Sila baca tanpa noktah..
Jika esok aku bangkit, jika esok aku berdiri, jika esok aku masih di sini, jika esok aku masih bernyawa dan bernafas lagi, jika esok ^$%$^&*&^ Dah dah dah.. (Dah ada noktah sila berhenti)
Kenapa semua esok ni? Ada dikalangan kita, eh bukan di antara kita, eh bukan segelintir di antara kita (tu betul) hanya memikirkan esok walhal dia berada dalam hari ini, ketika ini saat ini dan nikmat ini serta nafaz hari ini. Bagaimana pula dengan yang ini?
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Mungkin hiperbolanya agak melampau, mana taknya nak junjung langit tapi ayat pertama itu
andai hari esok langit akan runtuh apa maknanya tu? Makna kiamat adakah? Kalau benar kenapa ada segelintir di antara kita suka 'esoklah'.. Bagi yang asyik esok esok tu cuba ambil pedoman mengenai ayat ini..
Daripada Ibn Umar r.a., katanya : "Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara." Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. “
Tiada ulasan:
Catat Ulasan