Khamis, 2 Februari 2012

Penulis Picisan

 

Si saya penulis picisan. Dah jangan guna 'si saya'. Maaf saya cepat terikut bila baca belog belog orang. Penulis picisan ni sebenarnya picisan itu sipi sipi sahaja. Boleh juga kata sambilan sahaja dalam penulisan ni. Nak berkira sikit, mana menulis ni untuk hanya berkongsi, tak perlu kena bayar pun (bayar bil broadband, bayar elektrik) itu saya dan anda kenalah. Tapi buka belog belog penulis picisan ni satu je perlu hafal link sahaja. Nak komen ke nak bantah ke tak nak komen ke tak nak bantah ke terpulang pada anda. Cuma biasalah penulisan picisan ni biasanya bebas memilih tema apa yang nak tulis, banyak ratanya saya tengok tentang ilmiah tak kurang tentang kisah hidup dan luahan hati. 

Cuma penulisan picisan ni tak bolehlah menulis ikut suka sahaja. Jangan sampai menulis dengan gaya berlagak, menulis dengan kata kata kesat dan menulis dengan rasa bangga serta riak. Tak berkata pada sesiapa cuma ingatkan. Menulis ni macam buku baharuddin bekri kata 'Penulis disayangi Allah'. Haa, macam tu menulis biarlah ada isi dan ada ilmiah serta ada sesuatu yang dapat dijadikan model untuk jadi 'penulis yang disayangi Allah'. Macam mana tu?

Bukan nak ajar atau nak kata tak boleh. Ini tak boleh itu nak boleh.. Orang kita ni biasalah.. Bila kita cakap sikit berbunga fikirannya.. Berbunga bukan apa -ve sahaja difikirnya.. Tak mahu cakap pasal ni.. Nak cakap pasal penulis picisan ini.. Saya suka membaca.. Suka meneliti karya karya.. Maaf bukan karya bahasa Inggeris.. Saya suka bahasa melayu iaitu BMT bahasa melayu tinggi.. Benar bahasa saya bukan termasuk dalam bahasa yang kaya maksudnya bahasa pelbagai juga saya belum boleh guna bahasa melayu klasik namun itulah saya hormat penulis yang menulis untuk memertabatkan bahasa melayu ini.. Saya tidak rasa satu masalah bila saya menulis, saya menaip sms dan saya bercakap dengan bahasa yang saya gelar bahasa kamus juga lebih sedap didengar BMT (bahasa melayu tinggi).. Bukan masalah dan juga pada anda bukan masalah.. Insya-Allah sama sama kita menjadi penulis yang disayangi Allah sebagai 'model'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular