Ahad, 27 Mac 2016

REMEH DAN SUSAHKAN



Assalamualaikum & Bismillahir Rahmanir Rahim.. Buat susah susah sahaja pulangkan bekal siap ada isi lagi. Saya ikhlas akak, pulang bekal kosong pun tidak mengapa. Susah susah sesuai digunakan apabila ada perasaan tidak berharap apa apa pembalasan, tetapi jika diberi mahu juga merasa dan dikira rezeki. Disituasi ini ramai yang meremehkan sebenarnya soal kemesraan jiran tetangga, tidak pernah atau senang sebut jarang sangat jika jiran sebelah memberi sesuatu dalam bentuk bekal atau bekas kita pulangkan bekal atau bekas yang sama tapi dengan keadaan kosong, semestinya pasti ada isi. Tapi perkara ini sudah diremehkan atau masih ada cuma jarang jarang sangat.  

 

Saya dinasihati supaya berkata yang positif dahulu baru menyambung dengan yang negatif seperti  perkataan Amal Makruf Nahi Mungkar, ajak perkara baik dahulu barulah mencegah. Jadi, Perkahwinan itu sesuatu yang Nabi kata sesiapa menolak perkahwinan dia bukan umatku, dan bukanlah hendak menumpang kisah gaduh akibat tidak cukup wang hantaran namun sebenarnya jika panduan cara Nabi ajar mendirikan rumah tangga diutamakan maka tidak berlaku perkara sunnah hendak di susah susahkan kerana ada yang bahagia hingga kini dengan hantaran yang tak seberapa. Islam sendiri tidak menekankan soal hantaran tapi memuliakan seorang wanita (bakal isteri/ pengantin) dengan mas kahwin. Jika perkara soal hantaran sudah jadi masalah maka semasa langsung untuk bergelar suami isteri atau berikutnya juga bakal terjadinya masalah. Wa'Allahualam, susah nak berkata seolah olah menghukum tapi inilah yang menjauhkan jodoh sesiapa sahaja jika hal duniawi diambil seolah olah tertera rukun akad nikah jika tidak dibuat. Renung renungilah..
 

Sabtu, 26 Mac 2016

CARIK SIKIT SIKIT

 

Assalamualaikum.. Harap fahamlah A BEST FRIEND tu macam mana, bukan sekadar aku susah dia bantu, dia susah aku buat tidak tahu, hidup biasalah mahunya zaman maju dan canggih ni. Dulu satu jam nak habiskan masa seorang, puas rasanya. Kini sejam sejam berlalu macam tu sahaja. Dulu dengan kekawan waktu terhad, esok kita main lagi ea. Sekarang tiada dah macam tu, sekarang budak budak mana nak main keluar bergaul dengan anak jiran, keluar main sama sama, berkaki ayam, berpanas terik jemur, masuk paya, masuk longkang. Budak sekarang best friend dia hanphone, smartphone, ipad, dan tablet. Tak berkembang, kembangnya hanya di tanganm kaki, perut dan anggotanya sahaja.

 

Akan terbit tak lama lagi. Buku Baru USTAZ PAHROL MOHD JUOI, sama sama nantikan..
 

Selasa, 22 Mac 2016

Kena Marah

Assalamualaikum. Aduh, kena marah. Memang sedikit panas sekarang ni. Ini mengakibatkan nak naik angin sahaja selain rasa haus dan lapar.Suhu siang hampir 40.5 c' dan malam pula 29 c'. Alamatnya kipas sama ada kipas dinding atau kipas syiling kalau setakat 10, 10 lah dia putarkan punat tunjuk arah. Klasik sungguh kipas dinding rumah lampuneon, tapi tidaklah tapi 5 sahaja kalau sampai 10, kalau sampai sepuluh orang kata itu klasik tapi menipu. 



Mohon izin minta maaf jika tak keberatan nak tanya harapnya jika sesiapa membaca secara langsung atau tidak langsung jangan ada benci sesama kita. Yalah mana tahu, kita ni sebut nama orang sahaja, dia ni menyampah aku. Nama si polan ni tak suka aku. Nama si pulina ni gedik sangat. Ada sahaja perkara yang tidak kena pada orang lain, di mata kita orang lain sahaja ada belang negetifnya. Sebenarnya diri kita ni banyak molekul molekul negetif (-ve). Mohon maaf, jangan terasa. Perasa ada sedikit panas dan pedas di sini.

 

Haaa.. Maroh... Maroh.. Bakaq laptop!!!
 
 

Rabu, 9 Mac 2016

SAYANGKU

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Ketika menulis ini, hati sebak melihat perubahan dilalui bayi yang sihat dan comel kepada bayi yang kurang sihat. Al Fatihah buat adik Ahmad Fateeh El Faheem. Semoga sayang berada dikalangan orang orang yang beriman. Sayang mungkin bukan dilahirkan untuk dunia tapi sayang dilahirkan untuk akhirat.Saya juga punya kesayangan, dua kesayangan moga kesayangan saya dijaga baik baik dan dijaga serta dilindungi Allah. Sedikit sebak dan masih punya rasa tak sedap sebenarnya. Susah sebenarnya, nak diluah mati emak dan tak diluah mati bapak. Itu peribahasa, kalau boleh jangan sebut mati mati ni. Tapi itulah, tak cakap rasa terpendam, cakap pula ada hati hati yang terasa.

Oh iye, semalam gerhana bulan. 4 tahun sekali berlaku. Dapat ke lihat semalam? Alhamdulillah di malaysia majoriti dapat merasainya dan diiringi solat sunat gerhana macam Nabi Muhammad s.a.w. anjurkan. Moga bertambah keimanan kita kepada Allah S.W.T.

 

Sabtu, 5 Mac 2016

TERUS LURUS

 

Tunjukki kami jalan yang lurus, hari hari kita minta bahkan bukan sekali sehari tapi 17 kali. Tapi itulah kalau saya ulang, setiap setahun mesti ada dengar ceramah mana mana ustaz pasal tunjukki kami jalan yang lurus sampai biarlah apa yang kita minta itu yang kita usahakan. Bukan sekadar baca Al Fatihah sebab nak lengkap solat Fardhu, kalau tak baca Al Fatihah tak sah solat tapi sudah tiba masanya kita faham maksud satu persatu surah Al Fatihah. 

Menulis entry ni saya tengah kunyah nugget tempura, nugget ayam tapi daging ayamkan dan teringat cara Nabi mengunyah makanan. Jangan ikut saya, saya ni suka fast food. Tapi suka yang goreng sendiri. boleh makan sampai puas. Hehehe. Baik bagaimana cara Nabi makan? Cara Makan Nabi mengajarkan agar mengunyah makanan minimal 33 kali sebelum ditelan. Sebagaimana sabdanya, ’’Saya mengunyah setiap suap makanan 30-50 kali, sehingga menjadi lembek dan melalui kerongkongan tanpa kesulitan. Bahkan, pada makanan yang sulit dicerna dengan baik, saya kunyah sampai 70-75 kali.’’

Tiada tiada, gambar makanan tiada nanti orang puasa terliur. Tapi kalau ada kira marketing untuk promosikan blog lampuneonmu ini. Nak ke tak?



Khamis, 3 Mac 2016

AKU CINTA


"JIKA KAU BERNIAT MENYAKITI AKU, KENAPA SEBELUM MEMULAKKANNYA KAU TAK BICARA TENTANGNYA?"





Terkelu kekadangnya, nak cakap salah tidak cakap pun salah. Seolah olah takdir itu tiada baginya.Pedih, sedih dan kecewa semuanya.Jika dipermulaan kita sudah tahu pengakhirannya maka biarkah tiada permulaannya. Bagaimana memahami hati jika semuanya pada hati, otak bertindak namun hati yang menanggung. bagaimanakah? 

Pernah tak terfikir asbab apa sebenarnya Allah mahukan Khafilah di muka bumi? Khalifah sahaja sudah membawa maksud orang memimpin dan ada pimpinan bawahnya. Jadi,Allah memilih kita sebagai orang yang merasai cinta dan memiliki cinta bukan sekadar jadikan hawa nafsu ikutan seperti haiwan dan juga Allah mengawal apapun yang diberikanNya kepada kita seperti oksigen, sekali sedut tak kering oksigen tapi sekadar cukup peratusannya dan seperti kuantiti air yang diminum boleh dihadkan untuk mencapai status hilang dahaga bukannya perlu selautan air untuk ubat kehausan. 

Justeru itu begitulah bila mana kata "AKU CINTA" tidak boleh aku mahu maka aku memang mahu walau apa pun, tak boleh. Segalanya ada hadnya, segalanya ada batasnya, segalanya ada penentu yakni Qada' dan Qadarnya tak boleh sesuka hati. Sekian.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular