(Bagaimana rupa Jin/Syaitan/Iblis itu Rahsia yang pasti Kami dari Api)
Gangguan Jin dan Syaitan
Gangguan dan kerasukan jin atau syaitan atau juga disebut Iblis, adalah fenomena penyakit yang unik dan berbeza dengan penyakit biasa. Namun simptom atau tanda-tanda yang dialami pesakit kadangkala menyerupai mereka yang sakit mantel atau fizikal. Mungkin kerana itu,usaha penyembuhan daripada rasukan dan gangguan ini lambat diambil. Biasanya pesakit hanya sedar dirinya mendapat gangguan ghaib setelah semua rawatan perubatan moden tidak berkesan malah ahli perubatan langsung tidak dapat mengesan sebarang kecacatannya, sedangkan dia menderitai sakit yang tenat.
Tetapi dalam keadaan tertentu, pesakit gangguan ghaib ini boleh dikesan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. Petanda paling jelas adalah reaksi pesakit apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran, doa dan jampi daripada sunnah kepadanya. Biasanya pesakit menjadi marah, gelisah takut atau mungkin menjerit serta meronta-ronta.
Jenis-jenis Jin dan Syaitan Serta Rawatannya
Jin 1 : JIN API atau JIN MAJUSI
Ini adalah bangsa jin kufur yang menyembah api. Sekiranya dirasuk jenis ini, ia mungkin boleh membahayakan dirinya, keluarganya, jiran-jiran dan harta benda. Mangsa mungkin membakar dirinya, memanggang anaknya atau membakar rumah atau harta benda lain. Oleh itu, mereka yang kerasukan jin jenis ini perlu diawasi dengan ketat dan segera dipulihkan.
Simptom kerasukan Jin Api :
- Suhu badan mangsa terlampau tinggi Wajah mangsa
- kemerahan dan kelihatan bengang
- Mata mangsa kemerahan
- Mangsa mungkin membakar sesuatu
Rawatan Ruqyah bagi kerasukan Jin Api :
- Bertakbir dan Azan dengan kuat dan berulang-ulang kali
- Dapatkan sebaldi air dan baca surah Al-Mulk pada air tersebut.Air yang telah di jampi dipercikkan ke seluruh rumah mangsa.
- Berikan air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran bagi mangsa
- Baca doa perlindungan kepada Allah:
أعوذ بكامات الله التلما تمنثرما خاق
Maksudnya : "Saya berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhlukNya"
(Riwayat Muslim)
Jin 2 : JIN CINTA
Jin jenis ini boleh meresap masuk ke dalam tubuh mangsa dan bersatu dengannya.
Punca kerasukan Jin Cinta :
- Mendedahkan aurat di dalam rumah tanpa berzikir kepada Allah S.W.T. Kadang kala, ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil mengagumi tubuh sendiri. Tanpa mereka sedari jin cinta memerhatikan setiap gerak geri mereka hingga mereka dirasuk.
- Tidur dan mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan berbogel
Simptom Kerasukan Jin CInta :
Jin cinta ini kuat cemburunya. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia akan memilikinya. Sekirannya mangsa adalah pasangan suami isteri, jin ini menggunakan tipu helahnya bagi menporak perandakan rumah tangga mereka sehingga akhirnya berlaku perceraian.
Tetapi jika mangsa belum berkahwin, ia akan mengubah wajah mangsa hingga kelihatan buruk dan tidak di mata orang lain. Ini bertujuan bagi menghalang orang lain daripada terpikat dengan mangsa dan mungkin menjadikannya sebagai pasangan.
Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Cinta :
Mengeluarkan jin cinta adalah sangat sukar, lebih-lebih lagi sekirannya ia telah sebati dengan diri dan jiwa mangsa. Namun, kaedah paling berkesan mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran. kebanyakkan jin ini akan mati terbakar apabila ayat-ayat Al-Quran dihadapan mangsa.
Antara ayat-ayat Al-Quran yang boleh dibaca :
- Surah Al-Baqarah, keseluruhan surah
- Surah Yunus, ayat 23 hingga 43
- Surah An-Nur, terutamanya ayat mengenai fitnah.
- Surah Ar-Rahman
- Berdoa dengan doa perlindungan daripada gangguan jin :
Maksudnya : "Dengan nama Allah, saya berlindung kepada Allah, saya pasrah diri kepada Allah, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan Allah S.W.T"
Jin ini juga boleh dipujuk dengan membaca ayat-ayat Al-Quran agar beriman dengan Allah dan memeluk agama Islam. Jika berjaya dengan sendirinya jin ini akan melepaskan mangsanya.
P/S : To be continue (Sessi Ta'ruf Jin & kaum kerabatnya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan