Rabu, 5 Mei 2010

Universiti Tertua Di Dunia : ( Al-Azhar, Cairo )

AL-AZHAR

Nama Al Azhar sering kali disebut oleh masyarakat kerana keutuhan universiti tersebut dan sumbangannya terhadap memartabatkan Islam dan Arab. Hakikatnya seseorang tidak mungkin akan membicarakan tentang mana-mana aspek kemajuan di Mesir tanpa menyedari akan hakikat bahawa Azharlah lampu yang paling bersinar menuju ke arah itu. Malah bagi para sejarawan, tidak boleh dipertikaikan lagi betapa besarnya sumbangan Azhar terhadap sastera walaupun pada tahun-tahun di mana pembelajaran sastera di Mesir agar pudar.  

Courtyard Universiti Al-Azhar

PERKEMBANGAN AL-AZHAR

Pada tahun 359H (970M),  Jauhur As Saqli, panglima Al Muiz Li Dinillah Al Fatimi telah menakluki Mesir. Pada malam pertama beliau menakluki Mesir, beliau terus meletakkan batu asas Kota Kaherah. Beliau turut mendirikan dua buah istana besar, kemudian dia mengasaskan Jami' Azhar. Kerja-kerja itu terus berlansung selama dua tahun. Pada Ramadhan 361H, buat pertama kalinya solat Jumaat didirikan di Jami' Al-Azhar. Motif pembinaan Jami' Al-Azhar pada mulannya hanyalah sekadar tempat menunaikan solat, serta pusat penyebaran mazhab syiah. Namun ia tidak kekal lama sehingga ia bertukar menjadi sebuah institusi pengajian. Orang pertama yang cuba untuk menjadikannya sebagai sebuah institusi pengajian ialah Yaakob bin Kils, menteri Al Aziz Billah Al Fatimi (975-966M). Tindakan pertamanya dalam usaha menjadikan Jami' sebagai institusi pengajian ialah dengan membina sebuah markas jemaah fuqoha' bersebelahan dengan Jami' Azhar. Mereka seramai tiga puluh lima orang faqih.

Pada tahun 375H (986), ilmu-ilmu agama dan bahasa mula diajar di situ. Pengajian itu terus berlangsung sehinggalah munculnya Salahuddin Al-Ayyubi (567-589H). Beliau adalah seorang bermazhab Sunni (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan beliau juga bergiat menghalang mazhab syiah tersebar luas di kalangan orang ramai, beliau mengambil keputusan menutup Jami' Al-Azhar selama satu kurun lebih. Pada era pemerintahan Zahir Bibris (659 - 672H), pengajian di Jami' Al-Azhar di sampaikan semual mengikut fahaman aliran mazhab Sunni. 

Pada mulanya pengajian hanya tertumpu kepada ilmu-ilmu agama dan bahasa. Kemudian barulah muncul ilmu Astronomi, Aritmetik, Kedoktoran dan Geografi. Pada kurun ke dua puluh, ko-kurikulum pembelajarannya mengalami sedikit pembaharuan. Mula-mula, mata pelajaran moden diajar seperti Matematik, Fizik, dan Kimia iaitu pada awal kurun tersebut. Kemudian disampaikan pula mata pelajaran Pendidikan (education), Psikologi dan bahasa-bahasa asing. 
Masjid Universti Al-Azhar

SUMBANGAN DALAM MEMELIHARA PUSAKA ISLAM DAN ARAB

Beberapa kurun telah melewati Azhar, pelbagai peristiwa berlaku dan beberapa buah kerajaan telah bertukar ganti. Namun begitu, Azhar tetap menjalankan tugasnya menyampaikan risalah dalam memberi sumbangan terhadap agama dan bahasa. Azhar mengerah seluruh keupayaannya untuk menyampaikan risalah tersebut. Walau bagaimana besar pun rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Al-Azhar ia sedikit pun tidak menggoyah semangat Azhar dalam melaksanakan tugasnya.

Pada era pemerintahan Fatimiyah, Azhar terus menjadi sebuah institusi pengajian ilmu-ilmu agama dan bahasa selama dua kurun (361-567H). Sebilangan Ulama besar telah menyampaikan pengajian mereka di situ, menteri (Al Muiz) turut mengajar kitab karangannya sendiri di Al-Azhar. Di samping ilmu-ilmu agama, mata pelajaran seperti sastera dan mantik juga turut diajar. Ceramah-cemarah turut disampaikan pada setiap minggu.Perbincangan dan pengajian turut diadakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular