Jumaat, 12 Oktober 2012

Ku kejar Kau dan Kau kejar Aku

 

Bismillahir rahmanir rahim.. Alhamdulillah.. (DOA KHASNYA BUAT IBUNDA DAN AYAHANDA yang sedang mengerjakan HAJI tahun ni)

Sedikit terasa RINDU pada mereka.. Mestilah anak mana yang tak merindui mereka.. Merindui mereka dalam menghadapi kesibukkan tanggungjawab dan amanah pemberian Allah.. Alhamdulillah.. Sengaja calitkan MERAH pada RINDU itu kerana lumrah kebiasaannya apa yg melibatkan bahagia dan hati ini MERAH atau PINK.. Kih Kih

KU KEJAR KAU DAN KAU KEJAR AKU ini topik sebenarnya.. Apa pulakan main kejar kejar ni.. Macam masa kuncil kuncil dulu rasanya.. Anda berlaman sosial tak? Jangan kata TIDAK kerana ini bukan rokok yang perlu katakan HARAM.. Mesti adakan? Alhamdulillah, manfaat sebagai apa? Sebagai DAKWAH? Bagus budak ni. Sebagai luaskan perkenalan? Harap dengan niat yang betul. Sebagai cari gf/bf ? adoyai, ini yang kena hadkan atau kena mujahadah Nafs dan tukar niat kepada niat pertama atau kedua. Sebagai memenuhi masa? Kalau saya kata buang masa adalah macam mana? oh. Oke, bosan.. Sebagai apa lagi? Anda?

Walaupun apa niat anda pastikan JANGAN anda main kejar kejar.. Adoyai, macam mana main kejar kejar di laman sosial? Haha.. Ce cari macam mana? Entah saya pun tak tahu tapi maksud saya yang sedikit anda TAK FAHAM ialah berlumba lumba update status.. Oh, itu je. Tertunggu tertanya tertengek dan termusykil tadi. Maaf kalau ada ada 4T tadi kerana saya pun nak 2T je yakni Tertulis dan Terbaca..

Tiada salahnya nak update status itu. Buatlah, guna apa pun di laptop atau telefon canggih anda sebab bil dan kredit tanggungjawab sendiri cuma Anda bertanggungjawab dalam apa yang anda UPDATE. Ianya seperti anda berkata atau anda menyampaikan sesuatu pastinyiaSHOHIH dan boleh dijadikan AMALAN. Kalau ianya tak SHOHIH dan orang beramal maka anda tahulah apa akibatnya. Dia beramal dengan ILMU yang salah dan SAHAM dosanya KHAS buat ANDA..

Saya tinggalkan anda dengan ANDA BERFIKIR...

WASSALAMUALAIKUM W.B.R

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular