Memaparkan catatan dengan label Buka minda tetapkan pendirian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buka minda tetapkan pendirian. Papar semua catatan

Ahad, 8 Januari 2012

Bukan Macam Itu

 
"kerjayaan hakiki adalah berjaya taat perintah Allah dan Rasul serta ibu bapa.. Kerjayaan lain itu sipi sipi je.. Belum tentu hakiki walaupun cemerlang di dunia... "
 Sebenarnya bukan macam tu.. Keadaannya tak seperti kita fikir.. Selalu kalau kita buka internat, buka laman sesawang (kenapa sesawang) bukan laman gegula? Entah sawang lebih logik kot.. Sejak azali lagi namanya sesawang.. Bukan macam tu sebenarnya.. Benar bukan seperti kita fikir..

Dewasa ini  kita sering dikejutkan cuma kita je tiada sakit jantung dan tak gugur jantung, pelbagai isu semasa yg kadang kadang tidak kita sangka ia berlaku, isu isu yg tak pernah kita jangka ianya terjadi atau kita sahaja yg bukan fikir macam tu. Isu Amalina Che Bakri (malas sebut sebenarnya) - maaf tiada gambar kerana pemintaan beliau padam semua gambar dia walaupun original dari beliau..

Benar ambil pengajaran dari kisah beliau.. Mengulas video pengakuan beliau, sebenarnya kita yang salah menilai dia, yalah waktu tu Ana belum berakal sangat lagi waktu 2006 beliau peroleh 17 A1 Ana baru tingkatan 2.. Yalah, waktu tu kagum dengan beliau, siap beli satu buku beliau lagi.. Target nak berjaya gondol semua A walaupun subjek hanya 11 tapi bersemangatkan Ana melayu Islam dan wanita pula tu malu kalau lelaki tak mampu..

Kata beliau, memang dari kecil hingga sekolah (senang kata bila di malaysia) memang dia tak pakai tudung.. Memang freehair (kata orang zaman cikalang) bila dia keluar ke mana mana kecuali waktu sekolah asbab pihak sekolah mewajibkan bertudung dan event yang melibatkan keagamaan bagi menghormati agama. Kata beliau lagi, memang ibunya tak larang beliau berfesyen dan tidak pernah marah kalau dia tak bertudung..

Beliau sudah mengaku, Ana seirus terkilan. Bukan Ana sahaja bahkan ibu bapa dan semua orang yg pernah memuji beliau atas kejayaan beliau rasa tertipu dan ada sedikit marah kerana silap mereka sebenarnya tidak menilai siapa beliau sebenarnya dan dari sudut apa dia berjaya sebenarnya dan dari sudut apa dia gagal sebenarnya.. Ana lihat kebanyakkan orang sekarang lali dengan Isu ini walaupun kisah ini jadi pembuka kisah tahun ini. Namun sama sama kita hentikan adengan kutuk mengutuk, cerca menghina dan sebarisan dengannya dan berdoa agar Allah pelihara aset negara kita walaupun katanya lepas dia habis belajar dia akan berkhidmat untuk negara tetapi doa kita agar di kembali takut pada Allah dari pertuturan beliau, pebuatan beliau dan sebagainya.. 

 

(Kenangan dulu dulu 2004)


P/S : Tentu masih ramai yang ingat dengan Nur Amalina Che Bakri iaitu pelajar yang menjadi kebanggaan kita semua dan keluarganya kerana kejayaannya mendapat 17A1 di dalam SPM pada tahun 2005. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan.

Khamis, 24 Februari 2011

Jadilah Penjual Yang Membeli


Assalamualaikum. Gambar atas tu kueh kegemaran saya. Yang lapis merah puteh tu. Tiada yang tanyakan? Saya sengaja dan saja beritahu. (Haha. - gelak tak nampak gigi tau.) Kali ni nak bercerita pasal kueh. atau dalam skop yang besar kedebaknya ialah makanan. Bukan nak beri resepi tapi nak beri ilmu tentangnya. Kebiasaannya kita kalau makan mesti tahu sedap atau tidak. Kita makan mesti kita dapat mark atau tahu di makanan itu dijual dan pasti sedap. Tapi kita hanya tahu makan saja. Bila ditanya apa nama kueh ni? Entah. Tak tahu. Entahlah. Tiada masalah. Kalau nak selesai hal ini kena hafal nama kueh. Nanti orang tanya atau orang bukan tempatan  tanya mulalah susah nak menjawab.

Jadilah Penjual Yang Membeli. Kelirukan? Begini. Apabila kita ke pasar malam ke pasar tani ke atau di mana mana sahaja tempat menjual makanan pastinya kita mahukan makanan kita itu sedap, cukup lemak untuk dimakan disamping harga yang berpatutan. Tapi sekarang ni peniagaan bersifat ala kadar tak bertempat. Ala kadar mereka ialah mereka mengurangkan bahan-bahan untuk membuat makanan tersebut. Seperti nasi kerabu. Kita kalau buat nasi kerabu untuk keluarga kita pastinya kita buat yang terbaik. Maknanya di sini, kepada penjual anggaplah kamu juga pembeli. 

Orang akan beli makanan yang penjual jual yang sedap. Sedap macam mana? Pastikan semua bahan bahan yang dikehendaki untuk menyediakan makanan itu. Jangan jadikan alasan bahan-bahannya harga naik sehinggakan sesuka hati anda untuk mengurangkan bahan bahan dalam masakan anda dan mengurangkan bahan bahan dalam peneydiaan kueh mueh. Jika tetap juga anda melakukan perkara itu maka anda juga mengurangkan pelanggan anda dan sekaligus anda menanggung kerugian dan ketidakjujuran dalam berniaga. 

Kerugiaan macam mana? Pastinya anda akan buang lebihan kueh atau lauk itu. Kan rugi. Kan lebih elok kalau anda bersungguh dalam menyiapkannya dan laku semua dijual. Iye, benar. dalam berniagaan ada untung dan rugi. Jawapan saya, anda yang membuatkan anda rugi. Percaya cakap saya. Jika anda salah satu tempat di mark atau dilabelkan sedap maka tidak putus kunjungan orang pada anda. Insya-Allah.. 

P/S : Ana kongsikan kueh arab pula nanti ea? Tak janji tapi Insya-Allah.

Rabu, 16 Februari 2011

Kupercaya Ada 'Cinta'

 

Kupercaya ada 'Cinta'. Bukan nak mengalakkan untuk 'Cinta'. Walaupun hari kekasih yang patut diabaikan telah pergi dua hari lepas. Tapi ada aku kisah pasal hari kekasih? Tak adakan. Cuma benci dalam hati ada. Kalau buka surat khabar hari ini. Di Malaysia sahaja 3 negeri yang dicop dan disenaraikan tertinggi tangkap khalwat. Kenapa Malaysia yang beria menjadi ranking ditangkap khalwat? Apa kaitan dengan kita hari kekasih ini? Negara kita agama rasmikan Islam? Mazhab kita Imam Syafie. Apa kejadahnya muda mudi kita terlibat dengan hari kekasih ini? Pelikkan.. Tapi sepelik-peliknya ada timbul rasa muda-mudi kita ini bodoh dan terlalu taksub dengan apa yang barat bawa. Di IC Islam tapi di hati barat. Sia Sia.

Kupercaya ada 'Cinta'. Cinta sebenarnya bermula dalam diri kita. Siapa tak tahu nak belajar mencintai diri kita? Siapa? Siapa? Rasa semua orang tahu tapi bagaimana caranya? Bukti kita cinta diri kita dari sudut dapat lihat di mata kasarnya ialah kita makan dan kita mandi. Kalau kita tak percaya pada 'Cinta'. Tak mungkin semua itu kita buat. Kalau kita tak makan kita lapar, maka kita akan lapar dan melarat serta kebuluran. Juga bila kita tak mandi. Kita akan busuk, daki akan berkepul serta mulalah kita akan mendatangkan penyakit. Nah, itu tandanya kamu semua yang mandi dan makan ini percaya ada 'Cinta'. 

Kupercaya ada 'Cinta'. Ya Allah, kalau nak berbicara tentang bertapa cintanya Allah pada kita serupalah seperti kita katakan tak terhitung nikmat dan kebesaran-Nya yang dia anugerahkan pada kita. Kupercaya ada 'Cinta'. Jangan percaya lagi malah yakin yang Allah yang mencintai kita. Agung perabadian cinta Dia pada kita. Cuma kalau orang cinta kita sedayanya kita balas. Tapi bila Allah bila jadikan kita sebaik baik kejadian kita balas acuh tak acuh sahaja. Sebab apa ea? 

Jum selaminya Allah pada kita. Allah berfirman : Kata-Nya selagi kita tidak syirik pada-Nya (maksudnya masih berpegang pada Tiada Ilah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah) maka dosa segunung atau seluas alam semesta pun kita, kita tetap dijanjikan syurga selepas kita menerima azab yang juga dijanjikan bagi sesiapa yang ingkar sama ada azab di dunia mahupun azab di akhirat. Tapi kerana 'Cinta' nya tetap dia beri kita merasa nikmat-Nya di dunia dan syurga-Nya di akhirat. Cuma mendapatkan syurga-Nya itu berbeza caranya dan perjalanannya. Wa'Allahu'alam..

Isnin, 14 Februari 2011

Sejarah Valentine's Day (Yang Beragama Islam Meraikannya Hukumnya Haram)


Benar.. (Apa penulis ni belum apa apa dah benar).. Saya membenarkan gambar di atas dan saya nak kata benar tak kenal maka tak cinta dan juga benar tak kenal maka tak benci.. Remaja sekarang kalau tak tahu pangkal pokok, maksud saya tak tahu asal usul satu perkara maka keluarlah pada mulut mereka "Ada aku kisah?" tak pun yang paling tak suka dengar "Kau kau dan aku aku, kubur masing masing".. Okey, takpe.. Di blog lain semua seru agar tinggalkan valentine's, valentine's tu haram, valentine's itu budaya barat.. Benar, mereka betul tapi di blog Ana, mari kita baca kisah sejarah hari ini..

Terdapat pelbagai khilaf yang memberikan maksud sebenar hari valentine. Menurut sebuah buku yang ditulis oleh Khadijah bt Hambali, ia mengatakan valentine diasasakan mengikut peristiwa penting dalam masyarakat Kristian sempena mengenang perkara sedih yang berlaku kepada seorang penganut Katholik yang taat iaitu St. Valentine.

Perayaan ini disambut untuk mengenang jasa St.Valentine yang tidak ternilai dalam perkembangan ajaran Kristian di Rom. Disampaing itu juga The Origins of Valentine adalah seorang doctor Kristian Katholik yang patuh ke atas ajaran Jesus Christ yang berkhhidmat di Rom. Akibat pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, beliau telah dipenjarakan. Di dalam tahanan tersebut beliau juga telah menyembuhkan mata seorang gadis. Sebelum dihukum gantung, beliau telah menulis ucapan selamat tinggal kepada gadis tersebut dengan ucapan “From Your Valentine”. Keadaan ini secara tidak langsung telah mngembangkan ajaran Kristian. 
 
Oleh itu, para pemimpin gereja katholik Rom berusaha agar masyarakat Rom pada masa meletakkan valentine sebagai hero dalam kepercayaan Katholik. Suasana ini berterusan hingga kini dalam masyarakat Kristian dan mereka lebih cenderung meraikannya sebagai hari kasih sayang di bawah Tuhan Jesus.
 
Pendapat ke dua juga mengatakan bahawa hari valentine adalah hari yang memperingati dua orang suci (saint) Kristian yang memiliki nama yang sama. Hari tersebut jatuh pada 14 Februari. Menurut lagenda Kristian, salah seorang daripada dua orang tersebut adalah seorang paderi Rom yang terkorban dalam zaman penindasan Maharaja Claudius di Rom.

Bagaimana? Sudah dapat input.. Bagus.. Benarlah begitu..

Jumaat, 11 Jun 2010

Bebas Terbang Seperti Layang-Layang


Imbas Kembali

"Bebas Seperti Layang-Layang".. Seronok jika diimbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Hidup hanya memikirkan makan, main dan tidur. Selebihnya tidak tumpu sangat seperti belajar, solat, mengaji dan membantu mama. Maklumlah masa tu umur dalam lingkungan 5-7 tahun. Budak lelaki katakan. Matangnya lambat sikit. Masih nakal lagi, masih tidak tahu erti hidup, masih makan suap lagi waktu tu. Waktu itu menunggu musim untuk bermain sahaja.. Kalau musin gasing, dapatlah lihat berputaran gasing di ruang luar rumah, bermain bersama kawan-kawan dan adik beradik. Dan tidak kurang syoknya waktu musim layang-layang, cepat cepat tak mahu ketinggalan nak buat layang-layang daripada surat khabar dan mulalah ekor layang-layang berjela-jela..Mulalah bersepah surat khabarnya.. Abi kekadang membantu buat layang-layang dan ada kala marah juga melihat surat khabar bersepah sepah. Teringat pesan mama; "Baik beli je layang-layang daripada buat. Membazir surat khabar je buat." Inilah pesanan Mama yang Ana ingat semalam ketika adik Ana minta Ana belikan layang-layang buat mereka. Sebuah layang-layang tidaklah mahal dan hanya RM 0.60 tapi dulu lainlah waktu tu manalah kita ada duit nak membeli ni.. Kalau nak apa apa yang boleh buat maka buat sendiri jer..
 
Seronok Seketika

Sudah kembali ke realiti hidup ini. Hidup bukan seperti "imbas kembali" tadi hakikatnya. Hidup bukan hanya seronok dan semalam merasai "seronok seketika" sudah cukup mengutai senyuman di bibir yang beberapa tahun lagi sudah tidak mampu senyum sebegini dan beberapa tahun lagi bukan lagi di sini yakni bukan lagi di peringkat ini. Sedarlah, dunia ini berputar dan usia kita semakin bertambah dan hari yang ditunggu hampir tiba dan setiap masa itu tidak dapat diputar kembali serta tidak dapat dibayar dengan wang yang bertimbun-timbun. Susah senang hari ini merupakan modal kita pada masa hadapan. Tidak cukup dengan mengeluh sahaja dan tidak cukup dengan berdiam sahaja mampu menghasilkan modal yang amat berguna pada masa akan datang..

 Puisi ~ Bebas Seperti Layang-Layang

Aku ingin merasakan bebas terbang seperti layang-layang
Bebas terbang tinggi ke kiri dan ke kanan
Merasakan nyamannya angin yang bertiup
Bebas terbang berteman berasa awan biru

Aku ingin merasakan bebas terbang seperti layang-layang
Bebas melihat apa sahaja yang berasa di bawah
Melihat indahnya alam ciptaan Allah
Bebaskan diri bersama kehijauan alam yang kian berkurangan

Bebas Terbang Seperti Layang-Layang
Tidak perlu teringkat pada hidup yang sementara
Tidak menjadi pemerhati kepada lajunya kehidupan berlalu
Tidak menjadi berat tanggungjawab yang bahu memikulnya

Namun, ku bukan bebas seperti layang-layang yang terbang
Ku bukan hanya ingin terbang membawa diri 
Tidak hanya terbang sendiri tanpa memerhatikan kehidupan ini
Mengertilah diri, Ku bukan bebas seperti layang-layang yang terbang tinggi

Diriku diangkat tinggi, martabatku memperjuangkan agama
Tidak mampu ku bebas dan pastinya ku kan teringkat ketat
Teringkat pada agama yang ku angkat tinggi
Bebas seperti layang-layang itu impianku dulu
Tidak lagi kini setelah kehidupan ini bererti

Aku mengerti hidup ini pasti
Di bahu ini ada misi yang terus diangkat tinggi
Semoga Allah permudahkan urusan yang murni ini..

Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun baru Islam VS Tahun baru Kafir


(Ingat Awal Muharam, ingat hijrah Nabi Muhammad s.a.w)


Assalamualaikum w.b.r . . 

Tahukah kamu kenapa bloger memilih tajuk "Tahun Baru Islam VS Tahun Baru Kafir" sebagai penulisan blog pembuka tahun 2010? Nak tahu kenapa? Kerana bloger ingin memahamkan realiti yang berlaku di antara dua sambutan ini. Di sini bloger mengingatikan bahawa apa yang tertulis di sini hanyalah luahan, pemerhatian dan mungkin sedikit pendapat yang boleh dikira peribadi serta ingin mengajak semua berfikir dan berpendapat.
  

Tahun Baru Islam

Tahukah kamu bila rata-rata orang sebut Awal Muharam sahaja pasti dikaitkan dengan Tahun Baru Islam. Ya benar. Yang menjadi masalahnya adakah kita benar benar hayati dan tahu Tahun Baru Islam (Awal Muharam)ini ada? Jika tahu Alhamdulillah dan jika tahu adakah kita tahu tarikhnya serta amalan yang diajar oleh Rasulullah yang boleh kita amalkan dan jika kerana Allah maka boleh dapat pahala?

Saya tidak terkilan sangat jika anda tidak tahu Tahun Baru Islam apabila masuknya Awal Muharam tapi saya sangat terkilan jika anda tidak tahu dibacanya doa akhir tahun dan awal tahun setiap kali berakhirnya dan munculnya tahun baru Islam. Saya bertambah terkilan ada segelintir langsung tidak tahu dan tidak peka akan peristiwa hijrah yang berlaku pada awal muharam.

Buat pengetahuan semua, hijrah yang dalam pengertian Islam bermaksud Hijrah Nabi Muhammad dari Mekah Al-Mukarammah ke Madinah Al-Munawarah. Sebenarnya jika ada azam, hijrah dan ada anjakan paradigma maka bila menjelangnya bulan Islam terus tetapkan azam, hijrah dan anjakan paradigma itu. Tak perlu tunggu 1 Januari setiap tahun baru nak tetapkan. Dan jika terfikirlah, secara logiknya usah tunggu tahun baru sahaja nak tetapkan Azam dan anjakan paradigma. Pernah dengar pepatah yang mengatakan "hari ini lebih baik pada hari semalam" maka hari-hari juga boleh berazam, hari-hari juga boleh melakukan perubahan dan anjakan paradigma. Jangan seperti adat Melayu tunggu waktu raya sahaja baru mula sibuk nak maaf-memaafi. Rasulullah ajar kita maafkan orang setiap hari dan setiap hari minta maaf kat orang kalau ada salah silap tapi kita yang melayu ni tangguh nak minta maaf tunggu nak raya. Ada yang lebih kritikal hanya tunggu datangnya sakit dan bagi pelajar datangnya peperiksaan baru nak mohom maaf. Anjak sikit paradigma tu dan berfikir...



Sedikit Amalan Tahun Baru Islam

Tahukah amalan yang boleh kita amalakan apabila Tahun Baru Islam menjelma? Meh sini saya beritahu. Perhati dan ingat baik baik. Kebiasaan orang-orang mukmin mengaminkan doa akhir tahun selepas solat Asar (antara waktu Asar dan sebelum maghrib) dan mengaminkan doa akhir tahun selepas solat maghrib (antara waktu maghrib dan sebelum Isyak). Adapun melakukan puasa di hari jatuhnya awal muharam.
 
Awal Muharam adalah awal tahun. Ada dua amalan di dalamnya:
  1. Berpuasa. Dalam riwayat Rayyan bin Syabib, Imam Ali Ridha as berkata, “Sesiapa berpuasa pada hari ini dan berdoa kepada Allah, maka dia akan mendapati doanya seperti diterimanya doa Nabi Zakaria as.”
  2. Dinukil dari Imam Ali Ridha as bahwasa Rasulullah saw pada hari pertama bulan Muharam melakukan solat dua rakaat dan membaca doa awal tahun.
Tetapkan Azam?
 
Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik darisemalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.Inilah yang dituntut oleh Islam!!!.
 
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita.Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh.Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
 
Tahun baru Kafir
 
Buat kefahaman semua.. 
 
Penghujung tahun dan hari pertama tahun baru Masehi merupakan momen yang sangat berharga bagi sebagian orang. Mereka pun menyiapkan segala sesuatu, dengan berbagai macam pesta untuk menyambut tahun baru.

Di negeri kita, saat malam pergantian tahun baru Masehi, para muda-mudi biasanya menggelar berbagai pesta. Di antara mereka ada yang bergadang larut malam untuk menunggu jam 00.00 tiba. Apabila waktunya telah tiba, mereka bergembira dan dengan serentak meniup terompet dan berpesta kembang api. Pawai sepeda motor pun dimulai dengan menarik gas sepenuhnya disertai yel-yel yang memekakkan telinga. Pada hari pertama tahun Masehi, mereka menghadiri panggung-panggung hiburan konser musik yang digelar di berbagai tempat di alun-alun, THR (tempat hiburan rakyat), maupun di tempat-tempat rekreasi lainnya.


Campur baur antara muda-mudi, bergandengan tangan dengan lawan jenis (yang memang telah direncanakan sebelumnya oleh pasangan muda-mudi tersebut), gelak tawa dan canda, isapan rokok yang bagaikan asap dari serombong fabrik, serta berbagai minuman menjadi teman akrab yang senantiasa menyertai mereka.

Television, radio, dan para pemilik pusat perbelanjaan tidak mau ketinggalan dari ikut serta memeriahkan tahun baru. Berbagai promosi dan diskaun besar-besaran diadakan dalam rangka menyambut Natal dan tahun baru Masehi. Begitu meriah acara yang digelar oleh mereka untuk menyambut kedatangan tahun baru masehi tersebut, sehingga membuat kebanyakan orang terbuai, tidak sadar ikut hanyut terbawa arus. Mereka tidak melihat berbagai macam dilema keagamaan, sosial, dan masyarakat yang timbul karenanya. Mereka tidak tahu bahwa perayaan tahun baru tidak ada tuntunannya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Semua itu hanyalah sebuah pemborosan, membuang-buang harta untuk hal yang sia-sia dan tidak ada manfaatnya sama sekali.

Fenomena seperti ini merupakan realita kehidupan yang senantiasa berulang setiap pergantian tahun. Bahkan dari tahun ke tahun makin bertambah semarak dan makin tidak terkendalikan arusnya. Tahun ini, wallahu a’lam apakah yang akan terjadi dan mewarnai awal tahun baru Masehi di negeri kita ini.

Seorang muslim yang memiliki kecemburuan besar terhadap agamanya, tentu tidak setuju dengan semua itu, dan tentu tidak setuju bila hal itu sampai terjadi di tengah keluarga kita. Kita semua harus tahu bahwa pergantian tahun merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang tiada tara, yang hanya dipahami oleh orang-orang yang berakal yang memikirkan tanda-tanda kekuasaan-Nya, sebagaimana firman-Nya (yang artinya):

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.’”
 (Ali Imron[3]: 190-191)

Perayaan tahun baru di beberapa negara terkait erat dengan keagamaan atau kepercayaan mereka terhadap para dewa. Jika seorang muslim telah memahami hal ini, maka tentu ia akan memahami bahwa bagi  sebagian kaum kafir, merayakan tahun baru merupakan peribadahan. Sehingga apabila seorang muslim ikut-ikutan merayakan tahun baru maka boleh dibilang kerena ketidaktahuannya terhadap agamanya sebab ia telah menyerupai orang kafir yang menentang Allah dan Rasul-Nya.

Ingkarilah kemungkaran karena kemungkaran merupakan jalan menuju petaka. Begitu bahayanya akibat dari kemungkaran, maka seorang muslim harus berusaha sekuat tenaga untuk mencegah dan mengingkari kemungkaran-kemungkaran yang ada sebatas kemampuannya, walau hanya dengan hati.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(HR. Muslim)

Makin bertambah usia seorang muslim seharusnya makin ia sadar akan memanfaakan waktu dengan mengerjakan sesuatu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat serta menjauhkan dirinya dari sesuatu yang membahayakan. Hendaklah kita mengingat masa penangguhan hidup kita di dunia. Ketika seorang muslim memasuki tahun baru, ia akan ingat bahwa berarti ia makin mendekati akhir masa penangguhan hidup di dunia ini. Bila senantiasa mengingat hal ini, maka kita pun akan semakin bersemangat mencari bekal untuk mendapatkan kebahagiaan ukhrowi (akhirat) yang kekal abadi. Berbahagialah dengan keislaman kita. Agama kita berbeda dengan agama lain, sehingga dilarang menyerupai orang kafir, terlebih lagi mengikuti cara beragamanya kaum kafir. Oleh karena itu, hendaknya setiap muslim meninggalkan perayaan tahun baru dan penanggalan ala kafir. Sebaiknya kita menghidupkan penanggalan Islam dalam rangka meninggikan syiar dan izzah Islam serta kaum muslimin. Selain itu, hendaknya kita mengingat kebesaran dan keagungan-Nya sehingga akan menambah rasa takut, cinta dan berharap akan ridho-Nya. 

Namun kenyataannya, pada zaman ini banyak umat Islam yang tidak memahami posisi dan kedudukan mereka. Malahan mereka tertarik dengan perayaan hari natal dan tahun baru yang menjadi syiar agama Kristen. Hal ini disebabkan tidak adanya pemahaman yang benar dan lemahnya ikatan aqidah mereka. Sehingga mereka terkadang ikut-ikutan dengan budaya dan tradisi orang kafir, antara lain:
  1. Saling mengucapkan selamat hari raya, saling kirim kartu lebaran baik melalui pos atau internet.
  2. Ikut serta memeriahkan hari Raya Natal di gereja, hotel, gedung serba guna, atau melalui media elektronik.
  3. Membeli pohon natal dan memasang patung Sinterklas (Santa Claus) yang katanya mencintai anak-anak dengan membagi-bagikan hadiah sejak malam Natal hingga malam tahun baru.
  4. Bermaksiat, melakukan kejahatan, dan mabuk-mabukan pada malam tahun baru serta bentuk-bentuk lainnya.
Hari raya Natal dan tahun baru tidak boleh dijadikan sebagai hari yang dirayakan oleh umat Islam, dengan dua alasan:   

Pertama, mengandung nilai keagamaan yang kufur. Yaitu menyandang sifat tuhan kepada Al-Masih Isa bin Maryam, reinkarnasi, memberhalakan Isa, menganggapnya sebagai anak Allah, disalib, dan keyakinan lainnya.


Hari raya Natal dan tahun baru tidak boleh dijadikan sebagai hari yang dirayakan oleh umat Islam, dengan dua alasan...



Kedua, mengandung nilai kefasikan, berbuat seenaknya, berakhlak seperti binatang yang tak pantas ditiru manusia, terlebih oleh orang beriman.

Berfikir dan beranjakparadimalah...


 
Wassalamualaikum w.b.r


Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular