Ahad, 19 Jun 2011

Atas Segala Cinta-Nya

 

Anda kecewa bila CINTA anda ditolak? Anda marah bila tiada CINTA Allah timbulkan antara engkau dan si dia? Fikir semula? Siapa yang kau mahu tudingkan jari menyalahkan pihak mana? Fikirlah wajar ke orang putus hanya terputus cinta kepada manusia ada sanggup meraung menangis, ada yang sanggup meratapi kesedihan berbulan bulan lamanya dan yang paling tak dapat diterima akal yang matang dan logik terputusnya cinta manusia ada yang sanggup bunuh diri.. Menayangkan aksi ngeri yang pertama dan terakhirnya yakni terjun bangunan sampai berbelas tingkat.. Semuanya kerana bila terputusnya cinta manusia tiada back up cinta Allah.. Salah siapa? Salah diri..

Sujud syukur padaMu atas segala cinta. Berapa ramai yang bersyukur apabila dia tiada dijodohkan dengan gadis atau jejaka pilihannya? Berapa ramai? Tak ramai bahkan kurang sekali. Bukan tak boleh sedih tapi jangan sampai kesedihan itu menjauhi kita dari Allah.. Selangkah kita dekat dengan Allah maka bertapak tapak Allah menghampiri kita.. Satu sahaja perlu diingat agar jangan  terlalu leka  dengan cinta manusia (bukan mengalakkan bercinta sebelum nikah) namun di saat mengenal hati banyak dugaan sampaikan ada kawan yang dijodohkan dengan pilihan keluarganya dan ditunangkan namun dalam pertunangan itu dia merendam air bakal suaminya dipanggil terlebih dahulu dipanggil Allah.. Muhasabah cinta pada diri dan kepada-Nya..

^_^

Isnin, 13 Jun 2011

Ayat-Ayat Cinta Bercerita

 

" Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara "

" Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud  "

Bagaimana ayat-ayat cinta bercerita.. Kuatnya debaran hati.. Cinta yang Ilahi utuskan
menyentuh debaran hati.. Menyentuh cinta ayat-ayatnya berbisik bagai hembusan udara
yang nyaman.. Bercerita bagaikan menulis mengunakan buluh perindu yang merdu.. 

 Jika wujudnya penyatuan dua hati dalam perbicaraan cinta menuju Allah serta  
    redhanya pasti rasa cinta ayatnya bercerita bergitu indah.. Harus berterima kasih kepada 
Dia yang menanamkan sekelumit cinta yang berhak membenarkan manusia berkasih sayang
dalam panduan serta ujiannya..

  Terima kasih cinta kerana melewati hati hati manusia..                                                                 




Ahad, 12 Jun 2011

Salah Faham Atas Nama

 

Bagaimana anda rasa menyokong perniagaan golongan dan seagama kita? Pendapat saya menyokong perniagaan orang Islam.. Selagi sekeliling kita punya kedai atau perniagaan orang melayu dan Islam kenapa kita tetap juga jadi pelanggan tetap orang bukan Islam? Kita sememangnya sedar bahawa golongan bukan Islam memonopi perniagaan dalam negara kita ini.. Mereka sanggup perah keringat dan peluh membeli hati masyarakat melayu kita dan kita pula juga tanpa segan menyokong mereka.. Mula mula satu kedai mereka buka kini bak cendawan kerana kita menyalurkan kepada ekonomi mereka..

Tiada salahnya kita berurusan niaga dengan mereka.. Negara kita berbilang kaumkan.. Ya tiada salahnya tapi kita sudah mengabaikan ekonomi orang kita sendiri yakni melayu dan Islam.. Perbezaan harga sedikit antara 0.20 sen hingga 0.50 sen biasalah.. Kekadang ada kedai di sana murah sikit dan ada di lain tempat mahal sikit. Andai kata mahal sangat jadilah pengguna yang bijak untuk memberi pendapat kepada penjual dan penjual harus ambil tindakan dengan segera..

Berkaitan nama ini satu strategi orang bukan melayu menggunakan nama orang melayu untuk menjadi batu loncatan perniagaan mereka. Kerana nama kekadang orang melayu dan Islam kita mudah tertipu dan terpedaya.. Jangan terpedaya dengan nama tapi cuba masuk kedainya dan lihat suasananya dan siapa pemiliknya.. Ekonomi orang melayu dan Islam penaik ketuanan melayu.. 

Jumaat, 10 Jun 2011

Kaki Novel ke Gila Novel?

 

Kaki Novel ke Gila Novel? Penerbitan Kaki Novel terbitan syarikat fajar bakti sudah ada lepas ni kita buat Gila Novel pula. Macam penulis terkenal siapa tak kenal Norhayati Ibrahim mengeluarkan buku jenamanya sendiri yakni "NB" singkatan kepada nama beliau Norhayati Ibrahim.. Hahaha.. Baca novel ni mudah nak komen nak nilai hasil kerja lembut sikit bahasanya hasil karya orang mudah.. Baca dan baca lagi sampai dikatakan hobi tapi sampai sekarang masih tak mampun nak hasilakan novel sendiri.. Ramai novelis muda tapi baru lagi dalam dunia penulisan dan ada penulis yang profesional tapi penulis baru juga dan ada penulis veteran yang amat mahir menulis dan novelnya best seller.. Muda atau veteran bukan membezakan tua atau muda tapi pengalamannya..

Ramai salah faham.. Bila kata novel mind thinking nya hanya kata novel itu tentang cinta.. Pak Abdul Latip Talib telah memecahkan kata kata itu dengan menerbitkan novel sejarah Islam yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda.. Bagi mengubah lagi pemikir mengatakan novel itu tentang cinta.. Keluar pula novel tentang fesyen dan cara pemakanan.. Tidak kurang juga novel bacaan bagi yang menceburi bidang perniagaan.. Novel kini sudah memecah tradisi..Mengembangkan pembacaan rakyat malaysia.. Cuba banci dilakukan sekali lagi.. Berapa buah bukukah rakyat malaysia membaca dalam masa setahun.. Pasti sudah tidak ada mengatakan rakyat malaysia hanya membaca setengah buku sahaja setahun.. Ayuh ubahnya.. 

P/S : Genre buku kawe minak Novel Islami, Motivasi, Novel sejarah dan Buku agama.. Anda?

Selasa, 7 Jun 2011

Salnah Helwa Anta

 
 German Black Forest


No Greeting Card to give..

No cute graphics to forword..

Just a Message saying 'happy birthday'..

Sanah Helwa Anta..

 

Jumaat, 3 Jun 2011

Kembali Berfikiran Waras

 

Kekadang manusia ini meragam dengan pelbagai ragam
Ke mana arah tuju dia menuju
Selok belok yang berliku tiada siapa dapat meramal ia berlalu
Mengejar detik menjauhi masa tak terucap kaku..

Manusia sering alpa sering leka
Sering mencari apa yang tiada tak menghargai setelah ia tiada
Teriak memanggil penat lelah mencari
Bila sudah ada dibuang tak berfikir dengan waras
Kenapa manusia begini di tinggal dengan kebiadapan diri tak terucap...

Tuju ke mana arah tujumu berlalu
Waras mana kewarasanmu dihitung
Tuju kewarasanmu bersatu agar terucap kenapa kebiadapanmu
Menjawab kenapa keangkuhan dan kebongkakkanmu wujud
Menghitung kenapa kau pamer kehebatanmu merendahkan lainya
Mempersoalkan masa yang rugi akibat ketidakewarasanmu..

Kembali kau waraskan dirimu
Menjawab, menghitung dan mempersoalkan dirimu
Mengoyahkan keangkuhanmu dan ucapkan tuju dirimu
Di situ kau merasa tenang idaman kalbu dan kembalilah
Kembalilah Dirimu Berfikiran Waras..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular