Ahad, 21 Ogos 2016

RNR HATI

Assalamualaikum & Bismillah


Alhamdulillah, miliki juga buku terbaru Ustaz Pahrol Mohd Juoi tajuknya R&R Hati. Jika anda belum membaca, begitu juga saya. Seperti kita yang memandu jauh dan kita perlu R&R, apa itu R&R? Dari segi mengembangkan singkatan R yang pertama iaitu Rawat dan R kedua ialah Rehat. 

Nak ulas apa ea? Belum membaca lagi walaupun sudah hampir beberapa minggu dalam simpanan, insyaAllah akan mula membaca tidak lama lagi. Baiklah, saya sertakan sinopsis R&R HATI di bawah.

Sinopsis 

RnR Hati

Siapa yang tidak suka muda? Orang muda – cantik, segak, cergas, lincah, aktif, bertenaga dan bebas meneroka apa sahaja. Waktu mudalah permulaan segala transformasi diri. Ingin menjadi seperti itu, seperti ini, seperti dia, seperti orang itu dan macam-macam lagi. Sehingga akhirnya, lelah mencari identiti yang tiada kesimpulannya. Mengapa? Cantik sudah, segak sudah, bijak sudah, cergas dan lincah pun sudah. Tetapi, mengapa masih mencari-cari atau masih ingin meniru identiti lain?

Remaja mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu, iman perlu disuburkan selalu. Hidup remaja mestilah dipenuhi dengan program membina dan memperkuatkan iman. Program maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhi. Jika tidak, terimalah akibatnya. Remaja akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah, tidak akan ada ketenangan tanpa mengikuti program Islam. Sering dipesankan agar kita beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat. Dunia tempat berpenat dan berjihad. Akhirat nanti tempat nikmat untuk berehat. Harganya hanya RM20.00 MYR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular