Khamis, 20 Januari 2011

Beri Ruang Sekaligus Peluang

 

 Adakah ruang dan peluang aku mengecapi bahagia? Selalunya bila bertanya pada diri kita, kita akan hampa. Kenapa? Bagi kita hanya kita yang sengsara dalam hidup ini. Yang menimpa bala dan musibah hanya kita sahaja. Ah, dugaan kau tak besar, dugaan aku lagi besar tahu! Belagak benar bunyinya, dugaan yang menimpa diri kamu kamu mengaduh, mengeluh tapi bila dengan manusia bukan main kau berlagak.. Allah dah ingatkan dua perkara buat manusia.

1) Allah kata janganlah kau sombong dan berjalan dimuka bumi dengan keadaan berlagak serta bongkak.

2) Allah juga kata dugaan yang Dia timpakan kepada kita hanyalah menguji keimanan kita dan Dia tahu kita mampu menanggungnya.

Tapi masih kita mengeluh, meng aduh. Inilah, itulah. Bukan macam nilah. Bukan macam tulah. Stresslah , mula lah syaitan dan iblis mainkan peranan mereka. Itu ramai yang bila mengalami kesusahan mulalah menegur air syaitan, main dengan serbuk dadah dan seangkatannya. Bila iman senipis daun bawang maka mulalah bila Allah datangkan musibiah sebenarnya Dia nak suruh kita makin ingat pada Dia tapi bila Allah timpakan musibah kita total semua lupa. Lupa diri dan lupa pada Allah.. nauzubillah. 

Ketahuilah setiap orang "berhak bahagia". Cuma cara dan iktiarnya kita kene cari dengan sumber yang betul. Betulkan kata kata anda dunia ini hanya penjara. Tak, dunia ini medium bekal amalan ke akhirat. Jangan penjarakan hidup anda didunia. Ambil yang dunia dan ambil juga yang akhirat lebih daripada dunia serta pastikan sumber kebahagian daripada yang halal dengan cara yang halal.. Insya-Allah, boleh ea?

p/s : Teringat buku ustaz Ismail Kamus "Indahnya hidup bersyariat".. best..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular