Selasa, 4 November 2014

BIASALAH SUDAH TUA

 
  
Assalamualaikum. Alhamdulillah jari jemari masih boleh menari lagi menulis pada bulan November ini. BIASALAH SUDAH TUA, tajuk saya pilih untuk saling kait mengaitkan tentang beberapa hal dan InsyaAllah moga ada manfaat bersama. Muqqadimahnya mari ke mendoakan kedua ibubapa kita dan sedekahkah al fatihah kepada mereka tidak mengira sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.

BIASALAH SUDAH TUA, bila sebut bait bait ayat ini. Apa di minda dan fikiran anda? Di minda kita ibu bapa kita? Diri kita? Siapa? Siapa yang dimaksudkan sudah tua? BIASALAH SUDAH TUA apabila tidak mengenal usia berlakunya peristiwa kita lupa atau tidak ingat sesuatu perkara. BIASALAH SUDAH TUA juga selalu dijadikan ejekkan. Awak tu SUDAH TUA, bawa bawa bertaubatlah. Apabila SUDAH TUA sahaja baru diingatkan atau disuruh bertaubat adakah kematian hanya untuk yang SUDAH TUA? 

Jika alasannya BIASALAH SUDAH TUA, maka semua perkara TUA baru anda akan lakukan.

Baca Quran -  Nanti aku TUA aku bacalah. Masa tu baru nak mati.

Solat Jemaah - Muda tak payahlah. TUA nanti aku ikutlah.

Kesihatan - Masa sekarang suka akulah nak makan apapun. Nanti TUA aku pantanglah

Ketahuilah bahawasanya alasan malas, mati, sakit itu bukan kerana BIASALAH SUDAH TUA. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular