Al-Quran dan Sunnah Mengiktiraf
Surah Al-Isra yat 23-24
"Maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya(ibu bapa) perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah diri terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku, kasihilah keduanya sebagaimana keduanya telah mendidik aku sewaktu kecil."
Surah Luqman Ayat 14
"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu."
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Rendahkan diri engkau kehormatan bagi keduanya, Hai Tuhanku beri rahmat pada keduanya sebagaimana keduanya itu telah memelihara daku waktu kecilku adanya."
" Bermula Keredhoan Allah Ta'ala ada di dalam keredhoan ibu bapa, dan Murka Alloh Ta'ala ada di dalam murka ibu-bapa"
"Seseorang pernah bertanya kepada Rasulullah, “Siapa orang yang paling berhak diperlakukan dengan baik?” Rasul menjawab, “Ibumu, ibumu, ibumu; lalu bapakmu; baru kemudian kepada orang yang lebih dekat dan seterusnya."
Yang Menghargai
Lirik dipetik dari lagu Exist/Mamat - Oh! Ibu
Oh ibu..
Kau disiram bayu pagi..
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Oh Ibu..
Kau Kasih Sejati..
Kutabur doa
Untukmu Ibu
Lirik dipetik dari lagu Allayarham P.Rample - Ibu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Lirik dipetik dari Lagu Yusof Islam - Your Mother
Who should i give my love?
My respect and my honour to?
Who should i pay good mind to after Allah(S.W.T)
and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father..
Lirik dipetik dari Lagu M.Nasir - Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda..
Lirik dipetik dari Haddad Alwi & Sulis - Ummi
Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati...
Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani...
Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy...
Kefahaman Yang Biasa Selalu Dibiasakan
"Selamat hari Ibu saya ucapkan pada Ibu saya yang jauh di mata tapi tetap di hati" Inilah contoh ucapan kedengaran pada hari ini. Tangga 8 & 9 Mei ini. Tak kisahlah di mana manapun, sama ada dengar ucapan di corong Radio, tidak kurang juga di sudut ucapan di telivisyen dan juga hari ini ramai yang dari jauh pulang ke kampung halaman menjenguk ibu mereka dengan bersama mereka sedikit buah tangan yang menandakan perhargaan kepada insan yang bergelar 'Ibu' ini. Tak kurang juga ada yang mendedikasikan lagu lagu yang menyentuh pasal ibu buat buat ibu tersayang. Itu semua kebiasaan yang dibiasakan.
Mari, Fikirlah Di Luar Kota
Kesian para Ibu sebenarnya. Hanya hari-hari tertentu sahaja mereka di raikan. Tambahan pula bagi Anak-Anak yang jauh dari ibunya. Jika dikaji mungkin hanya 3 kali sahaja ibu dirai dalam masa setahun. Hanya 3 kali yakni pada hari ini iaitu Hari Ibu Sedunia, pada hari Lahir Ibu kita yang tersayang dan pada hari ulang Tahun perkahwinan seorang Ibu yang mana pasti seorang Suami melayani Isterinya extra sedikit pada hari itu. Hanya 3 kali bukan? Inilah natijahnya kerana kita menghadkan hari kita dengan Ibu. Setahun, hanya 3 kali hari kita dengan Ibu. Itukah tanda kita sayang ibu kita? Cukupkan tanda sayangnya?
Betulkanlah Tanggapanmu
Pada pendapatku yang sudah lama, hari ibu itu bukan hanya hari ini sahaja. Hari ibu itu bukan hanya satu, dua, tiga hari yang kalian anggap hari tertentu ianya hari "Istimewa". Bukan hanya hari ibu ini hari yang paling banyak aku dengar ucapan ibu itu tak henti-henti di ucap. Hari ibu itu bukan hari yang aku lihat pada hari itu orang berpusu-pusu memberi perhargaan berupa "hadiah sehari" buat ibunya. Hari ibu itu hari-hari wahai kalian semua. Ibu itu mahu di hargai setiap hari, dihormati setiap hari, dia (ibu) mahu disayangi hari-hari sepanjang hayatnya. Dia (ibu) itu mahukan kasih, belaian dan perhatian anak-anaknya sepanjang masa. Jangan meletakkan had perhormatanmu buat ibumu. Jangan kamu memandai menghadkan kasih sayang buatnya pada hari yang kamu rasa dunia menghargainya. Pohonlah redhanya, kerana redha Allah terletak pada redhanya seorang ibu.
Bait-bait Sajak Buat Insan Yang Bergelar 'ibu'
Mama, itu panggilanku buatmu
Selamanya kamu mamaku..
Mama, kau terbaik
Redha Allah atas Redhamu Mama
Syurgaku di bawah tapak kakimu Mama
Redhailahku selalu Mama
Setiap apa ku lakukan Yang ku harap redha Allah..
Tanpamu Mama, tiadaku di dunia
Aku zuriat rezekimu pemberian Allah dimuka bumi
Diriku kau belai, kau didik, kau curahkan kasih dan agama
Diriku kau bangga bila ku membuat setiap yang kau redha..
Mama, selamanya kau mamaku
Letakkan ku diatas setiap doaku
Kan ku doakanmu pabila kau jauh dariku
Kan ku sayangimu selalu
Kan ku hiasi senyuman di bibirmu
Mama, anakmu menyanyangimu selamanya..
P/S : Apa pun panggilannya.. Mama, Ummi, Ibu, Bonda, Mami, Mak, Emak dan apa pun ia, Yang Pasti insan ini wajib kau hormat, wajib kau sayang, wajib kau tahu yang "Syurga dibawah tapak kakinya (ibu)".