Melayani Musim "Durian"
Durian popular di Malaysia terutama pantai timur tapi di negara Orang Puteh dikatakan makanan paling busuk? (Tak patut.. Tak.. Tak patut..) Takpe, abaikan. Melayani musim durian di kebun Abiku.. Memang puas.. Yalah dulu tak ada durian asbabnya kene kebas hari hari dengan orang lain.. Orang lain yang tanam, orang lain yang makan. Ish Ish... ( Tak.. Tak patut..). Tapi sejak dua tiga minggu ni dah macam orang jual durian dah.. (panaslah tidur malam weii.. )
Ada apa dengan "Durian"
Ada apa dengan durian? Yang hebat Durian ialah Durian itu sendiri dan baunya. Kenapa hanya dua? Cuma dua ini sahaja yang Ana rasa faktanya boleh pakai dan boleh belajar daripadanya.
Durian dan Bau
Bagusnya Durian. Kenapa? Kerana durian ibarat "mencurahkan air ke daun keladi". Selalunya peribahasa ini orang tafsirkan yang maksudnya tidak memberi kesan atau bahasa canggih sikit orang kata kebal. Itulah bagusnya durian dan buah buah yang satu angkatan dengannya. Ana cuba bawakan Antum semua berfikir tentang satu golongan yakni golongan yang merantau ke sesuatu tempat yang bukan tempatnya atau seorang manusia yang berkawan dengan seseorang yang lain. Orang yang merantau ke sesuatu tempat itu sama ada untuk belajar atau bermaustatin pastinya akan terikut dengan budaya sesuatu tempat. Jika budaya itu baik tak mengapa tapi kene pula budaya yang kurang sihat dan kurang baik serta dicukupkan dengan kawan-kawan atau persekitaran yang kurang sihat.
Jadi eloklah kita jadi macam durian yang ditimpa hujan/air. Durian itu ibaratkan diri kita dan hujan/air pula diibaratkan anasir-anasir luar.. Walaupun teruk kene dihentam badai arus anasir anasir luar namun prinsip kita yang teguh pada agama mampu merobohkan anasir-anasir yang menjadi dugaan pada kita. Dan bau durian pula kebiasaannya sangat semerbak kuatnya. Kalau bawa masuk durian ke dalam rumah. Belum sampai dalam lagi kita bawa durian tu pasti sudah sampai ke bilik baunya. Begitu juga kita sebagai manusia. Bila kita masuk dalam satu golongan itu maka kita yang berjiwa 'daei' ini memyebarkan ilmu kita dan memberi fahaman kepada mereka seperti bau durian yang mampu mempengaruhi pengemarnya dengan hanya baunya.
P/s : Kagumnya Ana dengan ciptaan Allah yang semuanya membawa maksud bukannya sia-sia.
Wa'Allahu'alam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan