Jumaat, 16 Julai 2010

Ia Datang Tanpa Lewat Dan Cepat Sesaat Pun

 
 Antara perkara yang menjadi rahsia Allah S.W.T kepada setiap manusia ialah bilakah seseorang insan itu akan menemui ajalnya atau bilakah kematian itu akan menjemputnya. Sesungguhnya manusia hanya mengetahui kematiannya setelah mereka bertemu dengan kematian itu kerana setiap jiwa termasuk manusia, tidak terlepas daripada kematian. Ini dijelaskan Allah s.w.t di dalam surah Ali-Imran ayat 185:

mati02.gif


Bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"


Firman Allah S.W.T :
 
Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah Subhanahu wata’ala berfirman, artinya, “Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” 

(Surah  Qaaf ayat 19)


P/S : Sudahkah Anda mendapat jawapan bilakah Anda akan mati/ meninggal dunia? Satu sahaja jawapannya dan jawapan ini yang kamu sendiri tahu. Jawapannya "bila-bila masa sahaja yakni tidak lewat sesaat dan tidak pula cepat sesaat."


Sedikit Kisah Buat Renungan 

MALAIKAT MAUT DENGAN PEMUDA BERIMAN

Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebut pun menjawab salamnya.

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu

Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut

Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”

Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.

Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu

Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?

Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud

Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular