ASSALAMUALAIKUM (TAK JAWAB DOSA)
WAALAIKUMUSALAM.. HEHE GURAU SAHAJA.
WAALAIKUMUSALAM.. HEHE GURAU SAHAJA.
Janganlah monyak (masam muka) pagi pagi ini, cuba senyum. Kebetulan senyuman kita boleh buat orang yang sedang masam muka turut mengikuti jejak kita turut tersenyum. itu dimaksudkan senyum itu satu sedekah. Sedekah pada hati yang gundah gelama, hati yang kerisauan, hati yang berdebar dan sebagainya.
"CEPAT". Kata melayu lain deras, laju, atau bahasa Ingeris "EXPRESS". Dalam menelusuri hidup yang makin laju ini tak salah jika melihat sudut berbeza dari manusia biasa melihat namun jika perasan maka alhamdulillah kita masih berpijak di bumi yang bulat.
Jangan
ketawa sangat. Batang hidung kita hari ni terselah. Esok orang pula. Bab
nikah kahwin ramai sebenarnya sensitif. Bukan drama, sinetron dan buka
telenovela tapi lumrahnya yang sibuk cinta cintun, tunangan hebah hebah
inilah lambat dalam menyempurnakan ijab wa qabul serta walimatuurus
sampai "EXPRESS" di pintas oleh kekawan atau rakan kenalan rapat atau
jauh dulu menyempurnakannya. Mulalah katanya dalam diam, sebenarnya
pepatah melayu sudah lama menyebut, diam ubi lebih berisi, lebih umpp,
kukuh dan mantap.
MATI. TAK BISA KAU HINDARI . TAK MUNGKIN BISA ENGKAU LARI. AJALMU PASTI MENGHAMPIRI. MATI TINGGAL MENUNGGU SAAT NANTI. KEMANA KITA BISA LARI. KITA PASTI MENGALAMI MATI.
Situasi biasa dan nak kata takut kena bersedia, nak kata seram kena bersedia ramai yang kita ziarah dalam keadaan sakit kronik, teruk dan tiada peluang sembuh dalam masa sama yang perkhabaran kita dengar si polan ini meninggal dahulu daripada yang mengalami sakit. Itulah kehidupan. Selamat menjalani kehidupan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan