Sabtu, 30 Januari 2010

Haramnya Arak VS Haramnya Rokok (Segalanya terjawab)


APA ITU ARAK?


Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

BETUL KE ARAK HARAM?
 
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah 5:90)
 
AL-QURAN JE KATA HARAM? MANA HADIS?
 
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." 
                          (Hadis Riwayat Sahih Muslim )

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." 
(Kitab Sunan Ibnu Majah)
MINUM JE KE HARAM? 

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
 
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
dan juga pemesannya.” 
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)


Apa itu rokok? 

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu ujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup lewat mulut pada ujung lain.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantong. Sejak beberapa tahun terakhir, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai pesan kesehatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesehatan yang dapat ditimbulkan dari merokok, misalnya kanser paru paru atau serangan jantung (walapun pada kenyataanya itu hanya tinggal hiasan, jarang sekali dipatuhi).


Pertamanya, Alhamdulillah akhirnya jelas dan tersebar luas merokok itu haram.. Ana menulis ini agar semua orang merokok terasa dan biar padan muka dia.. Orang larang rokok nak rokok juga.. Rasakan, "Siapa makan cabai dia rasa pedas" (Ahak3).. Bila dia terasa haraplah dia berhenti dan insaf serta hentikan pembaziran dan mencemarkan Alam sekitar.

Fatwa telah keluar dan muzakharah/musyawarah telah dibuat antara barisan ulama mengariskan  rokok (Ciggarete) itu makruh dan haram. Majoriti mengatakan haram dan keputusan majoriti di ikut.

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah :-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)




Jika ada soalan berupa macam ni:

Saya tahu rokok haram. Boehkah saya membelinya untuk orang lain?

Maka jawablah..

Kamu dilarang membeli rokok untuk orang lain. Ini kerana terdapat hadis yang menyatakan hal ini, di mana kamu tidak mentaati seseorang yang boleh menjerumuskan diri kamu kepada dosa..


Jadi,kesimpulannya :
Beza manusia dan haiwan ialah akal. Maka gunalah akal yang sihat untuk berfikir. Kalau dah lompong dengan asap rokok tak tahu lah nak kabo guane. . Kalau dah terbiasa minum Air najis syaitan nak buat guane kalau perangai macam syaitan. . Memang niat nak mengata agar hadir dalam diri itu Insaf. Maka, Lu pikirlah sendiri...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular