Memaparkan catatan dengan label Ini berdasarkan fatwa... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ini berdasarkan fatwa... Papar semua catatan

Rabu, 15 Februari 2012

'Surat Cinta" Dari Kakak Parking

 

'Surat Cinta' yang tak mengenal siapa.. Benar ke macam tu? Surat cinta ini hanya mengenal orang awam sahaja. Kitalah orang awam ni.. Ayoo wat duit fulus manyak manyaklah macam ni.. Mungkin di negeri negeri tertentu tidak berpeluang mendapat 'surat cinta' daripada kakak dan Abang Abang parking berbilang bangsa namun hati boleh bikin panas kalau satu hari sampai berkali kali terima ini surat tau. 

Wah, blogger you rock la beb? Melayu chinise style gitu.. Amboi, orang yang berjalan pun boleh geleng kepala tengok.. Mak bedah, Cik Kiah dan Mak Jah serta Abang Derus dan Pak Long semam pasti pun kata bikin panas kalau 'Surat Cinta' ini diedar tanpa batasan dan tanpa perjudisnya.. Orang sekarang macam ni ka? Mana mana pun hanya fikir 'wang' sahaja.. Betul, sikarang hidup bukan macam dulu. Sikarang hidup susah bukan macam dulu. Sikarang ni not RM 10  itu mana ada apa apa.. Ayoo, top up sikijap saja sudah habis..

P/S : Mengenang nasib anak cucu walaupun belum berumah tangga akan datang dengan hal hal yang susah susah yang dilakukan orang senang..

Khamis, 12 November 2009

Adakah kamu tahu?? ( Mesej dari sahabiah bertanya)





Fatwa oleh: al-Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid
(Salah seorang ulama Saudi)

Petikan mesej : 
(Ana gelar dia Sahabiah (Sahabat perempuan) je)



Sahabiah : Salam Shah, Ana nk tnya sesuatu sebnrnya..
                  Urgent sgt..

Ana : Salam.. Tanya..
Sahabiah : Td Ana bru blk dr mmbeli tali gntung fon..kt tali 2 ada tnda salib..bru sat2 nie ana perasan.. jd apa yg ana prlu lkukn? nk buang? Dhlh mahal.. Bgaimne?
Ana : Berapa harganya? Tanda salib kat tali ke? Ada banyak ke tandanya?
Sahabiah : Hargnya RM5. Tnda salib 2 ada 1 dhujung tali.. Jelaslg 2.. kal0 ana tutup tnda 2 ngn 
pita plekat xpe ke? N xpe ke kal0 msuk msjd atau surau?
Ana : Jawapannya satu je.. tetap kena tinggalkan atau buang.. Haram dan berdosa simpan atau pakai..
Sahabiah : ohhh.. mcm 2? Silap ana juge.. Beli tp xtgk btl2.. .. trme ksh..

Jawapan Ana berdasarkan hadis ini..

 Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda:

 لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ


Maksudnya: “Tidak membiarkan sesuatu di dalam rumahnya yang berbentuk salib, melainkan baginda memusnahkannya.” 
(H.R. al-Bukhari)


1. Jika logo itu dibuat sememangnya dimaksudkan logo salib (kristian). Maka ia tidak boleh dibawa, dipakai, dijual beli dan dilukis oleh seorang muslim. Sebab pengharaman ini adalah untuk menjauhi dari menyerupai kristian dan membesarkan lambang agama yang batil. Sebab pengharaman ini berlaku ke atas setiap bentuk salib yang dikenalpasti oleh penganut kristian apabila bantuk itu digunakan adalah untuk membesar dan sebagai lambang agama mereka.

2. Adapun jika dilukis sesuatu hiasan tertentu, atau dibuat sesuatu alat perumahan atau suatu alat-alat (kegunaan) biasa, kemudian secara kebetulan ia menghasilkan bentuk seperti bentuk salib, maka ia perlu dilihat:

i. Jika ia nyata/jelas bagi orang yang melihatnya kali pertama sebagai salib yang masyhur digunakan hari ini dikebanyakan gereja-gereja dan dikalangan penganut kristian. Iaitulah bentuk dua garisan (bersilang), salah satunya menegak dan satu lagi melentang, dimana garisan melingtang itu berada dalam kedudukan membahagikan garisan menegak kepada bahagian atasnya lebih pendek daripada bahagian bawah. Inilah bentuk salib yang paling masyhur semenjak ia direka oleh penganutnya, sepeti bentuk kayu yang digunakan untuk menyalib orang yang hendak dibunuh. Maka jika bentuk ini yang jelas kelihatan bagi orang yang melihatnya buat kali pertama, maka wajib membuang bentuk itu dan menghilangkannya. Atau menggantikan bentuk itu dengan menjadikannya bentuk lain. 


 ii. Jika bentuk salib itu tidak jelas/nyata, dan dia terhasil dari ukiran/hiasan secara tidak sengaja, atau ia merupakan binaan yang mempunyai peranannya, atau ia merupakan simbol metematik, seperti simbol tambah atau darab. Maka bentuk-bentuk sebegini tidak perlu dibuang dan dihilangkannya, maka tidak salah membuat bentuknya, menjual untuk tujuan ini, disebabkan tidak adanya sebab larangan iaitulah menyerupai kaum kuffar.


wallahu a’lam.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular