Rabu, 28 Oktober 2009

Ta'aruf bersama Kaum kerabatku (Jin & Iblis & Syaitan) serta rawatannya.. Part 2


(Bagaimana rupa Jin/Syaitan/Iblis itu Rahsia yang pasti Kami dari Api)

JIN 3 : JIN AIR 

     Jin Air kebanyakkannya beriman seperti manusia. Ada sebahagian kecil daripada mereka yang kufur sama ada tidak beragama atau beragama selain dari Islam. Jin jenis ini tinggal di kawasan-kawasan perairan seperti kolam, tasik, telaga, sungai dan laut.


 Punca kerasukan Jin Air
  • Apabila seseorang itu jatuh ke dalam sungai, parit atau lombong. 

  • Mandi di sungai, Tasik, laut atau kolam tanpa terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca ayat-ayat Quran atau zikir. 

  • Mandi-manda di kawasan berair sambil menjerit-jerit  atau menyanyi dengan kuat. 

  • Wanita berenang dalam keadaan telanjang atau separuh telanjang

  • Apabila seseorang itu hanyut di laut atau di sungai lalu jin yang menemuinya akan mengambil dan akan menganggapnya sebagai harta kepunyaannya. 
Simpstom kerasukan Jin Air :
     Antara tanda-tanda paling ketara mangsa kerasukan JIN AIR ini adalah cenderungnya terhadap air. Mangsa terlalu kerap mandi atau berendam di dalam air. Dia suka sangat tempat dingin dan sangat gemar berada did persisiran pantai atau tepi sungai.

Rawatan Ruqyah bagi kerasukan JIN AIR


Merawat kerasukan jin air ini, perawat perlu memperbanyakkan bacaan Ayat-Ayat al-Quran, terutamanya surah berikut:

Surah Al-Baqarah
>  Surah Yunus
Surah al-Duhkan
>  Ayat-ayat lain berkaitan dengan Azab Allah dan tentang air serta laut.
>  Membaca doa perlindungan melawan gangguan Jin dan Syaitan


Maksudnya: " Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan ada apa pun yang dapat memberi sebarang bahaya dan kemudaratan di bumi dan di langit. Dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Menegetahui."

(Riwayat Ibn Majah
*Doa ini diulang  tiga kali atau lebih


   Selain bacaan ayat-ayat al-Quran, pesakit juga dianjurkan bagi berpantang selama dalam proses rawatan ini. Antara pantangnya:


Tidak memakan makanan laut seperti ikan,sotong,udang,ketam,tiram,lala dan sebagainya
Tidak mandi dengan terlalu kerap .
Menyapu minyak wangi pada tubuh pesakit, terutamannya pada setiap rongga tubuh yang terbuka seperti telinga dan hidung. Jin selalu benci wangian dan sangat gemarkan bau busuk dan kotor seperti najis, darah dan telur busuk.


P/S : To be continue (Sessi Ta'ruf Jin & kaum kerabatnya)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular