Khamis, 18 Februari 2010

Yassin ke Khafi?? Kebiasaan ke Sunnah Rasulullah??

 
(Peganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w.) 

 
FIKIR-FIKIRKANLAH…

TRADISI BACAAN YASIN

Yaasin kebiasaannya diamalkan :
  • Pada malam jumaat 
  • Pada orang nazak
  • Pada orang mati

Haruslah diingat bahawa tidak ada satu hadith pun yang menunjukkan nabi saw pernah melakukan perkara diatas.

Cuma ada dikaitkan dengan beberapa hadith tentang amalan diatas, tetapi hampir semua hadith yang menjadi sandaran itu adalah dari hadith dhaif(lemah). Malahan ada yang maudhu’(palsu).


Inilah hadith-hadith yang menjadi sandaran :

        1. “sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam hari kerana mencari keredhaan Allah, nescaya Allah              mengampuni dosanya “

(Dari Abu Hurairah / Riwayat At-Tabrani dalam kitab Mu’jamul Ausath & As-Saghir )

 Keterangan : Hadith ini dinilai dhaif (lemah) kerana terdapat perawi yang bernama Aghlab Bin Tamim. Al-Bukhari mengatakan perawi ini adalah munkarul hadith (pemungkar hadith).


2.  “sesiapa yang membaca Yaasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan ditunaikan semua hajatnya “

(   Dari al-Walid B Syuja’ & Atha’ B Abi Rabah / Riwayat Ad-Darimi dalam sunan Ad-Darimi)

        Keterangan : Hadith ini dhaif (lemah). Atha’ Bin Rabah pembawa hadith ini tak pernah  
                       bertemu nabi    s.a.w


3.       “ sesiapa membaca Yaasin sekali seolah-olah dia membaca Al-Quran dua kali “

                                                            ( Riwayat Baihaqi dalam Syu’abul Iman)

Keterangan : Hadith ini maudhu mengikut kata AlBani (Dhaif Jamiush Shaghir 5801 oleh 
                   Albani)


4.       “ Bacalah surah Yaasin kepada orang yang akan mati (nazak) diantara kamu “

                                                                      ( Riwayat Ibnu Abi Syaibah )

Keterangan : Hadith ini dhaif (lemah) kerana terdapat perawi yang bernama Abu Ustman iaitu seorang  perawi yang majhul ( tidak diketahui). Hadith ini juga mengalami masalah mudtharib  ( sanad yang tak jelas )

5.    “ sesiapa yang membaca Yaasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan sesiapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam jumaat maka ketika bangun pagi hari diampuni dosanya “

Keterangan : Hadith ini maudhu’ (palsu).  
  • Ibnu Jauzi mengatakan semua jalannya adalah batil dan tidak ada  
    asalnya. Manakala Daruquthni menyatakan perawi yang ada dalam sanad hadith in
    iaitu Muhamad Bin Zakaria adalah pemalsu hadith.

6.       “ sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu adalah surah Yaasin. Sesiapa yang membacanya, maka Allah memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti membaca Al-Quran sepuluh kali “

                                                                 ( Riwayat At-Tirmizi / Ad-Darimi )

Keterangan : Hadith ini maudhu’ (palsu).
  • Ayah Ibnu Abi Hatim menyatakan awal kitab disusun oleh Muqatil Bin Sulaiman, iaitu  munkarul hadith. Oleh itu hadith ini batil dan tiada ada asalnya 
  • An-Nasai menyatakan, Muqatil Bin Sulaiman sering berdusta
  •  Imam Waqi’ berkata, Muqatil Bin Sulaiman adalah tukang dusta

Kesimpulan : “  AMALAN MEMBACA YAASIN PADA MALAM JUMA’AT ADALAH BUKAN DARI  
                         PERBUATAN NABI SAW “

Ada pendapat menyatakan bahawa amalan membaca Yasin pada malam juma’at adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat suka membaca Al-Quran.

Penerangan : Haruslah diingat, bahawa kita sedang menghadapi dua situasi iaitu SYARI’AT dan SIKAP


1. Syari’at – Nabi saw mensyari’atkan dalam hadith sahih riwayat Baihaqi & Al-Hakim :

مَنْ قَرَأَ سُورَةُ الكَهْفِ يَوْمَ الجُمَعَةِ أَضَاءَ مِنَ النُُّورِ مَا بَيْنَ الجُمَعَتَينِِ

“ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at,dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at “ ( Al-Hakim )


2. Sikap : masyarakat suka membaca Yasin pada hari juma’at


Persoalan yang perlu kita jawab.

§     Yang mana perlu diikut ? Syari’at atau sikap ?

§     Syari’at tidak boleh diubah, dikurang atau ditambah mengikut 
    kemahuan dan sikap kita.

§   Tapi yang perlu diubah adalah sikap dan kemahuan kita mengikut syari’at.

§   Islam tidak boleh diubah untuk disesuaikan dengan dunia.

§   Tapi dunia yang perlu di sesuaikan mengikut islam

§   kenapa kita membaca surah Yaasin yang tidak disyari’atkan pada hari jumaat ?

§  kenapa kita tidak mengikut syari’at yang telah ditentukan   iaitu membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat ?

Sesuatu yang tidak kita sedari :

§ Kita menghidupkan bacaan Yaasin yang tidak disyari’atkan tetapi sebenarnya kita sedang mematikan sunnah nabi saw.


§  Seolah-olah kita mengganggap pilihan kita lebih baik dari sunnah nabi saw.

§    Al-Qaradhawi menyatakan dalam Al-Sunnah Wa Al-Bid’ah:    

“ Pengamal Bid’ah seolah-olah berkata ; Wahai Tuhan ! apa yang engkau telah syari’atkan kepada kami tidak cukup. Oleh itu kami menambah amal ibadah yang baru kepada apa yang telah engkau syari’atkan. Dengan demikian dia menjadikan dirinya pembuat syariah dan memberikan haq kepadanya untuk mencipta syariah baru sedangkan haq membuat syari’at adalah milik Allah semata-mata “

Kesimpulan :

§   MENGAMALKAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT ADALAH SUNNAH NABI S.A.W
§   PERTAHANKAN BACAAN SURAH YAASIN,TETAPI DIAMALKAN  PADA WAKTU LAIN


Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Kahfi

§   Sabda Nabi saw : “ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at,dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at “                                   ( Al-Hakim / Sahih )

§ Sabda Nabi saw : “ Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka akan selamat dari gangguan dajjal 
                      ( Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud / Sahih )

§         Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah ini didalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda dlrumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati gumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi saw, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah)yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah ini “
                                 ( Ahmad, Bukhari, Muslim / Sahih )

FIKIR-FIKIKANLAH…

  • Tujuan penulisan ini bukanlah untuk mengatakan tradisi bacaan yasin itu bidaah, sesat ataupun haram, tetapi ingin mengajak supaya kita berfikir dalam memilih untuk melakukan ibadat berdasarkan hadith yang sahih, jika anda diberi hadis yang dhoif dan hadis sahih, yang manakah  pilihan anda? Pastinya hadis sahih bukan? Fikirkanlah…

  • Tradisi bacaan yasin bukan amalan nabi dan surah al-khafi adalah amalan nabi, kenapa kita melakukan sesuatu amalan yang nabi tidak lakukan?  dan kenapa kita tidak mahu lakukan apa yang nabi lakukan? Fikirkanlah…

  • Membaca yasin mendapat satu pahala iaitu pahala sunat membaca Al-Quran, sedangkan membaca Al-Kahfi mendapat dua pahala iaitu pahala sunat membaca Al-Quran dan pahala sunnah kerana melakukan amalan nabi. Tidak mahukah kita mendapat pahala yang banyak? Fikirkanlah…

  • Kadang-kadang kita terlupa, kita melakukan bacaan yasin secara berjemaah dan kita merasakan perbuatan itu baik, tetapi dalam masa yang sama kita sedang mematikan, meninggalkan, menyembunyikan amalan sunnah nabi yang sebenar iaitu surah Al-Khafi.  Fikirkanlah…

  • Mungkin dengan penulisan ini, pembaca merasakan pelik dan aneh dengan kenyataan yang di berikan, memang benar amalan bacaan yasin telah diamalkan sejak sebelum tanah melayu merdeka lagi dan tradisi ini telah berjaya menyatu padukan orang melayu islam semasa tanah melayu dijajah oleh jepun tetapi anda mesti pernah dengar ungkapan “ matlamat tidak menghalalkan cara”

  • Tradisi ini diterima oleh ulama-ulama Malaysia dan ianya diamalkan sehingga ke hari ini, antara alasan sebahagian pihak untuk meneruskan tradisi bacaan yasin khamis malam jumaat ini ialah :

Hari itu sahaja orang nak baca Al-Quran, kalau hari itu tidak baca, bila lagi masyarakat nak baca Al-Quran?

Bacaan yasin ini dapat mengajak orang datang ke masjid.

Salah ke baca yasin, yasinkan sebahagian daripada Al-Quran, tak kan tak boleh baca?

Kenapa perlu bincang pasal yasin ini, ini kan hal kecil, masalah besar tentang akidah, akhlak  remaja yang semakin teruk, tak mahu bincang…

Tak mengapalah kita baca yasin dari sesetengah pihak suruh orang baca Al-Kahfi, mereka itu baca ke?
               
Persoalan diatas banyak diperkatakan oleh masyarakat, memang benar apa yang dikatakan, tetapi, dari semua huraian di atas membuktikan supaya kita harus berubah kepada sesuatu amalan ibadah yang jelas sahih dari Al-Quran mahupun As-Sunnah. Adakah kita mahu generasi akan datang terus menerus melakukan sesuatu amalan ibadat yang tidak jelas kesahihannya? Atau orang melayu memang suka dengan ungkapan { Takliq Buta }

  • Apabila membincangkan tentang amalan bacaan yasin ini harus ditukarkan kepada Al-Kahfi, masyarakat mula meletakkan hukum dengan mengatakan golongan ini adalah fahaman wahabi. Masyarakat terus memandang serong dan ada pihak yang ekstrim terus mengatakan sesat. Wahabi bukanlah persoalannya disini, soalnya adalah ilmu, ini adalah suatu perbahasan ilmu, dimana mengajak kita melakukan ibadah yang disebut dalam hadis nabi. Masyarakat harus berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam menuntut ilmu dan menerima sesuatu ilmu, kita tidak boleh cepat mengatakan sesuatu ilmu itu salah atau sesat. Setiap yang diperbincangkan haruslah mempunyai hujah dan dalilnya.

  • Masyarakat selalu mengungkapkan kata-kata ini, ini bidaah, itu bidaah, habis itu, telefon, kereta, komputer itu bidaahlah, ini adalah kata-kata mereka yang tidak berilmu. Bidaah hanya berkaitan dengan hal ibadah sahaja, kemajuan dunia tidak termasuk dalam masalah bidaah.

  • Masalah yang didapati dari perbincangan ini ialah masyarakat sendiri menyempitkan fikiran mereka dan amalan ini sudah menjadi adat tradisi masyarakat orang melayu islam. Mustahil untuk diubah...jadi fikir-fikirkanlah...

  • Terpulang pada masyarakat untuk menilainya, penulisan ini bersandarkan hadith Nabi s.a.w. Kita takut, jika kita ragu-ragu atau tidak menerimanya, samalah kita menolak dan menafikan sunnah nabi s.a.w

Segala salah silap mohon ampun dari Allah s.w.t

FIKIR-FIKIRKANLAH...




3 ulasan:

  1. maaf...nma surah..surah al-kahfi...

    BalasPadam
  2. maaf--nma surah..surah al-kahfi

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..nice , thumbs up

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular