Isnin, 11 Januari 2010

Saya istiharkan " Rokok Haram" !!!


"Bukan Katakan 'Tak nak' Rokok tapi Kata Haram Rokok"

Assalamualaikum w.b.r..


Pertamanya, Alhamdulillah akhirnya jelas dan tersebar luas merokok itu haram.. Ana menulis ini agar semua orang merokok terasa dan biar padan muka dia.. Orang larang rokok nak rokok juga.. Rasakan, "Siapa makan cabai dia rasa pedas" (Ahak3).. Bila dia terasa haraplah dia berhenti dan insaf serta hentikan pembaziran dan mencemarkan Alam sekitar.


Fatwa telah keluar dan muzakharah/musyawarah telah dibuat antara barisan ulama mengariskan  rokok (Ciggarete) itu makruh dan haram. Majoriti mengatakan haram dan keputusan majoriti di ikut.



Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah :-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)



Jadi,kesimpulannya :
Beza manusia dan haiwan ialah akal. Maka gunalah akal yang sihat untuk berfikir. Kalau dah lompong dengan asap rokok tak tahu lah nak kabo guane. . Memang niat nak mengata agar hadir dalam diri itu Insaf. Maka, Lu pikirlah sendiri...



Wassalamualaikum w.b.r..

 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular