Jumaat, 12 Februari 2010

Berapa ramai lihat cinta dengan hati bukan mata?

 
(keagungan cinta mampu mengundang redho dan mampu mengundang musibah

MUQQADIMAH

Perayaan Maal Hijrah, Hari Natal, Tahun Baru 2010 semuanya sudah berlalu. Bumi bergerak pantas sehinggakan kita merasakan masa itu amat pantas berlalu manakala perayaan itu sudah seakan akan kita jemu nak menantinya. Yalah,mana taknya.. Bila ada je perayaan makin banyak penulisan tentangnya.. Itu mungkinlah bagus bahkan amat bagus untuk memotivasikan pembaca. Yang tak bagusnya semakin banyak kematian, semakin banyak Anak luar nikah, semakin lalai manusia, semakin habis dan sia-sia harta wang ringgit yang memang sementara tapi lebih bagus di salurkan kepada perkara yang bermanfaat dan melaburkannya kepada saham akhirat..

Ana dah baca banyak tentang penulisan tentang perayaan 14 febuari yakni "Valentine's day" atau bahasa melayunya hari kekasih. Ana bosan sebenarnya dan tertanya kenapa dunia lebih iktiraf kekasih daripada seorang suami dan seorang isteri. Tapi kalau tak menulis tentang nasihat buat semua tentang Valentine day's ini terasa kosong pula. Bila nak wujud hari " Family day's " Dan juga hari "Parent day's" yang mendapat iktiraf dunia sebagai hari untuk keluarga dan merapatkan Suami dan Isteri.Cukuplah jika bila lagu semuanya lagu untuk kekasih.. Bila nak ada lagu buat suami dan untuk isteri.. Dari zaman pop ye ye hingga ke zaman Inde semuanya lagu tangkap lelehh untuk kekasih.. Bila dunia nak berubah?? Lebih baik kita yang berubah..

BAGI YANG SEDANG MEMIKIRKAN PASANGAN SEMATI

Satu ucapan biasa ' Cinta itu buta '. Ia kerap ditujukan kepada  orang yang angau bercouple, bercinta dan berkasih sayang mengikut nilai pandangan biji mata berkaitan ciri fizikal, status ekonomi atau darjat kedua-duanya. Dalam hal sedemikian tentu ada yang memilih pasangan daripada golongan berkedudukan ekonomi atau martabat sosialnya lebih rendah daripada diri sendiri atau keluarganya. Ada yang tinggi memilih pasangan yang pendek dan ada pula yang cantik rupawan wajahnya memilih pasangan yang dilihat bertentangan rupanya.

Bagaimanapun, pasangan yang dianggap pelik, tidak sesuai atau sepadan itu biasanya tidak begitu terganggu dengan pandangan orang lain, harta pendirian keras kedua-dua ibu bapanya atau ahli keluarga mahupun sahabat taulan sendiri yang semuanya melihat menerusi organ mata, anugerah Allah S.W.T.

Di sebabkan pemandangan tadi dianggap tidak sesuai atau bertentangan dengan sifat-sifat fizikalnya maka ayat  ' Cinta Itu Buta ' pun terhambur daripada mulut yang melihat. Sikap dan pandagan orang lain itu jelas bertentangan dengan pilihan atau keputusan yang dibuat oleh pasangan yang dianggap tidak sesuai tadi.

Inilah apa yang dikatakan 'takdir' dan 'jodoh' kerana pasangan yang terbabit melihat menerusi ' mata hati '. Dan ini pula adalah kuasa Allah S.W.T yang selalunya kurang difahami oleh kebanyakan manusia. Mata kasar pasangan seperti itu tidak melihat atau menerima sifat-sifat fizikal yang bertentangan pada diri masing-masing kerana pandangan menerusi ' mata hati ' mereka itulah yang menilai kesesuaian atau keserasian cinta. Mereka berupaya mengumpul kekuatan kental dan keazaman besi waja meolak pandangan atau penilaian orang lain. Hati mereka telah bersatu dan tidak sesiapa pun dapat memisahkan mereka melainkan kuasa ilahi.

Dalam soal cinta antara pasangan ini, mereka yang beriman pada Allah S.W.T. menganggap hakikat itu sebagai suatu takdir kerana jodoh pertemuan adalah ketentuan daripada Pencipta alam semesta.  Antara penilaian mata kasar dengan mata hati, keputusan yang dibuat oleh ' mata hati ' itulah yang menjadi asas ikatan kasih sayang bagi sesuatu pasangan. Dari mata hingga ke hati dan hati pula membuat keputusan. 

BUKA SEGALANYA (MATA, HATI DAN FIKIR)

Mungkin ada yang berpendapat lain, tetapi cuba lihat pasangan yang langsung tidak mempunyai deria melihat. Ramai orang buta berupaya memilih pasangan hidup mereka dan melayari bahtera hidup dengan tenang, aman dan bahagia sedangkan mereka tidak dapat melihat wajah pasangan mereka.

Mereka 'melihat' satu sama lain menerusi hati naluri mereka. Mereka dapat dapat menjaga diri dan pasangannya dengan baik. Dan kalau mendapat mendapat anak, mereka juga berupaya memelihara dan mendidik zuriat dengan sempurna malah ada kalanya lebih baik daripada mereka yang celik. 

Namun, sama ada ikata kasih sayang itu kekal atau sebaliknya adalah satu hal lain. Ini pun terletak pada kententuan Allah S.W.T. Dan dengan itu terkeluar pada kententuan Allah S.W.T. Dan dengan itu terkeluar pula satu ayat, ' sudah tidak ada jodoh lagi' atau pun ' dah tiada jodoh ' apabila berlaku perpisahan. Bagaimanapun, terputusnya ikatan kasih sayang atau perceraian antara pasangan, biasanya berpunca daripada nafsu dan keadaan yang pelbagai akibat hasutan syaitan. Biasanya mereka salahkan pada, 'Sudah tidak boleh hidup bersama kerana tidak sehaluan lagi' atau atas desakan bertubi-tubi keluarga. Dalam Islam penceraian itu adalah sesuatu yang 'halal' tapi tidak disukai Allah S.W.T.

APA KATA ISLAM??

Menurut pandangan Islam, cinta sesama manusia itu hendaklah berlandaskan tidak pada nafsu tetapi cinta kerana Allah S.W.T. Bercinta kerana Allah S.W.T. manakala bernikah pula mengikut sunnag Rasulullah s.a.w. Justeru, kita nilai dan renung serta tenung gejala perceraian di kalangan pasangan muda-mudi sekarang, kebanyakkan cinta mereka itu sebenarnya berputik kerana nafsu dan tiada keredhaan Allah S.W.T di awal-awalnya lagi. Si lelakinya tertarik pada kejelitaan wajah perempaun dan perempuan pula terpikat pada ketampanan lelaki.

Cinta monyet yang titik permulaannya di bangku sekolah biasanya akbiat nafsu remaja atau berkaitan dengan amalan rakan sebaya. Tinajulah di kalangan rakan-rakan sebaya di bangku sekolah dahulu. berapa ramai di antara yang mabuk  cinta ketika zaman remajanya berakhir di jinjang pelamin?

Kisah cinta di zaman remaja adalah satu ciri kehidupan semasa dan tidak mempunyai apa apa makna selepas tempoh berakhirnya. Ianya hanya bersifat sementara walaupun ada yang kata 'cinta pandang pertama susahlah nak lupa'. (Cinta pandang pertama pada monyet ke?) Ahak3.. Apa yang penting ialah mereka belajar bersungguh-sungguh bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran hidup apabila dewasa kelak, bukan membebankan diri dengan cinta monyet.

AKHIRNYA..

Konklusinya, melbiatkan diri dengan kancah 'valentine's day' atau hari kekasih yang tak pernah Islam iktiraf setipa 14 febuari dan perayaan anjuran kristian barat ini di kalangan muda mudi memanglah tidak sesuai  langsung kerana ia bukanlah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam, lantaran itu janganlan mudah terpengaruh oleh minda dan akal Islam kita...

Wa'Allahu'alam...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular