Seorang
lelaki sedang memandu keretanya tiba-tiba keretanya mengalami
kerosakan dan berhenti berdekatan dengan sebuah pusat persilatan. Oleh
kerana hari pun sudah malam.. dia pon pergi ke dojo tersebut dan
mengetuk pintu itu..pintu pon dibuka dan seorg pendekar tua yang selaku
pengetua dojo itu menyambutnya.
Lelaki itu berkata: minta maaf tuan, bolehkah saya bermalam disini kerana kereta saya rosak secara tiba-tiba.
Sang pendekar tua itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.
Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan untuk melayan lelaki itu.. malah kereta itu pun dibaikinya.
Setelah kekenyangan lelaki itu pun cuba melelapkan matanya.. selang
beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh,dia teringin nak
mengetahui bunyi apakah itu.. namun dibatalkan saja niatnya kerana
terlalu letih.
Keesokan pagi.. dia pun bertanya kepada pendekar tua tentang bunyi itu, tetapi pendekar tua menjawab:
Saya tak boleh bgtahu awak.. kerana awak bukan seorang pendekar..
lelaki itu kelihatan kecewa kerana tidak dapat mengetahui tentang bunyi
yg pelik itu.. tetapi apapun dia berterima kasih di atas layanan yang
diberikn, kemudian dia pun bergerak pulang ke tempatnya.
Setahun selepas itu..
keretanya rosak kembali ditempat yang sama berdekatan pusat itu..
Dan
sekali lagi sang pendekar tua itu membantunya membaiki kereta dan
menyediakan tempat tidur serta makanan kepada lelaki itu..Pada
malamnya.. ketika hendak tidur dia bunyi yang aneh yg pernah
didengarinya pada tahun yang lepas..
Keesokan pg nya lelaki itu pun bertanya kepada pendekar tua mengenai bunyi itu.. tetapi dia menjawab:
Saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorang pendekar.
Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya namun jawapannya
tetap sama.. dia enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorang pendekar.
Pada tahun berikutnya.. ditakdirkan keretanya rosak lagi ditempat yg
sama, dan layanan yang sama diberikan oleh sang pendekar tua itu.
Pada keseokan paginya, seperti biasa.. lelaki itu cuba bertanya dan
merayu untuk mengetahui bunyi aneh apakah yang didengarinya malam tadi. namun pendekar tua tetap dengan jawapannya,
Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lagi lalu berkata,
Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pun aku takkan dapat tahu bunyi aneh tu kerana aku bukan seorang pendekar.
Kalaulah satu-Satunya cara untuk saya mengetahui bunyi aneh itu ialah dengan menjadi seorang pendekar.. macam mana caranya saya untuk menjadi seorang pendekar???
Kata pendekar tua: Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorang pendekar.. kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia.
Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20,000 dojo persilatan di seluruh dunia.
dan kamu mesti menewaskan kesemua 200,000 pendekar handalan di seluruh dunia, baru aku akan iktiraf kau sebagai seorang pendekar.
Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dia pun memulakan pengembaraannya untuk menjadi seorang pendekar.
10 tahun kemudian..
lelaki itu kembali semula ke pusat tersebut dlm keadaan tubuh badan yang gagah perkasa dan berparut di sebelah muka nya.
Dia berkata kepada sang pendekar tua itu:
aku telah menguasai ilmu dari 20,000 sekolah persilatan dan aku telah menewaskan kesemua 200,000 orang pendekar handalan di seluruh dunia..
Sang pendekar tua itu menjawab: Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorang pendekar.
Untuk mengotakan janji.. Saya akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu..
Pendekar tua pun membawa lelaki itu ke sebuah pintu papan di belakang pusat itu.
katanya: bunyi aneh yang kamu nak tahu ada di belakang pintu itu..
Dengan hati yang berdebar-debar selepas penantian selama 13 tahun.. lelaki itu pun cuba membuka pintu itu..
Tetapi pintu itu berkunci.. dia berasa sangat marah lalu di tanya pada pendekar tua..
Kelakar sungguh! Mana kuncinya???
Pendekar tua pun memberi kunci kepadanya dan dia pun membuka pintu papan itu.. apa yang di dapatinya di sebalik pintu papan itu..
ialah Pintu yang diperbuat dari Batu..
Lelaki itu pun meminta kunci dan pendekar tua itu pun memberinya..
selepas dibukanya pintu batu itu.. dia mendapati ada pintu besi disebaliknya..
Dia pun meminta kunci dari pendekar tua itu.. dan selepas membuka pintu besi.. apa yg dijumpainya ialah.. pintu yg diperbuat dari kaca..
Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yang diperbuat dari kaca,
zink,
logam,
plastik,
tembaga,
emas,
keluli,
dan timah..
Disebalik pintu timah itu dia mendapati ada sebuah pintu yang diperbuat dari Batu Marmar..
Akhirnya pendekar tua berkata: Inilah kunci yang terakhir untuk pintu marmar yang terakhir itu..
Selepas dibukanya pintu yang terakhir itu.. dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yang di dengarnya itu..
Lelaki itu berasa sungguh terkejut dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu..
Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu, kerana anda bukan
seorang pendekar..!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan