Ahad, 25 Januari 2015

Digital Filem dan Kodak




Assalamualaikum

Adakah masih relevan? Hari ini (semalam) tergerak nak 'cuci' gambar di smartphone murah saya mana tahu esok lusa nak tukar hp atau mana tahu sekejap lagi hp saya kehilangan. Dulu masa anak pertama dah siap 'cuci'. 'Cuci' ni sempena anak kedua dan dalam proses pembesaran. Dulu zaman saya kecik kalau saudara mara mesti nak tgk album gambar adik beradik, anak-anak tapi gambar mesti tutup aurat. Sempatlah masa duduk dengan mama dan baru kahwin saudara mara suka tengok album kahwin saya. Tapi budaya atau trend ini telah terhakis di teknologi yg bernafsu. Istilah 'cuci' tu meluas penggunaan dulu. Dah 'cuci' gambar? klasik bunyinya. Hehe.

Di tempat blogger masih lagi kekal harganya (rujuk bawah)

Saiz 3r | 1-4 keping rm0.50 / 5-100 keping  rm0.45 |

Saiz 4r | 1-4 keping rm0.60 / 5-100 keping rm0.50 |

Selain itu gambar saiz A1 sudah tukar nama U1. Minat juga bab gambar mengambarkan ni tapi banyak dah bidang terokai insyaAllah ada rezeki lebih teringin juga nak ada kamera DSLR sendiri. Kamera smartphone 8 megapiksel belakang dan 2 megapiksel depan pun tidak berapa guna sangat. Sengaja tidak mahu libatkan diri dalam bidang selfie atau amik gambar sendiri ini. Blogger juga kini ada hobi baru kecil kecilan dan insyaAllah nanti blogger kongsikan seperti pernah blogger kongsikan hobi mengumpul setam suatu masa dahulu. Setam pun susah dah nak dapati sekarang ini akibat arus teknologi smartphone budaya menulis atau membalas surat dianggap satu yang leceh atau lambat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular