Selasa, 12 Disember 2017

MAJU EKONOMI


ASSALAMUALAIKUM.. BISMILLAH..

Seriuss tajuk blogger hujung hujung tahun ni. Bagaimana ekonomi anda? Ahli atau  pakar ekonomi kata setiap apa yang melibatkan ekonomi kita kena merancang. Bagaimana? Mereka berkata cuaca ekonomi negara kian baik maksudnya mata RM kita makin pulih. Alhamdulillah, sekitar tahun lepas dan tahun ini betul mata RM kita nampak susut. Kita dilihat kecil oleh mata YEN, SGD, RIYAL dan lain-lain sehinggakan tukaran ada sesetengah tempat tidak dibenarkan. Misalnya 2012-2015 1 RIYAL ditukar dengan RM menampakkan baru 0.85-0.94 tetapi kini sekitar 2016-2017 ! RIYAL ditukar dengan RM hanya 1.11-1.18. Penampakkan ini jelas ekonomi kita dan mata RM kita semakin jatuh.  

Mereka juga sarankan kita berjimat cermat. Membeli apa yang mejadi keperluan, tangguhkan apa yang menjadi kehendak. Catat pembelanjaan harian, masak sendiri di rumah bermakna kurangkan makan laur dan membeli makanan yang sudah siap, kurangkan komitment pembayaran dan jimatkan penggunaan elektrik serta air.Ada orang tanya untuk apa sebenarnya catat pembelanjaan harian? Selain membuat pembandingan kenaikan pembelanjaan harian setiap bulan, kita dapat melihat pola pembelanjaan kita misalnya, membeli bahan-bahan harian kita dapat melihat perbezaan pembelian kita bulan ini dan bulan lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular