhammad Bin Abdul Wahab pada kurun ke 12 hijrah.

            Tujuannya adalah untuk mentajdidkan kehidupan Muslim, setelah secara umum dicemari dengan pelabagai khilaf, kekeliruan, bidaah dan penyelewengan. Maka Muhammad Bin Abdul Wahab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikan (islah) yang dinantikan, yang menzahirkan timbangan akidah yang bersih.

Penutup

            Suatu kisah yang masyhur seorang syeikh selalu berdoa keburukan dan laknat keatas Muhammad bin Abdul Wahab, suatu hari anak muridnya meletakkan kitab yang ditulis oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang telah dikoyak kulitnya supaya syeikhnya tidak mengetahui siapakah penulisnya. Setelah membaca kita tersebut anak muridnya tadi datang kepadanya lalu berkata “Wahai syeikh bagaimanakah isi kandungan kitab itu” lalu syeikhnya menjawab kitab ini sangat bagus untuk dijadikan sebagai rujukan dalam akidah. Selepas itu anak muridnya mengeluarkan semula kulit buku tersebut dan menyatakan bahawa yang menulis kitab itu adalah Muhammad Bin Abdul Wahab. Syeikh tersebut terkejut dan menangis kerana menyesal. Setelah itu setiap kali berliau mendoakan memohonkan kebaikan keampuanan dan berdoakan kebaikan kepada Muhammad Bin Abdul Wahab.

            Suatu perkara yang penting bahawa mereka yang dilabelkan sebagai ‘Wahabi” ini hanya berdalilkan kepada al-Quran dan Sunnah serta membawa perkataan-perkataan para imam yang muktabar seperti imam mazhab yang empat. Sebagai contoh masalah zikir secara bersendirian dan senyap selepas setiap kali sembahyang, mereka membawa kitab Imam al-Syafie sendiri iaitu al-Umm juga perkataan Iman Al-Nawawi dalam syarah Muhazzab untuk menyatakan zikir hendaklah senyap kecuali mengajar bukannya pendapat Muhammad Bin Abdul Wahab. Adakah Imam al-Syafie dan Iman al-Nawawi  Wahabi? Itulah sekirannya jahil terhadap masalah agama.
           
Seperti yang dinyatakan sebelum ini penulisan-penulisan Muhammad Bin Abdul Wahab hanya tertumpu kepada permasalahan akidah. Jadi apa yang diajarkan oleh sebahagian mereka yang dilabelkan sebagai Wahabi tiada kene mengena dengan gerakan pengislahan Muhammad Bin Abdul Wahab.
          
  Akhirnya kita mohon kepada Allah agar ditambahkan ilmu yang bermanfaat serta dihapuskan dosa akibat kejahilan kita dan orang lain terutamanya. Permasalahan Wahabi tidak wajar ditimbulkan lagi dan ia sesuatu yang tiada hakikat, sebaliknya ajaran yang cuba disampaikan oleh Muhammad Bin Abdul Wahab ialah ajaran Islam bukan Wahabi.

Wallahua’alam.                                                                                      
             

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular