Selasa, 30 Disember 2014

TERAKHIR

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Assalamualaikum. Biasalah bulan ni banyak kosa kata TERAKHIR digunakan. Sepatutnya terakhir itu saya BOLD kan tapi tak mahu Bahasa Melayu Tinggi sangat sebab saya rendah. Maaf tiada kaintan namun saya akan belajar lebih gigih lagi untuk ikut peraturan. Saya masih cara saya muncul dan menghilang sesuka hati tanpa peduli sesiapa namun terima kasih banyak banyak kalau ada hamper atau hadiah dah lama saya hulur kepada pembaca tegar blog saya. 

Berbalik kepada terakhir itu semenjak dua menjak ini itulah jumaat terakhir, hari terakhir, minggu terakhir seolah olah saya beranggapan mungkin gurauan kata kata itu namun jika benar ianya terakhir moga buat sehabis baik seperti zuhur ini solat terkakhir kita atau apapun ibadah wajib kita buat hari ini ianya terakhir maka buatlah sehabis baik. InsyaAllah.

Selamat bertambah umur. Selamat listkan AZAM. AZAM tahun lalu bawa ke tahun depan macam cuti. Maaf salah silap. Tiadanya salam 0 - 0 tiada maknanya.. :)

Rabu, 10 Disember 2014

DOP BEH BOH

Isteri leman kata :

Saya kahwin dgn Abang jadi tak seronok. Yalah dgn Abang semua tak boleh. Saya pergi kedai sorang sorang pun tak boleh. Saya nak mandi air terjun dan air di taman tema pun Abang larang. Saya nak pakai pakaian menyerlah sikit pun Abang tak beri. Saya nak naik moto pakai seluar pun Abang jeling semacam. Tak seronok kahwin dgn Abang.
_ _ _ _ _ _ _

Cik, akak atau adik yg jumpa lelaki mcm ni cepat cepat pi penang dia. Awat? Yalah, kahwin nak pahala ke nak seronok? Terdeku jawab. Ada angkat tangan. Nak pahala dan seronokkan ustaz. Haaa, itu saya beri 11 markah. Salu orang beri 10 markah saya beri extraa 1 markah.

Cik, akak atau adik kalau suami kata tak boleh tu sebenarnya suami amik berat. Suami sayang. Nak pi kedai sorang suami tak beri. Ajaklah dia sekali. Uih, syoookk dating dgn suami. Boleh pimpin tangan tu. Ala, apa salahnya bukan romen depan orang, pimpin isteri kot. Orang nak fitnah? Dia tak datang walimatuurus kita sape suruh? Hehe.. Cik suami tak beri mandi air terjun/tema air? Baguslah.. Kenapa bagus ustaz? Yalah. Suami tak mau orang lain tgk rupa lagu mana isteri dia mandi. Ala, cukuplah bujang dulu pi mandi seme ayak. Ayak terjun, ayak sungai, ayak longkang pun pi tibai.. hehe..
Apa lagi, suami tak beri pakai klip klip / bling bling sikit? Hehe. Alhamdulillah. Suami jaga anda. Aurat anda dia jaga dalam dan luar. Dia tak mau anda tabaruj okeylah naa.. Aih, saya respect isteri nak beli pakaian tanya suami dia dulu.. Yalah, suami yg bayaqkan.. Kih kih.. Itu iye, sebab lain kata berhias untuk suami. Betul naa? Naik muto pakai suar suami tak beri? Dia beri ustaz tapi dia jeling.. Bagus suami jeling daripada laki lain jeling. Ade keta naik keta. Cermin gelap luncur laju syukkkk... Naik moto laju plak tu. Lalu depan perempuan pun depa fitnah doh MINAH REMPIT. Tu lah sebab kot suami tak beri.

* KESHAHIHAN  WANITA AKAL 1 NAFSU 9 DAN LELAKI AKAL 9 NAFSU SATU MASIH SAYA SAMAR. JANGAN DITANYA BAB INI. JAWAPAN SELAMAT.

DITANYA

Selasa, 4 November 2014

BIASALAH SUDAH TUA

 
  
Assalamualaikum. Alhamdulillah jari jemari masih boleh menari lagi menulis pada bulan November ini. BIASALAH SUDAH TUA, tajuk saya pilih untuk saling kait mengaitkan tentang beberapa hal dan InsyaAllah moga ada manfaat bersama. Muqqadimahnya mari ke mendoakan kedua ibubapa kita dan sedekahkah al fatihah kepada mereka tidak mengira sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.

BIASALAH SUDAH TUA, bila sebut bait bait ayat ini. Apa di minda dan fikiran anda? Di minda kita ibu bapa kita? Diri kita? Siapa? Siapa yang dimaksudkan sudah tua? BIASALAH SUDAH TUA apabila tidak mengenal usia berlakunya peristiwa kita lupa atau tidak ingat sesuatu perkara. BIASALAH SUDAH TUA juga selalu dijadikan ejekkan. Awak tu SUDAH TUA, bawa bawa bertaubatlah. Apabila SUDAH TUA sahaja baru diingatkan atau disuruh bertaubat adakah kematian hanya untuk yang SUDAH TUA? 

Jika alasannya BIASALAH SUDAH TUA, maka semua perkara TUA baru anda akan lakukan.

Baca Quran -  Nanti aku TUA aku bacalah. Masa tu baru nak mati.

Solat Jemaah - Muda tak payahlah. TUA nanti aku ikutlah.

Kesihatan - Masa sekarang suka akulah nak makan apapun. Nanti TUA aku pantanglah

Ketahuilah bahawasanya alasan malas, mati, sakit itu bukan kerana BIASALAH SUDAH TUA. 



Khamis, 30 Oktober 2014

BUKAN DIA ORANGNYA


[ DOA INI  BOLEH DI AMALKAN ]

assalamualaikum. cantik tersusun 'assalamualaikum' itu moga yang menjawab dirahmati Allah. apa cerita hari ni rajin betul nak kemaskini blog lampuneonmu ini? idea masuk macam makanan masuk ke mulut laju. tak mengapa, sudi baca sila baca tak mahu tak mengapa. amboi, ayat pasrah tersusun. nantikan banyak kesalahan tu. salah apa? nantikan.

seperti di tajuk BUKAN DIA ORANGNYA. apa yang ada rasa saya akan membebel? BUKAN DIA ORANGNYA. perihal jodoh? perihal individu? perihal peribadi? perihal mahkluk? bukan perihal Allah atau pengcipta kita sebab Allah bukan mahkluk.

kaitan gambar dengan tajuk amat amat berkaitan sedikit mengenai doa. berdoalah kepadaKu (Allah), Allah akan makbulkan doamu. mintalah benda baik baik untuk dirimu, keluargamu dan sesiapa sahaja insyaAllah akan terkesan pada dirimu jua. seperti entry blog sebelum ini pernah saya sebut sebelum ini jika Allah belum kabul doamu barangkali dia mahu kamu bersyukur dengan apa yang ada. cepat lambat usah ditanya kerana dia tahu terbaik buatmu dan dia tahu apa keperluanmu dan apa kemahuanmu. 

BUKAN DIA ORANGNYA terangan di situ bukan kamu orangnya sama ada kamu suka dia ajak kahwin tapi dia tak mahu atau kamu minta tolong dia tapi dia tak mahu tolong kamu maka BUKAN DIA ORANGNYA yang layak menolongmu atau kamu berdoa pada Allah tapi BUKAN DIA (KAMU) ORANNYA yang Allah kabul doa kali ini. semoga kelak di antara ramai yang melangkah titian sirat menuju ke syurga KAMU ORANGNYA dan ke neraka itu BUKAN DIA (KAMU) ORANGNYA.


KESALAHAN TATABAHASA

X Gagal menggunakan huruf besar di awal perkataan
X Gagal menggunakan pembuka kata ' '

-EN LAMPUNEON-


Rabu, 29 Oktober 2014

MEMBEBEL BEBELAN ILMU



ASSALAMUALAIKUM..

Masih lagi EN LAMPUNEON yang menjaga blog ini. Tak proper sangat nak minta maaf kepada blog sebab lama tak happdated ( KEMASKINI - Tolong jangan rosakkan bahasa). Juga tak payah proper sangat menipu dan tertipu blog dah sawang bagai labah labah dah bertelur banyak. Eh, labah labah bertelur ke? Beranak ke? Telur labah labah tak pernah jumpa. Anak anak labah labah pernah jumpa. Takpelah, ini bukan kelas sains. Tiada kesimpulannya. Tiada 'kerana' atau 'makin makin' atau 'semakin semakin'. Haha ( GELAK SAKAN).

Alhamdulillah di waktu Zuhur ni sempat kejap jari jemari menari di papan kekunci komputer riba mini HP milik isteri membebel kejap. Lihat kalender hari ni dah 30/10/2014 maknanya nak berakhir dah bulan 10 atau oktober ni. Itulah selalu hujung hujung bulan baru nak happdated ( KEMASKINI - Tolong jangan rosakkan bahasa). Sepuluh kali tulis happdate pun akan saya kata  ( KEMASKINI - Tolong jangan rosakkan bahasa). Haha (GELAK SAKAN)

Apa sebenarnya nak beritahu? Blog ni akan bertukar 95 darjah suhu tak beku sebab 95 darjah panas tu kepada group EN LAMPUNEON membebel. InsyaAllah ada ilmu juga kalau boleh nak kongsi sikit sikit. Akan selalu gilap, jaga, gosok (NI BUKAN LAMPU ALADDIN) tahulah tapi INSYAALLAH akan selalu 'membebel' bebelan ilmu di sini.


- EN. LAMPUNENON -

Isnin, 30 Jun 2014

RAMADHAN TIBA

ASSALAMUALAIKUM. SALAM RAMADHAN KARIM..

Bagaimana puasa anda? Hari ke-3 sudah ni. Amalan sunat, terawih? Alhamdulillah. Allahuma Balihgna Fi Ramadhan. Alhamdulillah kita sampai pada bulan yg kita doa, kita hitung setiap hari ketibaannya. Bulan ramadhan yg mulia yg dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka. Nikmati Bulan Ramadhan. Kemansian Ibadah, Istiqomah dalam ibadah bermula di sini. Insya-Allah.. SELAMAT BERPUASA  SEMUA :)



Jumaat, 23 Mei 2014

SELAMAT HARI MAMA



ASSALAMUALAIKUM..

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa.

Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut, sebaiknya lakukan perkara seperti berikut
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya


Ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam

Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang bermaksud hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian
Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka
Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.


DIA ISTERI DIA MAMA



Buat dia ISTERI/MAMA tercinta oleh saya dan anak anak. Terima kasih menyayangi dan mencintai kami. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta JANGAN GARANG2 ea? Jangan marah ea?



Sabtu, 26 April 2014

Ahad, 6 April 2014

Catatan 7 April

Bismillahir rahmanir rahim..

Catatan 1


Malaysia 7 April, cuaca panas. Sesetengah tempat dikhabarkan "MUSIM BUNGA". Dari gambar gambar disorotkan dilaman sosial menunjukkan betul POKOK BERBUNGA lihat sekali macam di KOREA dan CHINA namun di MALAYSIA.

Catatan 2

Beberapa negeri dimalaysia masih dalam catuan AIR. Anugerah Allah AIR namun ramai yg lupa dan sia sia. Kini AIR dicatu dan manusia mula bersyukur dengan nikmat AIR.

Catatan 3
Takut lihat berat badan. Nak kurangkan berat badan macam susah je. Nak JOG macam dulu alahai,bila boleh sejak ada anak dan isteri pregnant lagi. Kini misi MINUM AIR KERAP. AIR yang diminum air mineral bukan AIR GAS / MANIS

Catatan 4


Telah masuk waktu solat FARDHU ZUHUR. Maka selamat melaksanakan solat FARDHU ZUHUR.

Bersambung..

Ahad, 9 Mac 2014

MAS ke Beijing MH370



Bismillahir rahmanir rahim..

Mari bersyukur, jangan sekali pun atau sehari pun kita hidup tanpa syukur. Allah beri kita BANYAK, kita ingkar BANYAK.. ASTAFIRULLAH.. Banyak ALLAH ingatkan kita. Tapi kita LUPA sudah..

- Akhir 2013 pantai timur banjir
- Indonesia SALJI
- Suhu TERLAMPAU SEJUK MALAYSIA
- KEMARAU KERING Air CATU
- Kebakaran SENDIRI
 - MH370 HILANG DARI RADAR (SUDAH 3 HARI)

ALLAH, tuan puan adik kakak abe, NIKMAT MANA LAGI KITA NAK INGKAR? ALLAH beri kita BANYAK, kita INGKAR pun banyak. Sama2 doakan keselamatan kita, keluarga, orang lain, saudara/i seISLAM kita. Ameen.

Isnin, 17 Februari 2014

Tak Dapat Hadam

Bismillahirahmanirahim.. Jum jirus semua habuk habuk dan kekotoran yg ada kerana SAYA SUDAH MENINGGALKAN BLOG LAMPUNEONMU ini selama seminggu. Aduh, GEBANG lebih kau ni kan? Oh, jangan marah, jangan gadoh. Duduk bersila nikmati APA SAYA NAK NUKILKAN DI SINI. Tahniah, anda sudah membaca sampai sini. Kih kih kih..

Assalamualaikum (Selamat petang bagi yg bukan ISLAM turut fasih bahasa melayu dan membaca.) Kasi gambar satu kali...

 

Okey semua saya beredar dulu..

Hik hik hik... KENA GEBANG LAGI, PERCAYALAH SAYA TAK SELALU BUAT MACAM NI

WSALAM...
 

Jumaat, 7 Februari 2014

Cayang Puan Mama

Berteket-teket. Apa yg tingkat tu? itulah lagu yg seliusly saya pun belum pernah dengar. Cuma dua tiga empat lima menyak ni saya syok ah kat lagulagulan loghat sememeynya N9. Membebeli panjang pulop saya tanpa lupa nak ucapkan assalamualaikum dan salam 1 blogspot lampuneonmu.. Kih kih kih.. Oh no stop!!

Mana pula gambar Kek Puan Mama takpe saya ganti yg lebih Canteekk punya..

 

Inilah keknya tapi dah selamat semuanya di bahagiakan antara adik beradik. Malam tu Puan Mama belanja IKAN BAKAR (LOKASI SPEKSFIKASI di ANA IKAN BAKAR DI TANJUNG LUMPUR). Umur PUAN MAMA tahun ni dah 47 tahun tapi masih terserlah kecantikan dan kesetian seorang IBU, MAMA, MA yang berjaya. Aceee sedih ke? Selamat Ulang tahun kelahiran PUAN MAMA yang ke 47 tahun. Semoga panjang Umur dan Murah Rezeki.

KREDIT!!! ~ ~! HARI LAHIR PUAN MAMA 1/2/1967


Sabtu, 25 Januari 2014

Barakallah. Oki dan Suami Ory



Itulah Lambat




Sekitar Kuliyah Di Kuantan

TAJUK : INDAHNYA MENYINTAI RASUL

USTAZ ZULKIFLI AL-BAKRI

23.01.2014

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD

15.2.2014

Selasa, 21 Januari 2014

Harapnya Lebih Matang

[PUJUK HATI DULU, ISTIGHFAR SAT JAA] 

Bismillah kalimah mulia. Assalamualaikum kalimah sejahtera mendoakan dan mentautkan hati hati kita yang beriman. Apa habaq semua? Cheq cakap penang. Kemain tuh, cheq memang suka loghat loghat ni. Kang cheq pantun nogori ade nak boli ka? hehe


Baik baik. Terus menulis. Saya suka menulis. Tahu ramai juga kata penulisan saya kurang menarik namun saya cuba menulis DENGAN CARA DAN GAYA SAYA SENDIRI walaupun semasa menulis ni saya TENGAH BANYAK IDEA hasil dari pembacaan dan MEMBACA BLOG ORANG namun saya elakkan meniru atau copycat atau ciplak CARA PENULISAN DEME DEME sebab jika saya LAKUKANNYA maka apabila anda membaca pastinya ANDA RASA " EH, NI MACAM GAYA PENULISAN BLOG CAP BUAYA NI " kan. ITU YG SAYA TAK MAHU.



Menjadi blogger matang kekadang perlu, dari segi kandungan, isi penulisan pastikan tiada unsur ini.

# MEMPERMAINKAN AGAMA
# BAIS/BERTENTANGAN
# LUCAH
# MENGATA/MENGUTUK/MENGUMPAT
# PENTINGKAN DIRI
# PERIHAL KEBURUKAN DAN AIB
# HAL HAL NEGATIF
 Sering kali kalau taip apa sahaja di google misalnya SAYA pasti ada pautan yg menlinkkan kita ke blogspot, wordpress dan sebagainya yang entah apa apa. Perihal negatif ini mungkin dulunya melibatkan gambar dan kini tulisan pun TERSEBAR LUAS.

 


Isnin, 20 Januari 2014

Banyak Terlepas

 
MAAFKAN SAYA..

Assalamualaikum, bertangguh itulah saya. Banyak entry yg sepatutnya masuk dalam blog ini saya terSKIP. Khilafnya saya walhal dulu kalau saya baca balik sayalah antara terdahulu mengeluarkan entry terbaru padabila menjelang bulan baru. Ini saya terlepas..
 
Antara ENTERY yang saya NO ENTERY SECARA tak sengaja..
 
- MALAM TAHUN BARU
- AZAM BARU SAYA
- MAULIDUR RASUL S.A.W



Amat-amat khilaf. Terdengar suara blogger lain di bangunan sebelah atau tingkat atas dan bawah. RILEKSLAH BRO, bukan mati pun. Takpelah anda tidak memahami saya kerana saya LAMPUNEON yang terbakar sekian lama belum cukup DANA untuk mengantikannya. InsyaAllah akan datang entery blog ini akan lebih meriah..

HARAP MAAFKAN SAYA!!

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular