Jumaat, 10 Februari 2012

Biar Lambat Asalkan Tepat

 

Maaf ini agar peribadi. Ini buat diri sesiapa yang faham sahaja. Diri ini pernah mencuba satu, dua, tiga dan empat kali serta kelima kali. Namun jawapan gagal sering muncul. Bila hati tekad memilih jalan nikah. Bila hati tekad memilih dahulu sebelum di dahului namun tetap sahaja diri ini di dahului. Diri ini percaya jodoh itu hadiah daripada Allah termasuk hadiah hadiah yang Allah kirim satu persatu pada hamba-Nya namun fitrah hati mengatakan usahalah untuk jodoh namun fitrah hati lambat mengatakan hadnya. Akhirnya gagal menempa diri. 

Alah, biarlah yang satu dan dua sudah bahagia dengan takdir yang Allah berikan pada mereka.. Huhh, biarlah yang seterusnya punca perancangan dan ditemui dgn pemilik tulang rusuk  mereka.. Maafkan diri ini tidak bercerita kepada yang seterusnya tentang yang sebelumnya.. Benar, semuanya hampir. Hampir tunang dan belum hampir nikah namun benar mereka bukan pemilik tulang rusukku yang hilang. 

Benar yang kamu baca diriku macam agak bosan menceritakan hal ni.. Satu tika pernah diriku suarakan rasa hati yakni diriku masih muda, masih punya cita cita mengemudiakan cinta namun mereka (ibu bapa) mahu diriku yang dulu. Yang punya semangat dan perasaan hidup. Bukan punya perasaan untuk tidak hidup, cuma berbeza pada dahulu. Kini diriku macam alam maya, duniaku untukku. Dalam duniaku hanya diriku berhak menentukan diriku, selagiku tidak langgar apa Allah larang dan tidak tinggal apa yang Allah suruh maka duniaku ialah dunia buat kekosongan diriku.  Penat, letih, lelah itu bukan keluhan.. Keluhan yang sebenarnya jemu.. Bagaimana rancang pun diriku percaya jika belum masanya maka belum masanya. Benarkah? Tadi memandu. Tengok tiga warna lampuenoen arah. Dah merah maka berhenti, nak cepat macam mana pun kena berhenti. Begitu jugalah diri kita. Kisah hidup kita sudah dicoret cuma kadang kadang Allah beri peluang kita untuk ambil pemandam betulkan sikit sikit hidup kita.

Usah lagi bertanya kerana diriku sendiri belum ada jawapan tenang untuk menjawabnya. Kudoakan semua kalian gembira tanpaku. Maafkanku kerana tak ada apa dapatku lakukan. Disaatku merinduimu, maafkanku katakan cinta terlarang yang ku sedar cinta tak akan bersemi kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular