- Perkara Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa Ramadhan
(Fiqh Perubatan)
1-Menderma darah adakah membatalkan puasa?
Tidak. Tetapi tidak digalakkan berlebihan kerana bimbang menjejaskan puasa.
2-Pengambilan darah melalui suntikan vena, adakah membatalkan puasa?
Tidak. Masalah ini sama seperti menderma darah, dan dikiaskan dengan masalah berbekam yang tidak membatalkan puasa.
3-Adakah semua suntikan tidak membatalkan puasa?
Bergantung. Suntikan yang memberikan rasa kenyang kepada pesakit membatalkan puasa pesakit. Suntikan lain diruang bukan rongga terbuka tidak membatalkan puasa.
4-Mencabut gigi ketika berpuasa, bolehkah membatalkan puasa seseorang?
Boleh membatalkan, jika darah yang keluar itu bercampur air liur lalu ditelan dengan sengaja.
5-Suntikan insulin diberikan, adakah membatalkan puasa?
Tidak, kerana suntikan iu untuk mengurangkan kadar glukosa darah, bukan memberikan kepuasan serta kekenyangan kepada pesakit.6-Dalam satu prosedur, air disuntik ke kelopak mata pesakit lalu mengalir ke tekak. Adakah membatalkan puasa?Tidak jika air tersebut dikeluarkan semula melalui mulut tidak ditelan. Jika ditelan batal puasa. Jika tertelan tidak menjejaskan puasa.
7-Suntikan glukosa adakah membatalkan puasa?
Ya. Membatalkan puasa.
8-Adakah pesakit menjalani bius itu batal puasa?
Batal jika dia pengsan dari siang sehingga selepas masuk waktu berbuka.
9-Pengkateteran (Memasukkan Tiub) itu adakah membatalkan puasa?
Tidak membatalkan puasa.
10-Pada bulan Ramadhan di siang hari, doktor melakukan prosedur memasukkan tiub berkamera ke dalam perut, adakah puasa terbatal?
Harus sahaja, tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak memasukkan sebarang cecair ke dalam perut.
11-Jika seorang ingin berbekam adakah batal puasanya?
Tidak, samalah dengan permasalahan menderma darah. Dan masalah tidak batal menderma darah diqiyaskan dengan tidak batal berbekam.
12-Melakukan prosedur penyaringan dan pembersihan darah (Dialisis) adakah membatalkan puasa?
Tidak batal melakukannya.
Ilmu itu bagai haiwan yang liar dan tali pengikatnya adalah catatan... Dan Ilmu itu jika haiwan liar perlu ada Tuan menjinakkannya dan mengembangkan zuriatnya.. Sebarkan ilmu pastikan yang SHOHIH!!
Jumaat, 26 Julai 2013
Sedikit Perkongsian Fiqh Perubatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)
Artikel - Artikel Popular
-
Iman kita ada pasang surut. Kadang² bila rajin buat amal ibad at, sedekah, perkara baik, tu tanda iman kita makin kuat. Bila kita buat p...
-
. . .Doa Menghadapi Peperiksaan. . . Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu meneleah mata pelajaran: ...
-
Solat Subuh 3 Set Sujud Pagi hari Jumaat kebiasaannya majoriti kita atau musolla', surau dan masjid dimana imamnya akan memimpin makmum...
-
ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLLAH Alhamdulillah. Bersua lagi mata pena hujung jari, blog cara menyampaikan yang sudah hampir dilupakan....
-
Assalamualaikum dan Bismillah.. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dalam semua hal hal yang baik insyaAllah. Bulan April penuh d...
-
A SSALAMUALAIKUM & SALAM MERDEKA Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang. Rindu zaman sekolah, betul. Setahun dua ramai ...
-
ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH Sengaja menulis lagi. Adakalah nukilan atau tulisan mahupun gambar yang dilulkis itu boleh menjadi s...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedikit cerita dan perkongsian bersahaja. Alhamdulillah, puasa sudah selesai. Raya pula h...
-
Ada seorang perempuan yang memilih bungkam atas perasaannya. Hingga dtglah orang lain utk meminangnya, Lelaki lain yg ta...
-
Assalamualaikum dan Bismillah.. Tiada sebarang posting bulan May, kenapakah? Adakah blogger sibuk, adakah laptop blogger buat masalah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan