Jumaat, 31 Mac 2017

HOBI BLOGGER

Assalamualaikum dan Bismillah



Sambungan obsesku adiwira,semua itu sebenarnya satu hobi. Hobi sebenarnya tidak tetap  ianya berubah. Ini tulisan sambungan bab hobi. Dulu nya hobi blogger mengumpul setam. Masa tu masih mudah untuk dapatkan setam dan masa atau zaman tu surat menyurat, kad raya & utusan cinta cintun masih diterjemahkan melalui tulisan berdakwat. Hobi itu masih ada, masih hingga kini dan koleksi itu pun masih ada sampai sekarang cuma perkembangan dia agak lambat & lembab ekoran tulisan kini diluahkan melalui Facebook, WhatsApp, telegram & tidak dilupakan SMS atau sistem simpanan ringkas yang dahulunya kumbang & bunga " thumb up" ibu jari picit memicit.

Hobi ikut zaman tapi hobi bukanlah menyeluruh sampaikan setiap orang berhobi namun apa pun ianya asasnya melalui minat & kemampuan. Hobi kekadang asaskan perkara positif atau negetif, namun blogger pesan elakkan mempunyai hobi yang negatif. Tidak berhajat nak senaraikan hobi yang negatif namun hobi yang membuang masa, membazir, memudaratkan diri dan orang lain serta persekitarannya perlu dihindari segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular