Selasa, 2 Februari 2010

Luahan Hati sang Punjangga

( Kantoi sudah.. Hanya nasihat..)

..Manusia memang sentiasa mahu dan selalu ingin dihormati sesamanya.. Tapi sayangnya dia tidak mahu menghormati hak sesamanya, hak sesama manusia dan setepatnya hak anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya hak ibu bapa terhadap anak itu sendiri.

..Di dalam sebuah rumah yang dikepalai oleh Ayah selaku ketua keluarga.. Di sini, di sebuah rumah tuan punya mempunyai hak milik kekal mengantur rumah tangganya. Tapi akan tercela jika seorang ayah hanya mendampingi hak anaknya hanya kerana ego. Bila mana dikatakan seorang manusia yang merdeka itu dia mempunyai hak yang menjadi milik kekal hak itu miliknya dan dia punya hak mencintai dan dicintai. Setepatnya dia punya hak untuk menentukan jalan hidupnya sendiri..

 Nabi mencela orang tua yang dengan sepihak menjodohkan anaknya, tanpa meminta persetujuannya terlebih dahulu.. Bagaimanapun anak adalah titipan Allah dan Kurniaan Allah untuk disayangi dan diingati..

ADAKAH KERANA CINTA ANAK JADI DERHAKA DAN IBU BAPA BERANG?  

Cinta ialah satu anugerah Allah yang hanya diturunkan setitik ke dunia untuk seluruh hamba-Nya. Cinta ialah cahaya syurga yang sedikit ditanpakkan Allah bagi mereka yang mahu berfikir. Jika benar seorang famili (ibu dan bapa) menyanyangi anaknya dan ingin melihat kebahgiaannya, bukan cara tercela yang seperti Nabi katakan. Bukankah merenung sekejap daripada beribadah selama puluhan tahun tanpa istiqamah? Menurut saya, beribadah itu juga dapat dilakukan dengan menyelam hati dan perasaan orang lain.

Degilnya nafsu ? 

Dulu, Allah menciptakan akal dan nafsu jauh sebelum manusia dan alam semesta dicipta. Setelah tercipta, Allah memerintahkan akal dan nafsu untuk bersujud pada-Nya sebagai tanda penyerahan diri yang sejati. Akal tunduk dan bersujud hingga beribu tahun. Tetapi nafsu malah membangkang, memalingkan wajah daripada Alllah S.W.T. Allah tidak suka, kemudian membenamkan nafsu ke dalam neraka Jahanam selama seribu tahun. Usai menjalani hukuman itu, nafsu diperintahkan lagi untuk tunduk dan bersujud pada-Nya. Masih lagi ia membangkang dan memalingkan wajahnya seperti dahulu. Allah pun marah. Nafsu kembali dibenamkan ke neraka yang sama untuk masa dua ribu tahun. Nafsu tetap ingkar dan Allah menyatakan ingin membenamkan nafsu di neraka selama-lamanya dan akhirnya nafsu sujud dan tunduk mengaku kebesaran Allah. Kisah ini secara tidak langsung menceritakan sikap manusia yang seriang dikalahkan hawa nafsunya..

JIKA GAGAL CINTA MANUSIA RAIH CINTA ALLAH  

Cinta tak selamanya untuk dimiliki dan harus memiliki. Kerana itu manusia yang bercinta itu jika ia tidak memeliliki dia tidak boleh jatuh (down). Lebih-lebih lagi jika cinta yang dibinamu berdasarkan cintamu atas nama Allah dan Rasulullah. Maka cintamu itu akan penuh ketulusan dan kepasrahan hakiki. Sedarlah jika Allah memilih dan mengkehendaki ( Jika kamu terpilih) seorang hambanya untuk dicintai-Nya, Allah menguji dia. Sekuat apa kesabarannya. Mengeluh atau terus bersabar ? Ikhlas, itu kuncinya..

P/s: Pesan santai buat pencinta,mencinta dan dicintai.. 
(Ada apa dengan kalimah lima huruf iaitu C.I.N.T.A. ? )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular