(Bayi --> Kanak-kanak --> Remaja --> Belia)
Memetik pada peribahasa "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" amat sinonim bagi dikaitkan dengan suruhan ibu bapa mendidik anaknya dari kecil lagi. Mengenangkan pada besarnya akan makna usia muda, mereka menjadi sasaran semua. "Belia pembangunan Bangsa" besar harapan itu. Tapi adakah realiti?
Tatkala anak muda diasak dengan pelbagai seruan, kelompok orang berusia yang mahu berusaha mendidik anak muda tidaklah ramai. kekurangan ini diberatkan lagi oleh kesakitan-kesakitan yang mungkin dialami semasa mendidik Anak muda. Mereka itu ada kecenderungan yang ada kalanya memang mudah melukakan hati orang tua yang lebih berusia.
JOM JOM MARI MARI TENGOK APA ANAK MUDA DAH BUAT!!!
Situasi pertama - Tak reti bahasa
"Salam Ustaz. Ana pelajar di Universiti @*!&*@&#. Ana pembaca setiap blog Anta. Jadi Ana nak jemput Anta datang berceramah di tempat Ana. Berapa caj yang Anta kenekan?"
Dengan jarak perbezaan umur 15 tahun, di 'Ana Anta'kan oleh seorang anak muda mungkin boleh mengguriskan hati dan rasa menghilangkan mood untuk positif kepadanya.
Jika dikatakan anak muda memang mulanya dengan sekolah rendah dan menengah. Jika di silibus sekolah sudah mengajar bab Adab dan keelokan bahasa pada panggilan, juga bahasa surat rasmi. Tetapi anak muda sekarang pandai mereka bahasa sendiri. Merosakkan bahasa, merojakkan bahasa dan menyalah ertikan maskdunya. Cakap tidak tengok kiri dan kanan. malah terus bertanya rate ceramah, hal ini benar benar menjatuhkan maruah penceramah dan mewujudkan rasa tidak selesa. Namun itulah harga pada usaha ibu bapa dalam mendidik anak muda.
Situasi kedua - Kuat mendesak dan Kurang ajar
"Ustaz, saya ingin tahu bolehkah kita menyertai perarakan St. Patrick's day? Tolong jawab email saya ini secepat mungkin ya"
Hp saya berbunyi "kring kring" dua kali jer bunyi pastu tertulis "miss call received". kekadang sedar sedarnya (bukannya saya dengan hp 24 jam) dah ada " 2 miss call received". Hati saya dah tak sedap, dalam fikiran saya ada hal penting atau kecemasan ke? Nak tak nak saya calllah semula dan tergurisnya saya bila selepas saya memberi salam saya bertanya "kenapa call"? Boleh dia jawab saja jer miss call.
Mungkin tak tercapai akal dia yang menyangkakan saya tiada kerja lain. Duduk di rumah melayan hotline telefon dan oncall 24/7! Atau pun dia ingat saya ni kaunter pertanyaan? Anak muda sekarang suka perkara yang 'express' atau segera. Cukuplah mee yang dah disegerakan dan perkara lain yang disegerakan tapi jangan sampai ilmu agama pula nak disegerakan. Kalau ini berlaku memang sia-sia Allah beri 5 panca indera pada Anak muda. Nak ilmu maka belajarlah dan bertanya bila benar benar perlu.
Saya positif sahaja kelakuan anak muda sekarang(bukanlah saya tak pernah muda) yang menyakitkan itu, bahawa mereka ada kelompok mendesak. Desakan mereka bukan sahaja mengerunkan pihak pemerintah, malah ustaz/ustazah juga sering ditekan dengan desakan yang tidak tentu hujung pangkalnya dan tidak mengira masanya.
Saya juga akui, anak muda adalah kelompok yang berkeinginan tinggi, iaitu sesuatu yang sukar untuk dicari dicelah-celah anggukkan warga tua mendengar kuliyah.
LA TAHZAN INNA'ALLAH MANNA!!
Mendidik anak muda, adalah persiapan diri saya sendiri pada pendidik anak-anak yang semakin meningkat usia. Ia penuh cabaran ia penuh kesakitan. Namun, fadhilatnya amat besar.
Mendidik Anak muda adalah pelaburan besar kita untuk mencipta masa depan yang lebih baik. justeru, selesai mengunkapi kisah pemuda Ashaab al-Kahf, Allah S.W.T. memberi peringatan kepada Rasulullah s.a.w. dan para murabbi umat hakikat ini:-
"Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya Telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."
[Surah Al-Khafi 18;28]
Bersabarlah denga kerenah anak muda itu. Mereka tidak menginginkan apa apa kecuali keredaan Allah S.W.T.. Maafkan kekurangan mereka, kuatkan semangat mendidik mereka. Jangan dicari habuan dunia, biar pun mendidik anak muda tidak menjadikanmu kaya raya. Sesungguhnya pelaburan sahat terhebat yang engkau lakukan, adalah pada penumpahan ilmu, pengalaman, nasihat, bimbingan dan pandua kepada anak muda. Jika anak muda selalu susah mendapatkan khidmat orang tua-tuanya, mari kita jadikan diri kita mengisi kelompongan itu. Mahukah kalian menyertainya?
PS :-
Dan jadilah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan (Allah S.W.T) mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah S.W.T. semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan