Rabu, 18 April 2012

Apa Yang Boleh Kita Buat Ialah Bersyukur


Dulu nak itu, minta ini, mahu yg tu, harapkan yg mcm ini. Sekarang dah dapat itu, ini, yg tu dan mcm ni. Maka yg semua itu perlu satu sahaja yakni berterima kasih pada Allah (bersyukur). Manusia ( mcm saya dan kamu semua ) ni kadang kadang cepat lupa, cepat alpha, cepat leka dan cepat seronok bila dapat nikmat tapi lupa, alpha dan leka nak syukur. 

Kalau kita berjalan, kita melihat suasana persekitaran kita, mata yang melihat ni rasa tak percaya, rasa naif sangat apabila melihat manusia (mungkin kita pun sama) kurang sedar nikmat Islam, nikmat Iman dan nikmat tubuh badan dahulu perlu disyukuri. Dalam sehari (24 jam) dalam setahun 365 hari ( 8,760 jam) bersamaan 525,600 minit dan berapa saatkah? Benar 31,536,000 saat.. Nah, nak main dgn nombor sangat.. Setahun tu kalau umur dah 22 darab dengan 31,536,000 jadi berapa? kiralah sendiri..

Allah pesan selalu dalam surah Ar-Rahman berbunyi "Dan nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu ingin dustakan?" Dustakan maknanya apa? Dustakan maknanya tidak bersyukur dan ambil remeh tentang apa Allah dah beri.. 

Ingatlah, Dia boleh tarik bila bila masa.. Dia tarik tanpa lambat sesat dan cepat sesaat.. Sebelum Dia ambil balik moh, kita sama sama menyukuri nikmat Allah berikan.. Belum, maka mulai sekarang sebutlah Alhamdulillah.. :))

1 ulasan:

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular