Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Eid Mubarak

Minta Maap Tau...

Salam Yang Mahram Je dan Aurat Tutup Tau

Opsss... Maaf Tau...

:)) <3 :=":" span="span">

Jumaat, 17 Ogos 2012

Tiada Keretaku Bawa Kau Jalan Jalan

(Kereta Idaman, Insya-Allah.. Tak salah simpan Impian)
 
Selamat, belum lagi.. Lambat lagi raya ada satu dua.. Haaa, dua hari lagi nak raya.. Nak minta maaf salah silap? Oh, nak tunggu raya ea? Tak raya pun boleh minta maaf juga.. Ya ke? Yalah.. Kalau tahun tu tak sempat raya macam mana kalau hari lain segan, malu, takut, gerun nak minta maaf? Sama sama kita muhasabah diri..
 
Blogger, kenapa gambar kereta.. Eh, itulah kereta blogger yang dah sampai kampung.. Eh, tak tak gurau je.. Blogger belum mampu pakai kereta tu.. Kalau mampu pun tak maulah.. Membazir sahaja.. Yalah, elok beri lebihan rezeki kita dijalan Allah dengan menginfakkan sebahagian harta kita.. Wah pemurah blogger ni, jangan puji macam tu.. Shhh, tutup mulut sudah... Hehe
 
Kenderaan amat penting untuk kita bergelar musafir.. Tapi musafir digelar apabila bertujuan baik.. Maksud blogger sesuatu perjalanan yang bertujuan baik seperti balik kampung, berziarah menziarahi dan lain lain kerana Allah Taala.. Benda buruk dan jahat ingat tak boleh kerana Allah Taala.. Tapi blogger tengok sekarang ni kenderaan banyak diubah pelbagai fesyen sampai jadi najis tengok.. Apa apa pun pastikan keadaan kenderaan selamat apabila pengubahan berlaku.. Bukan apa demi keselamatan kita, isteri dan anak anak kita juga.. Berhati hati na balik raya ni.. Pandu sangatlah cermat, insya-Allah cermat dan sampai destinasi yg dituju dgn selamat :))
 
P/S : Solat sunat musafir + Doa perjalanan + Niat yg baik = Insya-Allah.. :)) 


Rabu, 8 Ogos 2012

Tiada Hari Lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Dalam hidup banyak yang kita mahu kecapi.. Sebagai seorang manusia individu masing2 sebetulnya punya cita cita dan impian.. Tanyalah adik adik kecil sebaya adik adik anda.. Adik saya juga yang berusia 12 tahun (UPSR tahun ni) juga mempunyai semua orang punya yakni impian atau senang kata cita cita..
(Macam Lagu punya Tajuk)

Lalu bagaimana dgn anda? Sudah kecapi, masih berusaha mengecapi atau belum lagi dicapai? Besar tanda soal saya berikan pada anda.. Dalam fast and furious mengejar cita cita berapa ramai di antara anda seimbangkan dunia dan akhirat urusannya semasa anda mencapainya?

Mungkin anda boleh bilang akan banyak perkara.. 7 hari lagi nak dapat gaji.. 10 hari lagi nak raya.. 12 hari lagi tarikh pertunangan anda.. 1 bulan lagi nak pergi Landon.. Semuanya lagi, lagi dan lagi.. Tapi bagaimanakah, berapa hari lagi anda mahu mati? Lagi saya kame kame haa kan tandas soal yg besar.. 


Jangan tipu saya, setiap hari yg 7 tadi, 10 tadi, 12 tadi dan sebulan tadi perlunya persediaan.. Betul? Lalu bagaimanakah dgn yg tiada hari ni? Lalu tiada hari maka tiada persediaan ke? Jum sama sama muhasabah diri bagi menghadapi hari yang 'tiada hari lagi' ni..

Masih Ramadhan


Huh, takutnya.. Ni puasa dari singkapnya Fajr hingga tergelam matahari ke ni puasa tiga empat hari ni? Benar, takutnya pada Allah cuma ini buat orang yg berpuasa pun buka puasa kalau tengok.. Terkejut, berat nang nang mu ni.. Selalu dengar tak?

 Kurangkan juadah,
 banyakkan ibadah. 
Kurangkan membeli belah,
 banyakkan sedekah.

Saya rasa selalu anda dengar cuma ramai yang claim dirinya gagal.. Macam mana kalau claim gagal sedangkan belum berusaha.. Saya perasaan satulah, bulan ramadhan ni walaupun syaitan diikat kemas kemas, (ada gambar syaitan pikul beg balik kampung) tapi hawa nafsu yang kita sayang sangat tu, yang kita sebatikan dalam diri tu mengantikan syiatan dalam diri kita.. Benarlah, kan saya dah kata.. Kita claim gagal sebab kita berserah sebelum berusaha.. Berusaha apa ni? Berusaha mengengkang hawa nafsu.. Tak caya? Okey... Lihat ni..





Mari lihat berapa banyak saya boleh senaraikan yang kena dgn naluri nafsu jahat kita?

1) Bila bulan ramadhan, waktu sahur kita lebih suka tarik selimut daripada bangun bersahur.. Kena tak?

2) Bila dah bangun awal sebelum subuh, berapa ramai yg bangun dan ambil wudhuk mulakan dengan solat sunat walaupun dua rakaat? Tahajud saya maksudkan... Kena tak?

3) Bila bersahur berapa ramai yang makan bila sahur ? Ala, minum air cukuplah.. Sayang tempat tidur lagi.. Kena tak?

4) Lepas tu, bila bersahur belum masuk subuh tidur balik pastu sedar dah habis subuh.. Kena tak?

5) Lepas tu, tahu dah lewat dah solat subuh tapi buat muka tak bersalah pula bahkan ada yang salah faham konsep Qadha kena tunggu masuknya waktu Zuhur.. Kena tak?

6) Pastu bila di siang hari mulalah lapar dan tak bermaya.. Yalah, sahur dengan air masak.. Salahkan perut yang lapar dan rasa mengantuk sampai lupa nak bertadarus Al-Quran dan berzikir di siang hari.. Kena tak?

7) Yg tak boleh tahannya, belum masuk waktu Zuhur dah berbincang nak berbuka makan apa.. Kena tak?

8) Pukul 3 dah ke bazaar, mata mulalah melilau semua yang tgk nampak sedap melayan nafsu dan perut.. Semua beli tanpa fikir mampu ke habiskan.. Kena tak?

9) Macam saya kata bila berbuka semua pun tak makan maka pembaziran berlaku dengan buang sana sini.. Kena tak?

10) Lalu kalau makan pun sampai tak larat nak solat terawih dan tak ambil keberkatan bulan ramadhan dgn bertarawih.. Kena tak?

Nauzubillah, bukan nak kenakan orang tapi inilah realitinya yang perlu kita sama sama ubah dan muhasabah diri supaya ramadhan akan datang kita tidak macam ni lagi.. Sama samalah kita... :))

Ahad, 5 Ogos 2012

Puasa Save Energy, betulkah?

Masih berbicara mengenai puasa.. Kenapa ini terjadi? Teringat peristiwa hari tu.. Masa tu Ana dalam perjalanan ke bandar.. Allahurabbi, Ana baru lihat ada moto dan penunggangnya keluar daripada longkang yg ditutup semak samun.. Nauzubillah, dia cedera di tangan dan kaki.. Menolok motosikalnya dgn kasihan.. Siannya, tiada sorang pun hulurkan bantuan.. Yg membantu adalah orang yg lalu lalang membantu melihat sahaja.. 

Dua hari lepas tu satu lagi peristiwa, waktu tu Ana dan isteri keluar beli barang, ada seorang  uncle basikal lalu depan kereta Ana.. Dia bakulnya terdapat sayur.. Mungkin dia dalam perjalanan pulang.. Malangnya, sayur yang dibawa di pedal handle basikalnya jatun ketika melintas.. Dia parking basikalnya di tepi lalu pergi menyelamatkan sayurnya.. Malangnya sayur didalam bakul jatuh ke longkang.. Alahai, bukan rezeki dia.. Tapi yg malangnya tiada siapa nak tolong hamba Allah ini.. Benar, mereka bukan melayu, bukan Islam, mereka cina.. Tapi mereka tetap hamba Allah.. Adakah puasa kita yg mana bila kita save energy kita membataskan sikap tolong menlong dan sebagainya? - Muhasabah diri..

Raihlah Keberkatan Ramadhan

 

Bulan Ramadhan, ramai yang mengambil kesempatan dalam bulan ni.. Mereka sepatutnya mengunakan kesempatan bukannya mengambil kesempatan.. Kena ubah pemikiran manusia zaman sekarang.. Ini zaman bukan zaman dulu, ini zaman semua orang pandai pandai tapi kalau rohani kosong sia - sia dan buang masa..

Adik adikku, benar UPSR,PMR dan SPM serta STPM dan STAM mu a round in corner.. Ana tahu, tapi itu bukan alasan kamu tak mahu hadiri solat terawih.. Benar, sunat sahaja tapi terawih ni bulan ramadhan sahaja ada.. Bulan lain tiada.. Ini satu contoh mengambil kesempatan, siang tengok tv, merayap pastu malam nak study walhal siang boleh study dan malam pergi terawih..

Ada lagi kes lain ni..

Ini lagi satu, Allah tahu apa anda lakukan. Dalam tak sedar ada yg ambil kesempatan dalam bulan ramadhan.. Puasa tak, rokok ditangan tapi jual juadah berbuka puasa.. Perlu boikot ke orang gini? Malu Ana perangai saudara Islam kita mcam ni..Masih ada orang mcm ni dimuka bumi? Nauzubillah.. Tak mahu malu pada manusia, malulah pada Allah S.W.T..

P/S : Raihlah ramadhan, nikmati ramadhan dan bersyukur berada di dalamnya..Mungkin ini yg terkakhir..

Rabu, 1 Ogos 2012

Rezeki Walaupun Cepat atau Lambat

 

Assalamualaikum.. Blogger memula salam kali ni.. Maklumlah lama tak update.. Suam suam kuku je update blog.. kekangan masa sangat.. Jangan salahkan masa tau blogger.. Hehe, okey, okey.. Jujur, blogger tengok feeds update blog pun lambat.. Mungkin semua sibuk kot.. Blogger nak ucapkan selamat berpuasa.. Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 13 dah puasa..

Blogger memanfaatkan ramadhan ini sebaik baiknya.. Alhamdulillah.. Blogger bakal jadi Ayah insya-Allah.. Selepas hampir dua bulan menikah.. Kandungan zaujah blog masuk minggu ke 5.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah.. Doakan pria dan isteri.. Blogger muqadimah dulu hari pertama bulan 8 ni.. Insya-Allah.. Barakallah.. Hargai ramadhan dan buat sehabis baik.. :))

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular