Memaparkan catatan dengan label Luahan hati ( dalam cinta kot).... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan hati ( dalam cinta kot).... Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2012

Biar Lambat Asalkan Tepat

 

Maaf ini agar peribadi. Ini buat diri sesiapa yang faham sahaja. Diri ini pernah mencuba satu, dua, tiga dan empat kali serta kelima kali. Namun jawapan gagal sering muncul. Bila hati tekad memilih jalan nikah. Bila hati tekad memilih dahulu sebelum di dahului namun tetap sahaja diri ini di dahului. Diri ini percaya jodoh itu hadiah daripada Allah termasuk hadiah hadiah yang Allah kirim satu persatu pada hamba-Nya namun fitrah hati mengatakan usahalah untuk jodoh namun fitrah hati lambat mengatakan hadnya. Akhirnya gagal menempa diri. 

Alah, biarlah yang satu dan dua sudah bahagia dengan takdir yang Allah berikan pada mereka.. Huhh, biarlah yang seterusnya punca perancangan dan ditemui dgn pemilik tulang rusuk  mereka.. Maafkan diri ini tidak bercerita kepada yang seterusnya tentang yang sebelumnya.. Benar, semuanya hampir. Hampir tunang dan belum hampir nikah namun benar mereka bukan pemilik tulang rusukku yang hilang. 

Benar yang kamu baca diriku macam agak bosan menceritakan hal ni.. Satu tika pernah diriku suarakan rasa hati yakni diriku masih muda, masih punya cita cita mengemudiakan cinta namun mereka (ibu bapa) mahu diriku yang dulu. Yang punya semangat dan perasaan hidup. Bukan punya perasaan untuk tidak hidup, cuma berbeza pada dahulu. Kini diriku macam alam maya, duniaku untukku. Dalam duniaku hanya diriku berhak menentukan diriku, selagiku tidak langgar apa Allah larang dan tidak tinggal apa yang Allah suruh maka duniaku ialah dunia buat kekosongan diriku.  Penat, letih, lelah itu bukan keluhan.. Keluhan yang sebenarnya jemu.. Bagaimana rancang pun diriku percaya jika belum masanya maka belum masanya. Benarkah? Tadi memandu. Tengok tiga warna lampuenoen arah. Dah merah maka berhenti, nak cepat macam mana pun kena berhenti. Begitu jugalah diri kita. Kisah hidup kita sudah dicoret cuma kadang kadang Allah beri peluang kita untuk ambil pemandam betulkan sikit sikit hidup kita.

Usah lagi bertanya kerana diriku sendiri belum ada jawapan tenang untuk menjawabnya. Kudoakan semua kalian gembira tanpaku. Maafkanku kerana tak ada apa dapatku lakukan. Disaatku merinduimu, maafkanku katakan cinta terlarang yang ku sedar cinta tak akan bersemi kembali.

Sabtu, 26 Jun 2010

Hampir Saatnya Kini


Lembaran naskah itu
Telahku tatapnya kemas
Telah ku renungnya jauh
Telah tersemat di hati
Aku menerima
Akur yang telah berlalu
Tak mungkin aku berpaling
Melihat kembali yang semalam
Tak mungkin aku berundur

Bunga, kau di taman larangan
Aku jejaka di martabat yang hina
Aku datang menyuntingmu bunga di taman
Kau yang haram, inginku halalkan

Bunga, kau kah itu?
Yang mewangikan jiwaku
Yang mengambil hatiku
Berkatalah bunga, yang kau sudi menerima
Dan mengizinkan aku memetikmu
Di taman larangan dan akan kuhalalkan.

Tidakku mahu menjadi 'kumbang'
Ambil madu yang lain dibuang
Tidakku bergitu, memetikmu bukan untuk berkasih
Tapi memetikmu mengabadikan sebagai seorang insan yang bergelar 'isteri'.

Ahad, 13 Jun 2010

Ya Allah (Kembali Aku)


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Selasa, 18 Mei 2010

Wahai Lelaki.. Apa Yang Kamu Dapat Sebenarnya??


Sudah Habis Ikan Di Laut?

Kini timbul pula kisah ‘pancing memancing’. Lelaki seakan-akan bangga, malah sangat bangga menceritakan bagaimana kehebatan mereka ‘memancing’ wanita kemudian lepas. Mungkin mereka nampak hebat apabila mampu buat begitu. Artikel kali ini saya tuju buat semua tapi khas buat kaum adam. Saya tuju untuk lelaki yang biasa-biasa, malah lebih khas lagi saya tuju kepada lelaki yang sangat taat pada agama, lelaki yang solat berjemaah di awal waktu, lelaki yang selalu bangkit solat malam, lelaki yang ayat-ayat al-quran selalu menari-nari meniti bibir, lelaki yang merasakan dia sudah cukup taat pada Allah tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pernah terfikir dia sudah menyakiti hati makhluk Allah yang lain iaitu wanita. Saya berdoa supaya setiap ayat yang saya tulis dalam artikel kali ini direhai Allah dan semoga emosi tidak mengatasi niat untuk berkongsi.

Kubertanya..

Wahai lelaki,

apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila kamu ‘memancing’ wanita

Kamu menyentuh hati wanita

Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian

Wahai lelaki,

Pasti kamu salahkan wanita

Mengapa mengharap kepadamu

Tapi kamu perlu tahu

Wanita hatinya cukup lembut

Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai

Pasti kamu pertikaikan

Siapa suruh berharap?

Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu

Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?

Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan

Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Wahai lelaki

Kami akui wanita sangat mudah perasan

Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita

Kami redha dengan kelemahan itu

Tapi wahai lelaki

Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini

Bukanlah untuk mengambil kesempatan

Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami

Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu

Membimbing wanita yang lemah ini

Maka kamu perlu tahu

Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas

Wahai lelaki

Apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia

Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan

Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan

Tapi pernahkah kamu fikir

Kedudukan kamu disisi Allah?

Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

Wahai lelaki

Jika kamu seorang yang taat,

Jika kamu sangat menjaga solat kamu

Mengapa lakukan ini pada wanita

Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran

Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?

Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan

Bahawa kamu mahu isteri yang solehah

Tapi dalam masa yang sama

Kamu tidak putus-putus memancing wanita

Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki

Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya

“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.. ” 


( An-Nur : 26)
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Adakah layak kamu peroleh wanita solehah

Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu

Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh

Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu

Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita

Masakah Pokok Bergoyang Jika Tiada Angin?


Hakikatnya wanita memang mudah perasan. Apa yang manusia lihat, wanita lah yang perasan, tapi pernahkah terfikir, siapa dulu yang buat wanita perasan? Siapa dulu yang mencipta bait-bait ayat untuk buat wanita perasan. Kepada kaum lelaki, mungkin kalian tak rasa apa-apa dengan artikel ini tapi kami kaum wanita tidak akan putus berdoa supaya Allah membuka pintu hati kalian untuk mengerti betapa kamu diseru melindungi kaum wanita jauh sekali menyakiti hati mereka. Jika kamu rasa wanita bodoh dan sangat mudah dipermainkan, tidak mengapa kami terima. Tapi ingatkan diri kamu, Allah s.w.t Pencipta wanita itu sangat adil sifatNya. Dan semoga sifat Allah yang adil itu dapat membuat kamu muhasabah diri kamu. Jika kamu menyakiti hati wanita, tidakah mustahil jika akan tiba masa kamu disakiti.

“ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,

tampan lelaki kerana kejernihan wajah.

Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.

Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.

Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh.”


Wahai lelaki, mengertilah supaya kamu lebih kenal siapa wanita sebenarnya, dari mana wanita dicipta. Bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjung tapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati supaya mereka dilindung.

P/S : Ini adalah luahan seorang Srikandi Mujahidah. Sama- sama kita muhasabah dan memperbetulkan diri dan niat kita.. Insya-Allah.

Ahad, 16 Mei 2010

Ku Kembali Kepada Allah ( Esok ataukah Nanti)


Afgan - PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa

***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Pada-MU

Selasa, 2 Februari 2010

Luahan Hati sang Punjangga

( Kantoi sudah.. Hanya nasihat..)

..Manusia memang sentiasa mahu dan selalu ingin dihormati sesamanya.. Tapi sayangnya dia tidak mahu menghormati hak sesamanya, hak sesama manusia dan setepatnya hak anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya hak ibu bapa terhadap anak itu sendiri.

..Di dalam sebuah rumah yang dikepalai oleh Ayah selaku ketua keluarga.. Di sini, di sebuah rumah tuan punya mempunyai hak milik kekal mengantur rumah tangganya. Tapi akan tercela jika seorang ayah hanya mendampingi hak anaknya hanya kerana ego. Bila mana dikatakan seorang manusia yang merdeka itu dia mempunyai hak yang menjadi milik kekal hak itu miliknya dan dia punya hak mencintai dan dicintai. Setepatnya dia punya hak untuk menentukan jalan hidupnya sendiri..

 Nabi mencela orang tua yang dengan sepihak menjodohkan anaknya, tanpa meminta persetujuannya terlebih dahulu.. Bagaimanapun anak adalah titipan Allah dan Kurniaan Allah untuk disayangi dan diingati..

ADAKAH KERANA CINTA ANAK JADI DERHAKA DAN IBU BAPA BERANG?  

Cinta ialah satu anugerah Allah yang hanya diturunkan setitik ke dunia untuk seluruh hamba-Nya. Cinta ialah cahaya syurga yang sedikit ditanpakkan Allah bagi mereka yang mahu berfikir. Jika benar seorang famili (ibu dan bapa) menyanyangi anaknya dan ingin melihat kebahgiaannya, bukan cara tercela yang seperti Nabi katakan. Bukankah merenung sekejap daripada beribadah selama puluhan tahun tanpa istiqamah? Menurut saya, beribadah itu juga dapat dilakukan dengan menyelam hati dan perasaan orang lain.

Degilnya nafsu ? 

Dulu, Allah menciptakan akal dan nafsu jauh sebelum manusia dan alam semesta dicipta. Setelah tercipta, Allah memerintahkan akal dan nafsu untuk bersujud pada-Nya sebagai tanda penyerahan diri yang sejati. Akal tunduk dan bersujud hingga beribu tahun. Tetapi nafsu malah membangkang, memalingkan wajah daripada Alllah S.W.T. Allah tidak suka, kemudian membenamkan nafsu ke dalam neraka Jahanam selama seribu tahun. Usai menjalani hukuman itu, nafsu diperintahkan lagi untuk tunduk dan bersujud pada-Nya. Masih lagi ia membangkang dan memalingkan wajahnya seperti dahulu. Allah pun marah. Nafsu kembali dibenamkan ke neraka yang sama untuk masa dua ribu tahun. Nafsu tetap ingkar dan Allah menyatakan ingin membenamkan nafsu di neraka selama-lamanya dan akhirnya nafsu sujud dan tunduk mengaku kebesaran Allah. Kisah ini secara tidak langsung menceritakan sikap manusia yang seriang dikalahkan hawa nafsunya..

JIKA GAGAL CINTA MANUSIA RAIH CINTA ALLAH  

Cinta tak selamanya untuk dimiliki dan harus memiliki. Kerana itu manusia yang bercinta itu jika ia tidak memeliliki dia tidak boleh jatuh (down). Lebih-lebih lagi jika cinta yang dibinamu berdasarkan cintamu atas nama Allah dan Rasulullah. Maka cintamu itu akan penuh ketulusan dan kepasrahan hakiki. Sedarlah jika Allah memilih dan mengkehendaki ( Jika kamu terpilih) seorang hambanya untuk dicintai-Nya, Allah menguji dia. Sekuat apa kesabarannya. Mengeluh atau terus bersabar ? Ikhlas, itu kuncinya..

P/s: Pesan santai buat pencinta,mencinta dan dicintai.. 
(Ada apa dengan kalimah lima huruf iaitu C.I.N.T.A. ? )

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular