Isnin, 5 Oktober 2009

Ah.. Jangan mengeluh lagi sayang..

Bismillahir Rahman nir Rahim..

Aduhai, bagaimana diri akan membela di hadapan-Mu, ya Rab ? Dengan apa pembelaan ini akan kulakukan, padahal setiap zarah diriku tak dapat luput daripada penglihatan-Mu? Setiap kehendak yang tertanam dalam hatiku tak pernah luput daripada pengawasan-Mu ? Setiap keping daripada perbuatanku tak dapat lepas daripadamu-Mu ? Ke mana aku hendak berlari, sedangkan tak ada satu pun tempat di semesta-Mu yang tidak engkau ketahui?

Sungguh, baru kusedari betapa hinannya diriku di hadapan-Mu. Walau aku timbang perbuatan baikku, itu tidak cukup berat apabila dibandingkan dengan amal burukku..

Ampuni aku, Ya Allah..

Ampuni dosa-dosa dan kesalahanku, Kasihanilah aku dan keterasinganku.. Temanilah kesendirianku.. Hiburkan kesedihanku.. Tenangkanlah ketakutanku.. Anugerahkanlah padaku salah satu daripada Rahmat-Mu, yang dengannya aku mampu merasa cukup daripada menuntut kasih sayang selain daripada-mu serta gabungkanlah aku bersama orang-orang yang Engkau cintai..

Amen.. Ya Rabb bal Alameen...




1 ulasan:

  1. doa yg ikhlas..:)
    amiinn...:)
    semoga Allah merahmatimu temanku..^^

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular