Memaparkan catatan dengan label Nasihat seorang sahabat... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat seorang sahabat... Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

Arghhh masuk lalat kang

 

Arghhh.. Arghhh.. Amboi, nak marah pi mai hentam sape? Arghhh kejap kejap kenapa ada triple h?  Tak tipu perasaan tak arghhh <---- hhh.. Mai tengok kejap..

 

Arghhh yang ni ka?

atau

]

Arghhh dinisbahkan kepada triple H

Atas gambar hiasan sahaja. Semua Abang Google beri pinjam tanpa izin. Karang Abang Google akan pinjam satu gambar lagi. Gambar tak menceritakan apa apa bahkan saya nak cerita ni. Saya seakan akan suka dan sokong cerita cerita p.ramlee. Tak jemu tengok cerita p.ramlee ada yang kata macam tu seolah olah p.ramlee berjasa untuk menegur masyarakat dari segenap lapisan masyarakat agar faham hidup ini.

Antara babaknya
 "Kalau marah nanti kena jual!!"

Maaf beri kredit lebih kepada Allahyarham p.ramlee namun kredit patut diberi kepada Rasulullah s.a.w. kerana dari celik mata hingga tutup mata Rasulullah tinggalkan sunnahnya untuk kita amalkan dan dapat pahala buat diri kita..

Sambung cakap pasal arghhh. Saya cuma nak pesan satu je tentang arghhh ni yakni janganlah marah tak bertempat. Banyak dah kes akibat marah banyak perkara yg tak diingini berlaku. Saya belek surat khabar dan belek belek lagi khabar ngeri.. Cuba anda belek surat khabar ngeri ni..

Abang Google beri pinjaman plus plus :


Cuma pesannya " Don't try this at home "

Jumaat, 18 Mac 2011

Maafkan Kami Ya Rasulullah


Misal kata Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Ketika itu baginda datang dengan tersenyum dan muka berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut. Kita juga akan memeluk erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita pasti akan meminta Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di ruang tamu.Tapi kemungkinan pasti kita meminta Rasulullah menunggu di depan pintu sebentar kerana teringat VCD 18+ atau lukisan separuh bogel yang melekat diruang tamu kita sehinggakan kita terpaksa memindahkannya semuanya ke belakang dan tergesa-gesa kemudian mengantikkannya dengan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita melekat di ruang tamu.

Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika baginda bersedia untuk menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat. Kita juga terpaksa menjadikan ruang tamu sebagai ruang solat, malah segera mencari kopiah, serban serta jubah juga Al-Quran manakala bagi anak dan isteri kita terus kita belikan  pakaian menutup aurat demi menutup malu kerana selama ini tidak pernah kita menyuruh anak dan bini kita menutup aurat.
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan kita dan lakonan kita tersebut? Belum lagi kaset, kaset lagu barat dan cd karoeke serta set karoeke? Ke mana hendak kita singkirkan semua itu  demi menghormati junjungan Nabi kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan maghrib kerana kebiasaannya pada waktu itu kita masih bersama keluarga kita di hadapan TV. 

Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuatkan kita segan dan malu. Maafkan kami Ya Rasulullah. Oh betapa memalukan kehidupan kita saat di mata Rasulullah. Itu belum lagi cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.?

Layakkah kita menyatakan rindu buat beliau? Layakkah kita bergelar umat Muhammad? dan layakkah kita mendapat syafaatnya kelak? Maafkan kami Ya Rasulullah.

Jumaat, 4 Jun 2010

Muslimah Idaman Memperjuangkan Agama


Sahabatku..
Apakah istilah cinta menurutmu?
Adakah perlu cinta itu dengan keluar berdua-duaan?
Adakah perlu cinta itu dengan berpegangan tangan?
Adakah perlu cinta itu bergayut dalam telefon di tengah malam?
Adakah perlu semua itu?
Adakah perlu cinta itu kau menyerahkan mahkotamu yang paling berharga??
Aku kira semua itu tidak perlu..

Cinta itu terlalu suci bagiku
Ia adalah fitrah yang hanya dikurniakan untuk manusia
Mengapa kau perlu mengotorkan cinta itu dengan tingkahmu yang tidak bermaruah?
Cinta itu terlalu subjektif
Cintaa bukan hanya untuk insan berbeza jantina
Cinta juga wujud antara hamba dan pencipta
Antara umat dan rasul
Antara ibu bapa dan anak-anak
Antara adik-beradik
Antara sahabat dan teman
Dan cinta paling kudus
Yang hanya akan dicapai setelah cinta ALLAH, Rasul dan ibu bapa
Iaitu cinta suami dan isteri 

Sahabatku..
Luaskan pemikiranmu
Jangan kau katakan cinta itu salah
Tidak..!!!
Cinta itu tidak salah sama sekali
Tetapi kitalah yang telah menampakkan cinta itu salah
Kitalah yang telah mengotorkan nilai cinta itu
Kitalah yang telah meletakkan cinta itu di tahap terendah
Semuanya adalah kerana kita
Ingat sahabatku.. 

Kau wujud di dunia kerana cinta
Nabi Muhammad menitiskan air mata kerana cinta
Sumayyah syahid kerana cinta
Aisyah cemburu kerana cinta
Bilal terseksa kerana cinta
Semuanya kerana cinta.. 

Ingatan dariku buatmu sahabatku..
Carilah cinta YANG MAHA ESA 
Dan DIA akan memberikanmu cinta insan yang sangat istimewa
Itulah yang aku inginkan
Itulah yang sedang ku cari sekarang 

Tetapi..
Aku khuatir melihat sahabat-sahabatku
Yang menilai cinta bukan dengan mata hati
Kerana itu sajak ini ku tulis
Khusus buat sahabat-sabatku tersayang 

YA ALLAH..
Ini doaku..
Ini pintaku..
Ini Impianku..
Kurniakan aku cintanya kerana cintaMU
P/S:  Aku ingin menjadi temanmu di medan jihad.. kau membawa amanah agama di atas bahumu.. Kau memegang pedang ALLAH dalam perjuangan menegakkan syiar Islam..
 

Jumaat, 4 Disember 2009

Carta 5 dalam sahabat...


(Gambar kenangan reunion blogger tahun 2009) 

Nasihatnya:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah kerana Allah.
 
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Hadis Nabi tentang bersahabat

Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat"

Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi:
Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi saw bersabda: "Sabahat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya"

 
P/S :


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Wah'Allahu'ta alam..






Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular